Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: renungan untuk makhluk tuhan bergelar ABAH..part 2


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:
renungan untuk makhluk tuhan bergelar ABAH..part 2


<!-- /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:""; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-font-family:"Times New Roman";} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} -->

kepedihan hati aku terus bersambung...

selepas bersuka ria hmpir stengah tahun..i got an offer to further my study..kt sebuah ipt yang tak jauh pun dari umah aku..tapi ipts..tempat 2 memang bertaraf universiti..sebagai orang pertama yang akan masuk universiti dari semua generasi terdekat baik dari sebelah mak apa lagi sebelah abah (mmg tak ada terus) sememangnya wujud rasa bangga dihati kerana berjaya melangkahkan kaki ke tempat tu..walau hati masih bengkak diulit kenangan lalu..aku nak juga persembahkan kebanggaan ini untuk abah..selain mak aku yang terutamanya..sebagai tanda terima kasih kerana mencari rezeki untuk membesarkan dan sekolahkan aku sampai aku boleh masuk u..

kebetulan hari pendaftarannya jatuh pada tarikh yang abah tak bercuti sebab masa tu abah dah sebulan berada d kl ada kursus..tapi boleh memohon cuti atas sebab yang munasabah..seminggu sebelum pendaftaran aku call abah..boleh balik tak..hantar kakak masuk u..dalam hati ni aku nak menghadiahkan sebuah kebanggaan memiliki anak yang terpilih untuk masuk u..ikhlas dari hati wlau dia x kisah sangat dengan aku..dan jawapan dia.."perlu ke abah balik?? suruh orang lain x boleh??" berkecai sekali lagi perasaan aku..aku nak bagi dia hadiah yang bukan semua orang dapat..tapi sementah 2 dia tolak pemberianku selepas 11 tahun perjuangan aku..tuhan saja la yang tau..apa la yang dia pk kn..i dont really understand..tp aku nangis jgk la kerana jwpn dia yang cukup "memberangsangkan" tu..ntah mcm mana dia pk, dia balik jugak tapi aku dah tak kisah lagi....
start dari hari tu aku dah berhenti berharap..

tapi aku tak lama di ipts tu..course tu tak sesuai dengan jiwa aku..1 sem kat sana aku apply december intake utk 1 ipta ni..mula2 just for fun, test market aje, 2 pun sebab kwan aku nak apply, aku pun gatal2 apply sama dan aku tak berharap pun..tapi kawan aku mmg strongly hope..tak sangka offer melekat kat aku..tapi cian kawan aku, dia x dapat...banyak hari dia x cakap dengan aku..marah sangat agaknya..tapi tak pe la..aku decide aku tinggalkan ipts dan kejar impian aku di ipta 2..

aku mulakan hidup di ipta tu, jauh dari family, buat pertama kalinya..everything run smoothly smpai la dugaan mula menimpa..

sepanjang aku semester pertama disana, abah tak pernah kirimkn duit untuk kegunaan aku malah tak pernah bertanya pun..mujur la duit pinjaman cukup untuk kegunaan aku sampai habis 1 sem..pernah terjadi sewaktu baru dua minggu di ipta 2 aku call rumah semata2 nak tanya apa khabar keluarga aku..aku nak cakap dengan abah, aku ingat nak buang semua ingatan buruk aku pada dia, aku nak bersihkan hati aku, aku nak tanya kbr abah..tapi alangkah peritnya bila sebaik dia menjawab salam aku, soalan yang ditanya "dok tak dok tiba2 call rumah knapa? nak mintak duit ke??" aku rasa dunia ni terhenti dengan soalan 2..dan sejak hari tu aku memperbaharui rasa perit dalam jiwa ni, setiap kali aku call abah aku hanya akan ckap pasal duit!! dan aku kotakan janji aku.. aku x kan call abah lagi melainkan kalau aku x ada duit..x ada lagi aku nak tanya2 kabar..

masa terus berlalu..kata2 berbisa kerap lahir dari bibir abah..katanya, kalau x kerana menanggung aku belajar, dia mampu hidup senang dah, boleh pakai toyota vios baru..kenapa dia x pnah brenti calarkan lukakan hati aku?? aku jadi beban kepada dia sedangkan anak tu amanah allah..dari caranya..aku tahu dia tak ikhlas dlam nafkahnya terhadap aku..seolah-olah terlalu terpaksa dengan pengajian aku di universiti..

balasan tuhan cash kata orang..tapi datangnya balasan kita tak tau melalui apa..aku mula ada masalah dlam stdy walau sedaya mampu aku berusaha..aku extend..sehingga la satu saat pengajian aku sudah berada di sem 5..aku terpksa menarik diri..tuhan saja yang mengerti hati aku..

diploma impian aku hanya tinggal angan..kenapa aku jadi mcm ni sedangkan kawan2 yang lebih mundur dari aku mampu lepasi halangan..segalanya aku dah buat all out..tapi jalan aku masih terlalu sukar..

dan akhirnya aku terfikir..KEIKHLASAN adalah elemen wajib bila kita usahakn sesuatu.agaknya mungkin kerana ketiadaan rasa ikhlas dalam menanggung aku jalan aku berubah jadi sukar..balasan kepada abah datang melalui aku..dan abah memusuhi untuk tempoh yang agak lamaa..aku tahu dia menyalahkan aku..tapi pernah kah dia muhasabah diri diatas musibah ni.. aku tak kisah..
semangat aku untuk study terus menyala..

aku dah apply sekali lagi untuk study di ipta yg sama..cuma persoalan yang sentiasa menghantui hidup aku, seandainya aku ditawarkan, bagai mana aku harus berdepan dengan makhluk tuhan bergelar ABAH...

kepada semua lelaki yang ada anak, menunggu anak lahir, termimpi2 nak anak sendiri, ambil iktibar dari kisah ni..ikhlas kan hati dalam apa jua pengorbanan untuk anak anda..bukan dia mintak lahir sebagai anak anda..tapi anda adalah punca lahirnya dia..tuhan sentiasa iringi orang yang ikhlas, redha dan istiqamah dengan setiap usahanya..

dan aku..x kan mengalah dengan seorang lelaki yang bergelar abah, aku akan tetap berjuang sehingga mak boleh tengok aku pakai jubah convo dan pegang scroll..

 



__________________
aDiLaH


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

hebat betul lah lu citer...terharu aku bile ko citer kan....ish...ish...ish,,,

__________________

  
 Genetically Empowered Company - Alec fanlisting    peace no war!!!muah!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

bravo2
hebat crita kamu nie!!!!
aku tresa trus nak jadi bapak budak...
tapi yang baik2 lah..
INSYAALLAH!!!

__________________

"ZeitGiest"

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard