*orang mati takkan hidup semula dalam bentuk hantu and etc...itu adalah kepercayaan syirik..
*jin dan syaitan sama2 menghuni alam ini dengan tugas mereka masing2..haiwan dan budak kecil(bayi) boleh nampak benda2 halus ni sebab dengan izin Allah..(Anjing melolong nampak syaitan bertempiaran lari...hal ini biasa berlaku)
*Manusia dilahirkan di bumi ditemani oleh 2 entiti, yg satu malaikat penjaganya dan satu lagi Qarin, syaitan yg sentiasa mendampinginya dan membawanya ke jalan salah (qarin sihat bila manusia tersebut suka menurut hawa nafsu dan berbuat dosa...qarin lemah,kurus dan tidak berdaya jika manusia tersebut sentiasa mengingati tuhannya dan beramal soleh)
*Qarin jugalah yg menyerupai seseorg manusia itu bila manusia itu telah mati, tujuannya utk menyesatkan manusia yg lain.
*Dalam toiletadalah salah satu tempat tinggal syaitan, jadi amal doa dan jgn leka lepak dlm bilik air.
Eli dulu tak percaya hantu wujud Miss.. Tapi bila Eli selalu tengok Expose Mistik, Seekers... Eli dah percaya bahawa memang wujud makhluk halus. Wujud roh-roh yang tak aman di alam kita ni.
Miss ada penjelasan tak tentang ni... eli keliru la..
Penerangan ni mgkn panjang Eli, mgkn boleh kurangkn kemusykilan tu
Kehidupan insan terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal, juga nyawa. Nyawa tidak ubah seumpama lampu bagi bangunan. Apabila lampu itu padam, maka gelaplah bangunan berkenaan, seumpama nyawa, apabila ia berpisah daripada jasad, maka padamlah manusia itu lalu ia menerima mati.
Roh tidak akan binasa. Apabila janin yang ada dalam perut ibu itu sempurna kejadiannya, maka Allah meniupkan padanya roh, lalu hiduplah manusia (janin) tadi. Ia membesar dan akan dicabut daripada tubuh manusia oleh malaikat maut apabila tiba masanya, diserahkan kepada Allah.
Ketika itu roh berada di alam barzakh, iaitu alam yang memisahkan antara hidup dunia (fana) dengan kehidupan akhirat kelak.
Kehidupan di antara dua dunia ini dikenali sebagai arwah apabila seseorang itu telah mati, maka ia berada di alam akhirat, yang bermula apabila seseorang itu mati, sehingga dibangkitkan kelak, dihimpunkan di padang mahsyar lalu akhirnya dibalas, sama ada di syurga atau neraka.
Apabila seseorang yang beriman itu tiba ajalnya, maka dia akan didatangi oleh malaikat, yang datang dengan sekeping kain sutera yang ada padanya kesturi, anbar dan harum-haruman.
Maka keluarlah rohnya seumpama tercabutnya sehelai rambut daripada tepung adunan. Diucapkan padanya: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah dalam keadaan reda dan diredai ke atasmu, engkau akan memperoleh kegembiraan daripada Allah dan kemuliaan-Nya. Maka apabila keluar rohnya, ia diletakkan di atas kesturi dan raihan kemudian kain tadi dilipat lalu dibawa dengannya ke illiyiin.
Apabila roh itu keluar dari jasad, maka ia berada di alam barzakh. Menurut sesetengah ulama, mayat akan merasai nikmat atau azab, iaitu azab yang dikenakan atau dirasai oleh roh dan jasad sekali. Dalam surah al-Mukmin: 46 dijelaskan: Kepada mereka diperlihatkan neraka pagi dan petang.
Dalam surah Taha: 124 dijelaskan: Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sukar (sempit) dan Kami akan menghidupkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Jelasnya, apabila roh seseorang itu telah berpisah daripada jasad atau berada di alam barzakh, ia akan dipersembahkan oleh malaikat maut kepada Allah, dibalas dengan nikmat syurga atau neraka, bergantung kepada amalan-amalan yang telah dilakukan ketika hidup di dunia.
Alam barzakh inilah yang memisahkan di antara kehidupan alam dunia dengan alam akhirat atau hari kiamat kelak. Lebih jelas, tidak akan berlaku kehidupan yang saling tembus-menembusi.
Roh manusia yang telah meninggal dunia tidak akan kembali, bergaul seperti biasa dalam kehidupan harian manusia, berbual-bual seperti biasa, ataupun melalui mimpi .Begitu juga sebaliknya iaitu ketika seseorang itu masih hidup. Manusia tidak akan berupaya menerobosi atau menembusi kehidupan di alam akhirat, akibat adanya pemisah, iaitu alam barzakh tadi.
Lebih jelas manusia tidak diberi keupayaan oleh Allah untuk meninjau-ninjau nikmat kehidupan di alam akhirat, di kubur, di syurga ataupun neraka, kerana Allah menjadikan keupayaan makhluknya dalam lingkaran kekuasaan masing-masing, kecuali dengan kehendak Allah ke atas hamba-Nya tertentu, seperti dalam kejadian israk mikraj. Baginda melihat kehidupan di dalam kubur, kedatangan malaikat maut ketika hendak mengambil nyawa seseorang dan sebagainya. Terlalu banyak bukti memperlihatkan kekuatan hujah yang saya ketengahkan ini sama ada daripada al-Quran juga hadis-hadis yang begitu mudah untuk ditonjolkan.
Berbalik kepada roh-roh yang tidak aman menurut Eli tu, rasanya itu adalah makhluk yang dikenali sebagai ``qarin''. Menurut bahasa, qarin bererti teman atau rakan. Yang dimaksudkan dengan qarin di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak daripada kelahiran seseorang bayi sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.
Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.
Qarin sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan menggoda, merayu dan menipu, berupaya memilih dan memerhati waktu-waktu yang elok untuk memperdaya manusia, terutamanya ketika seseorang itu dalam keadaan stress atau depress dan seumpamanya, termasuk ketika menghadapi bala atau percubaan daripada Allah, akibat kematian orang yang dikasihi, ketika sakit bersangatan, ketika menghadapi keretakan rumah tangga dan sebagainya.
Itulah waktu yang ditunggu-tunggu, lalu qarin itu berlagak seumpama penyelesai masalah manusia, mengatasi masalah rindu yang terpendam di dada, memberi jalan-jalan keluar ketika manusia kehilangan anak yang disayangi dan sebagainya. Dalam surah al-An'am: 112 terdapat firman Allah: Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.
Rasulullah pernah ditanya sama ada baginda didatangi qarin atau tidak. Baginda menjawab: Saya pun ada qarin. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya. Maka tidaklah ia boleh menguasai akan daku daripada gangguannya, maka tidaklah ia menyuruh saya, kecuali untuk melakukan kebaikan.
Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya tidak ada seorang daripada kalangan manusia yang baru dilahirkan melainkan dia disertai oleh Allah seorang jin sebagai kawan. Jin yang menemani manusia, untuk menyesatkan itulah yang dinamakan qarin.
Qarin ini sentiasa berada di samping manusia, ketika berjalan, tidur atau sebagainya. Kerana itu ia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang yang berkenaan. Hutang yang ditanggung. Perilaku manusia termasuk membunuh, mencela dan sebagainya. Apabila manusia yang sentiasa ditemani oleh qarin itu mati, maka qarin ini tetap hidup, untuk menyesatkan manusia yang masih hidup, sama ada isteri atau keluarganya, maka makhluk qarin ini akan menerobosi, menembusi kehidupan manusia melalui pelbagai cara, terutama melalui mimpi. Itulah di antara keistimewaan makhluk ini, yang berupaya berhubung dengan manusia yang masih hidup, melalui mimpi. Satu keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada makhluk ini, yang tidak ada pada manusia. Sekiranya orang yang mati tadi mempunyai hutang kepada orang-orang tertentu, menganiaya orang-orang tertentu, melakukan sihir ke atasnya menyebabkan dia mati atau membunuhnya dengan senjata, maka qarin ini dengan izin Allah berupaya menggambarkan dirinya seperti si mati yang sedang diseksa dalam kubur.
Si mati melalui mimpi memohon kepada waris, seorang atau beberapa orang untuk memperkuat anggapan bahawa apa yang berlaku itu benar, memohon supaya waris tadi membayar hutang yang dilarikan atau memohon keampunan. Meminta kepada waris terutamanya isteri si mati supaya memohon keampunan kepada waris orang yang terbunuh, sama ada melalui sihir atau dengan senjata.
Tidak kurang juga orang yang didatangi mimpi supaya diadakan bacaan Yasin pada malam Jumaat, minta dibacakan al-Quran di atas kubur atau dibayarkan sedekah kepada 40 orang fakir miskin.
Anehnya, apabila permintaan tersebut dilaksanakan, mimpi-mimpi yang mengharukan itu menjadi reda dan akhirnya tidak ada gangguan berlaku.Demikianlah di antara helah-helah iblis dan syaitan untuk menyesatkan manusia.
Apa yang berlaku adalah daripada mainan iblis dan syaitan yang dikenali sebagai ``qarin'' yang datang menyusul di celah penderitaan. Sekiranya puan melayaninya, rindukan dakapan mimpi didatangi oleh roh almarhum suami puan, padahal ia adalah mainan qarin iaitu syaitan, bererti puan terlalu merindui dakapan syaitan patah tangan, yang dilakukan semata-mata untuk menipu menguatkan bahawa apa yang berlaku adalah benar iaitu daripada roh al-marhum.
Hal demikian sama dengan orang yang didatangi mimpi supaya dibayarkan hutang, dipohonkan maaf dan sebagainya.
Sesungguhnya roh itu adalah urusan Allah, yang hanya Dia mengetahui hakikatnya.
iblis,jin dan syaitan kan sudah wujud sejak berabad lamanya sebelum manusia dijadikan ALLAH Taala tetapi ingkar pada perintah Allah SWT apabila disuruh sujud pada nabi Adam.sejak itu dia minta kebenaran pada ALLAH SWT tuk menyesatkan manusia sampai kiamat. info2 yg diberikan oleh aimie sangat berguna agar tidak timbul kepercayaan khurafat dalam minda kita
__________________
INDAHNYA JALAN MENUJU KE SYURGA NAMUN BETAPA PAHITNYA PERJALANAN ITU
aku pun nak menambah jugak hehehe...pada pandangan aku yg x berapa nak terang ni kan,rancangan2 televisyen n bahan2 bacaan yang menyajikan cerita2 ala2 supernatural tanpa penerangan yg jelas ,nyata boleh memberi tanggapan yg salah pada penonton.macam cerita2 seram melayu yg memaparkan bahawa konon2nya roh si mati datang kembali untuk membalas dendam la,menemani org yg dicintai la..patutnya cerita2 macam ni perlulah disertakan dgn penjelasan yg betul supaya org x salah anggap.bukanlah nak skat kebebasan berkarya tapi kenalah ada batas..
__________________
why on earth people always do something stupid for the sake of love????