Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Minta Maaf Bukan Di Hari Raya Saja


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Minta Maaf Bukan Di Hari Raya Saja


mintamaafartikel.jpg

Islam amat menuntut umatnya sentiasa mudah meminta maaf dan mudah memberi kemaafan sesama saudaranya. Firman ALLAH:

Dan orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu adalah termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan hati. (As Syura: 43)

Di pagi Syawal, isteri dituntut supaya memohon maaf dengan suami. Tapi ramai di kalangan para isteri yang segan untuk memohon ampun dengan suaminya. Inilah penyakit wanita hari ini; tengking suami tidak malu, tetapi untuk meminta maaf kepada suami, malu dan kekok sekali.

Kenapa mesti malu melakukan kerja yang mulia? Malu itu ada baik dan buruknya. Malu dalam melakukan perkara maksiat dan syubahat adalah sangat dipuji tetapi malu melakukan ketaatan kepada ALLAH sangat dikeji.

Merendahkan diri kepada suami merupakan suatu ketaatan terhadap hukum ALLAH. Kadang-kala sampai sepuluh kali mundar-mandir di bilik, di dalam hati tertanya-tanya: Nak salam ke tidak? Akhirnya dengan hati yang berat, pergi juga mengadap suami.

Bercucuranlah air mata kesayuan, Bang, Yah minta maaf di atas segala kesalahan. Yah janji tak buat lagi. Itulah janji si isteri.

Bersyukurlah jika ada isteri yang mahu meminta maaf biarpun setahun sekali. Amat malang sekali kalau seumur hidup tidak pernah berbuat langsung, tambahan pula kalau sudah tua. Mereka sedar diri mereka banyak dosa dengan suami tetapi apabila ego menguasai diri maka setiap kebenaran dipandang remeh dan dianggap bole ditangguh-tangguh. Sedangkan kalau seorang isteri itu mati tanpa keredhaan suami, Nerakalah tempatnya.

Meminta maaf dengan suami bukan di Hari Raya sahaja. Kita digalakkan memohon maaf ketika suami hendak keluar rumah, semasa sembahyang berjemaah dengannya atau semasa hendak tidur. Sekali kita memohon maaf dengannya maka bergugurlah dosa-dosa kita dan senantiasa di dalam keampunan Illahi.

Sayidatina Fatimah Az-Zahra pernah secara tak sengaja mengecilkan hati Sayidina Ali k.w. Untuk memohon maaf kepada suaminya sampai 70 kali hingga tersenyum Sayidina Ali menyaksikan kelucuan Fatimah masih belum puas hati lalu keesokan harinya beliau menceritakan kepada Rasulullah S.A.W hal itu.

Rasulullah memberitahu puterinya, seandainya Sayidina Ali tidak memaafkannya dan ditaqdirkan Siti Fatimah wafat ketika itu, nescaya baginda tidak akan memandikan jenazahnya. Begitulah tegasnya Rasulullah S.A.W dalam menegakkan hukum ALLAH. Suami mempunyai kuasa mutlak dalam rumahtangga sedangkan Rasulullah S.A.W hanya berhak memberi panduan dan nasihat sahaja.

Siti Aisyah r.ha pernah mencemburui Siti Khadijah r.ha walaupun ia telah lama wafat kerana Rasulullah S.A.W sering memuji keperibadiannya di hadapan Siti Aisyah. Tersentuh hati baginda apabila Siti Aisyah menggelarkan Siti Khadijah dengan panggilan yang tidak selayaknya. Tertitis air mata Rasulullah mengenangkan jasa-jasa Siti Khadijah yang telalu besar di atas pengorbanan jiwa, harta dan kasih sayangnya di saat orang lain memulaukan baginda. Baginda dikurniakan zuriat dengan Siti Khadijah. Akhirnya Siti Aisyah terdiam dan tidak pernah mengulangi kata-kata itu lagi.

Memanglah kita tidak boleh menandingi kesemua isteri Rasulullah S.A.W tetapi cukuplah kita mengambil pengajaran dan berusaha untuk memperbaiki diri ke arah itu.

Kalau tidak biasa memohon maaf kepada suami, memanglah dirasakan terlalu kekok dan perit untuk melakukannya. Sepatutnya kita lebih bimbang dengan kemurkaan ALLAH kalau kesalahan kita kepada suami tidak dimaafkan dan kita tidak diredhai oleh suami. Bukankah keredhaan suami itu bermakna keredhaan ALLAH jua?

Oleh itu kita tiada pilihan lain melainkan memiliki iman. Hanya orang yang beriman sahaja yang sanggup tunduk di atas segala perintah dan tegahan Illahi. Hanya wanita-wanita yang beriman sahaja yang senantiasa berdoa semoga ditunjuki jalan yang lurus sepertimana permohonan kita setiap kali mendirikan sembahyang:

Ya ALLAH, tunjuki kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Engkau beri nikmat. Bukan jalan mereka yang Engkau murkai. Tidak juga jalan mereka yang sesat.

Semoga dengan taufiq dan hidayah-Nya, dengan umur yang masih ada, diizinkan dapat kita gunakan sepenuhnya untuk berbakti kepada-Nya dan mentaati suami. Senantiasa bersikap rendah diri dengan suami dan selalu merasakan diri bersalah.

Jangan lengah meminta maaf, jadikan ia sebagai amalan harian kita. Meminta maaf bukan semestinya di Hari Raya sahaja kerana kita tidak tahu apakah ALLAH masih panjangkan umur kita untuk dapat berada di Hari Raya yang akan datang.



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:

betui tu amir han..
balik ni nak kene minta maap dengan ramai owang ler gamaknyer..
dgn suami aku..
ngan mak aku
ngan adik aku
ngan anak aku
ngan...bla..bla..bla..
wa ramainyer
baik mintak maap sekarang.. kalo terlupa nanti lagi naya.
kengkawan..GC
kalo aku ada tersalah kata, terlebih gurau, keluarkan kata2 kesat aku minta maaf banyak2 dr hujung rambut sampai hujung jari yer...
sob..sob..sob..sedihnyer aku..
rasanya dah banyak wat salah kat org ni..
wawawaw
insafnyer aku..

__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard