Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan
aku susah hati betul kalo ade orang bagi e-mail atau bende-bende yang adik beradik pada surat layang nie....jangan taw foward jer... siasat dulu dari mana datang.... betul ke tak???dari kitab mana??? kalo datang dari Al-Quran, aku mintak tolong sertakan dari surah mane??? ayat ke berapa???? kalo Hadith pon same gak...
BACA NIE.....
Subject: PJELASAN STATUS HADIS BERMAAFAN SBLM RAMADHAN-smoga dpt di forwardkn (sedikit penjelasan akan status hadis tentang bermaafan sebelum ramadhan,...smoga bermanfaat)
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Ulasan 1 Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB. Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut: 1- Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama' Hadis yang muktabar. 2- Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar. 3- Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun ini.
Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada 'hadis' tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan.
Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW.
Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka. (Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)
Wallahua'lam. Sekian, terima kasih.
Ulasan 2 alJawab:
Kami yakini ianya palsu. kami akan berusaha menjejakinya dan jika ditemui, InsyaAllah akan dikhabarkan kemudian (KIV). kenapa kami berani berkata ia palsu? Kerana sekiranya meminta ma'af kepada ibubapa, suami-isteri dan penduduk sekitar itu benar dan syarat memasuki bulan Ramadhan, sudah tentu kita akan temui dalam kitab-kitab feqah, walhal tidak pernah dibincangkan. sekian kamin - Sep 27, 2006 - 09:55 AM Post subject: Assalamu'alaikum. Alhamdulillah.
Sekadar tambahan, Kemungkinan hadith yang hampir kepada hadith diatas adalah seperti berikut :
Dari Abu Hurairah ra. berkata :-
: : : : : : : : :
dir="ltr">"Sesungguhnya Nabi sawtelah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].
Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-
a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup
b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong.
c. seseorang yang apabila disebut Nabi sawkepadanya. langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong!!
hmmm... hadis ni memang meragukan... sudah pasti ramai yang tidak berpuasa bila terbaca hadis ni....
tak sangka mat the matics mampu member ulasan dengan baik (tidak memanggil mat the gaytics seperti biasa kerana menghormati bullan Romadhoon Al- Mubarroq)
bagus betul umat2 di GC ni ye.. sempena bulan ramadan ni memasing memelihara kesopanan dr segi panggilan yg biasanye ditujukan utk individu2 tertentu.... ttp masih ada sorang umat ni tak serik2 utk masih memanggil dgn panggilan kegemaran beliau.... siapakah makhluk itu???? PiKiR..PiKiRkan.... cepat2;ah insaf...
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
True.. true.. aku pun hampir terminum sirap bandung tatkala terbaca posting d atas. adake nk suh aku mtk maap kat laki aku yg 4 eko tu dulu baru boleh posa, ceh! x ingin aku. lebih baik aku mtk maap dgn tukang kebun.
true....true.... dimana tukang kebun tersebut bername Hang Cangkul... bende yang baik kite kongsi bersama..... aku kalo dapat bende-bende macam nie, kompom tak foward kat orang lain... takut leh pesong akidah..... dah la agama tak berape nak pandai, pastu main foward jer....
sesungguhnye abg rie lah merupakn satu2nye makhluk perosak ciptaan Tuhan di alam GC ini... dgn terpaparnye piza yg da tggl suku (selebihnye da msuk dlam prut boroi beliau) telah membuat kn dgn secara sengaja ctie telah mencuri aym panggang milik yuchi...
YUCHI : eh?? mne aym panggang aku nie....
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...
oo.... ko bg makan pizza tu kat aweks2 ni rupanye rie.... penat je aku bsengkang mata bangun kul 1 sbb nak siapkan pizza kegemaran mat the matics..... suka2 je songlap pizza aku ni.... cepat gi ganti balikkkkkk....
(eliza..mana ko eliza.... ko ada tak lemang sebatang dua???? aku nak kasik penangan sikit kat si rie ni...)
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
ko nak lemang wat apa puan radinnaz? (tidak memanggil radinnaz dengan nama siamang gagap seperti biasa kerana menghormati bulan romadhon al-mubarak majid)