Antara cantik, kaya dan cerdik, yang lebih utama dimiliki oleh seorang wanita itu ialah kecerdikan. Wanita- wanita yang terkenal di dunia, kebanyakannya adalah wanita yang cerdik.
Cleopatra misalnya, memang seorang yang cantik. Tetapi kalau tidak kerana kecerdikannya, ia tidak akan dapat menundukkan Julius Caesar. Marie Antoinette pula bukanlah satu-satunya wanita tercantik masa itu, tetapi kerana kecerdikannya ia dapat mempengaruhi Louis XVI sehingga tampilah ia sebagai wanita yang paling banyak menghabiskan wang negara untuk kepentingan peribadi.
Begitu juga dengan tokoh-tokoh wanita solehah yang menjadi ikutan sepanjang zaman, semuanya adalah wanita-wanita yang cerdik. Sayidatina Aisyah r.ha, terkenal bukan kerana kecantikannya. Bahkan ada riwayat yang menyatakan bahawa dalam hal kecantikan, ada isteri Rasulullah yang lain yang lebih cantik daripada Siti Aisyah. Kemasyhuran Sayidatina Aisyah lebih menonjol kerana faktor kecerdikan dan kepetahan lidahnya.
Sayidatina Fatimah bt. Rasulullah, walaupun cantik tetapi bukan kecantikannya yang disebut-sebut orang. Beliau dikenal kerana kecerdikannya dalam mengendalikan rumahtangga yang harmoni bersama Sayidina Ali bin Abi Talib k.w.
Mereka yang disebutkan di atas adalah segolongan wanita cerdik yang bukan saja terkenal di bumi (di kalangan manusia) tetapi juga terkenal di langit (di sisi Allah).
Di antara dua kelompok wanita itu, ada kesamaannya, iaitu sama-sama cerdik dan sama-sama terkenal. Namun, kesan mereka terhadap imej wanita sangat berbeza. Kalau disebut saja nama-nama Cleopatra, Marie Antoinette dan seumpamanya maka akan terbayang bentuk-bentuk wanita yang agresif, punca rasuah, keras kepala atau penghancur karier lelaki. Sehingga timbullah gelaran-gelaran kepada mereka; wanita penggoda, wanita pemboros.pendek kata,mereka-mereka ini cerdik akal,tapi buruk akhlaqnya.
oleh..AmirShah
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Komen sikit.. Kalo degini..., kalo muka cantik kenelah akhlak cantik dan juga kenelah bijak kan.. kalo kita muka x cantik..kita kenelah akhlak cantik..dan kenelah bijak .. Tapi jangan ler.. Muka cantik.., akhlak buruk.., otak macam lembu.. Lg 1.. muka x cantik..akhlak buruk.. dah tu bodoh cam tenuk.. huhuhuhu.. sebagai umat manusia.. kita wajib mencari ilmu pengetahuan untuk kegunaan kita di suatu hari nanti.. bukannya sekadar makan dan tido jer..
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...
jarang terdapat pada seorang wanita cantik, cerdik dan baik akhlaknya. Oleh itu, sesiapa yang memilikinya bersyukur dan jagalah nikmat yang diberi oleh Allah ini...
asalamualaikum semua kengkawan...ada juga yang rindu pada saya ek! terima kasih....walaupun saya jarang kesini....namun gc tetap di hati malaysia boleh!!!!
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
ermmm..memang lama aku tak masuk gc ni...relek la zul aku pun tak sangka..ada juga member gc yang rindu pada aku..walau ada yang benci dengan artikal aku...tapi layan jugak hua..hua..hua
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
nie la 1st time hayat ak dgr de mkhluk kate spekmate ensem??? takat nk ngorat ak pki spek itam xyah la mop... bazir karen umah ko je.... da elok2 nmpk terang nk gelap2 lak.. trus nmpk gelap selama2nya bru pdn muke ko..... huahuahu....
true..true.. setuju bebenor ak ngan post si amirkhan nie.... zaman skg nie org hanya pndg pada kecantikan yg tersurat je bukan kecntikan tersirat...
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...