Asalamualaikum buat semua kawan-kawan gc yang suka memandu laju..dan untuk diri aku sendiri jugak...cerita ini bagus di kongsi bersama.
Suatu hari dari kejauhan,lampu lalu lintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau..harun segera menekan pedal minyak kenderaannya.dia tak mau terlambat, apa lagi ia tahu penempatan di situ cukup padat,sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama,kebetulan jalan di depannya agak lengang. lampu berganti kuning...hati harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera. tiga meter sebelum garis jalan,lampu merah menyala,harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.."ah,takkan nak brake mendadak."fikirnya sambil terus memandu.
Priiiiiit..di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti..harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati..dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu..wajahnya tak terlalu asing baginya...jamal rupanya! sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu..hati harun agak lega..dia cepat-cepat keluar sambil melambai mesra "Apa khabar jamal? lamanya tak jumpa kau...last jumpa masa aku kahwin dulu" "aku baik je"Tanpa senyum.
"Alahai jamal..aku hendak cepat ni..bini aku dah lama menunggu di rumah"
"oh! ye ke?Nampaknya jamal ragu.
"ye la mal,hari ini bini aku punya birthday.dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya,tentu aku tak boleh lambat.kawan-kawannya pun sedang menunggu".
"Aku faham..tapi .sebenarnya aku dah lama perhatikan kau...selalu sangat kau langgar lampu merah di persimpangan ini,"kata jamal
harun mesti tukar strategi... "jadi ,kau nak menyaman aku ke mal?tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. sewaktu aku jalan tadi,lampu kuning masih menyala"berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikiran harun.
"Ok.sebenarnya aku nampak jelas..tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan"
Dengan kesal harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya..sementara itu jamal menulis sesuatu di buku catitannya...beberapa saat kemudian jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun....harun memandang wajah jamal dengan penuh kecewa.di turunkan tingkap sedikit saja"ah.satu inci cukup untuk memasukkan surat saman"fikir harun. Tanpa berkata-kata jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. harun mengambil surat saman yang di selitkan jamal.
tapi,hei apa ini....ternyata lesen memandu dan ic di kembalikan bersama sebuah nota...kenapa dia tak menyaman aku..lalu nota ini apa?semacam gurauan atau apa?.tergesa-gesa haru membuka nota dan membaca nota yang berisi tulisan tangan jamal.
"harun..... kau tahukan ..aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik..sayang..mereka sudah meninggal dunia,di langgar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini..pemandu itu di hukum penjara selama 3 bulan,sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga-tiga anaknya lagi....sedangkan anak dan isteriku sudah tiada..hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu..yang pergi tidak akan kembali lagi. beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu..tetapi sukar, begitu juga kali ini sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu aku kecewa teramat sangat...berhati-hati ketika memandu laju"-jamal
Harun terkedu.ia segera keluar dari kenderaan mencari jamal..namun jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya di maafkan.
tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain, boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita,hidup ini sangat berharga,jalani lah dengan penuh berhati-hati...dan mengerti perasaan orang lain dan bertimbang rasa. sekian
daripada:Amirshah
-- Edited by Amirshah at 02:03, 2008-11-04
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Yupo mujur ko perasan CT,aku mmg dh pos benda alah ni sblm raya posa td..ala cian ko AmirKhan,2la bz sgt shoting film Bollywood kat Melaka,smpi xsmpt nk bc per aku post dl
yer ke... pasal aku pun orang bagi artikal tu..sorry guy
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????