Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Renung lama skrin komputer punca mata kering


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Renung lama skrin komputer punca mata kering


Kajian sampel di Malaysia ke atas pengguna kanta lekap mengesahkan penggunaan kumputer sama ada untuk bekerja, belajar atau bermain, menjadi faktor utama terhadap fenomena mata menjadi kering.
 
Sindrom mata menjadi kering sering berlaku di kalangan pengguna kanta lekap kerana material pada kanta lekap itu menyerap protein dan komponen air mata yang lain, menyebabkan tompokan kering pada kanta lekap.
 
Kajian oleh Advanced Medical Optics (AMO), pembuat produk titisan mata jenama Blink Contacts Eye Drops bertujuan untuk mencari tiga lokasi dan keadaan utama yang menyebabkan pengguna kanta lekap merasakan mata mereka menjadi kering. 
Kira-kira 100 pengguna kanta lekap yang berusia antara 15 hingga 55 tahun menyertai soal selidik yang diadakan bermula September 2007.
 
image006[1].jpgHasil soal selidik daripada responden, sehingga 68.8% menyenaraikan penggunaan komputer menjadi keadaan yang paling kerap menyebabkan mereka merasakan mata menjadi kering.
 
Satu lagi kejadian yang dijalankan oleh Universiti Ohio State menunjukkan kekerapan mata mengelip menurun daripada purata 15 kelipan seminit sewaktu mata dalam keadaan tenang kepada 7.5 kelipan seminit meskipun hanya menjeling ke arah komputer pada paras 5% daripada tempoh waktu kerja. Jumlah ini semakin menurun kepada hanya empat kelipan seminit apabila menjeling ke arah skrin sehingga ke paras 50%.* 
 
 
Oleh kerana mata mengelip adalah cara semula jadi mata untuk merembeskan air mata dan menyegarkan kembali mata yang mengalami kekeringan, merenung tepat tanpa berkelip meskipun untuk tempoh singkat, boleh menyebabkan mata menjadi kering dengan lebih cepat kerana lapisan nipis air pada mata akan terserap lebih pantas.  
 
Sebanyak 14% responden, menyenaraikan kelab dan pub sebagai keadaan yang sering menyebabkan mata menjadi amat kering. Majoriti responden ini adalah mereka yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 29 tahun.
 
Maklum balas mereka ini sepadan dengan penyelidikan sebelum ini yang mengenal pasti asap termasuk asap daripada rokok menjadi satu faktor menyumbang kepada keadaan mata menjadi kering.
 
 
Selain itu, mereka yang sering menggunakan kapal terbang di kalangan responden itu turut menyenaraikan  kabin pesawat sebagai persekitaran yang menjadi punca utama mata kering (7.5%). Keputusan ini tidak mengejutkan kerana meskipun wujud banyak faktor persekitaran dalam pesawat mampu menyumbang gejala mata tidak selesa terutama kepada penguna kanta lekap, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa tahap kelembapan yang rendah dalam kabin berkemungkinan menjadi faktor utama mata menjadi tidak selesa. **
 
Paras kelembapan kira-kira 50% adalah tahap optimum untuk keselesaan mata dan secara perbandingan, kelembapan di gurun Sahara dan Arab adalah sekadar 20 hingga 25 %. ***
 
Tahap kelembapan dalam kabin kapal terbang bagi perjalanan jarak jauh serta penerbangan di altitud tinggi, sering menjadi begitu rendah dan ada kalanya hanya mencatatkan paras kelembapan 1%, menyebabkan mata menjadi kering, terutama di kalangan pengguna kanta lekap. ***
 
Responden turut menyenaraikan panggung wayang (5.4%) dan kompleks beli belah  (2.2%) sebagai antara persekitaran yang menjadi punca mata menjadi kering.  
 
Pengguna kanta lekap yang menggalami keadaan mata menjadi kering seharusnya memilih menitiskan titisan mata yang diformulakan untuk setiap keperluan penggunaan mereka, berbanding titisan mata biasa yang sebenarnya meningkatkan lagi tahap kekeringan mata.
 
AMO blink mengandungi sodium hyaluronate, bahan yang mencetuskan keadaan  secara semula jadi pada lapisan mata untuk membantu melembap dan melincirkan mata kering pengguna kanta lekap. Tidak seperti produk titisan mata yang lain, blink menggunakan Ocupure, yang bebas daripada bahan peroksida selain tidak menggunakan pengawet sensitif, dan oleh kerana ia boleh larut apabila terdedah kepada cahaya, ia menyebabkan mata berasa lebih segar dan bersih  serta tidak meninggalkan sebarang sisa cemar pada kanta lekap. 
 
Tahukan Anda ?
Jika anda menaikkan kerusi di meja komputer supaya kedudukan anda lebih tinggi dan merenung ke bawah untuk melihat skrin komputer, anda mampu mengurangkan tahap pengeringan air mata kerana ia mengurangkan paras pendedahan kepada komputer. Langkah mudah untuk menjadikan mata anda berasa lebih selesa.  
 
Rujukan
* Blink Rate Decreases With Eyelid Squint.
Optometry & Vision Science. 82(10):905-911, October 2005.
SHEEDY, JAMES E. OD, PhD, FAAO; GOWRISANKARAN, SOWJANYA BSOptom; HAYES, JOHN R. PhD
** The wearing of hydrophilic contact lenses aboard a commercial jet aircraft: I. Humidity effects on fit. Aviat Space Environ Med. 1982 Mar;53(3):235-8.  Eng WG, Harada LK, Jagerman LS. PMID: 7187217 [PubMed - indexed for MEDLINE]·        
***Dehydrating Cabin Air Diana Fairechild , JestSmart Newsletter, 1996


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard