Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tulip Mekar Di Edinburg


Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:
Tulip Mekar Di Edinburg


Sufian duduk di sisi Aina sehingga bahu mereka bersentuhan. Aina tunduk. Rambutnya yang hitam berjuntaian menutupi muka. Angin berlari-lari di padang memaksa dedaun pohon meliuk-liuk menari. Aroma Calvin Klein kegemarannya begitu menusuk hidung. Aina kelihatan ayu berbaju kurung moden berbunga kecil warna hijau pucuk pisang manakala begitu ringkas mengenakan kemeja hitam dan bermuda coklat yang menampakkan susuk badannya yang agak tegap.
"Aina, cuba lihat burung itu," kata Sufian. Aina mendongak pada seekor burung kecil yang bertenggek di atas sebatang kayu reput di pinggir tasik. "Tadi mereka sama-sama terbang, tapi bila suatu ketika mereka akan berpisah dan membawa hala tuju masing-masing," kata Sufian dengan penuh makna. Sebatang ranting kecil pohon cemara tempat mereka berteduh jatuh di hujung kasutnya. Tangan kasarnya pantas mencapai, mematah-matahkan ranting kecil itu dan mengeluh perlahan.
"Kalau Aina pergi, Sufian hanya akan bersahabat dengan burung itu sahaja. Lebih baik memilih burung comel itu sebagai teman, manusia tidak setia sepertinya," kata Sufian perlahan, kemudian menyambung, "Aina, awak mesti ingat, Emily yang bertemankan burung kerana kecewa dengan Afiq kekasihnya sendiri. Aina ingat novel tu?"
Novel yang tiba petang 29 Mei lalu, dibungkus dengan kertas berkilat merah jambu, berikat reben kecil putih dengan ikatan buku sila, kembali terpampang dalam ingatan Aina. Hadiah hari lahirnya yang ke-17. Usia yang masih muda bagi orang zaman siber ini. Aina mengerutkan kening sambil mengusap rambutnya yang meremang ditiup bayu laut. Kata-kata Sufian terus menikam gegendang telinganya. Dia yang faham apa yang tersirat di hati Sufian cuma membatukan dirinya tanpa menjawab walaupun sepatah.
Sufian berdiri lalu menarik nafas dalam-dalam, seperti mengumpulkan seluruh kekuatan dan menenggelamkan segerombolan debar ke dalam lautan perasaannya. "Masa begitu pantas Sufian, dan Aina seakan tidak percaya kita akan berpisah tidak lama lagi." "Aina tidak pernah menjanjikan apa-apa di dalam hubungan kita, Aina hanya mampu menjanjikan kesetiaan," janji Aina sambil menahan sebak.
Wajah Sufian sedikit bergelombang apabila mendengar kata-kata Aina, seperti air tasik yang beriak perlahan bila sehelai daun kering menimpanya tapi cepat-cepat ia tenang kembali. Tapi dalam diri ada ombak yang menderu dan menghempas pantai perasaannya. Dan Sufian masih menunggu kata-kata yang jatuh dari bibir Aina. Kata-kata yang memberinya harapan. Akhirnya dia mengeluh dan berkata perlahan. "Aina memberikan harapan tetapi mematikannya dengan diammu," kata Sufian sambil memusingkan badannya ke arahku. Ah, lima tahun bukannya lama. Lagipun, dalam kehidupan yang serba pantas dan sarat dengan pelbagai agenda ini, waktu beredar bak ribut. Aku faham perasaan Sufian yang tidak sanggup kehilanganku walaupun sesaat kerana aku dan Sufian telah berkenalan sejak tingkatan tiga lagi.
"Rupanya sukar juga ingin menyelami hatimu. Tenang di permukaan, ombak beralun di dasarnya,"bisik hati Aina. "Universiti Edinburg ini terletak di kota Edinburg, ibu negeri Scotland. Kalau waktu terluang awak boleh ker Lowe Farm untuk memetik strawberi, epal, plum atau pear. Atau boleh juga melihat ladang gandum terbentang hijau dan kemudianya kuning keemasan atau melintasi Forth Bridge ke Avlemore, bermain ski di Calmgorn Hill. Salji yang turun bagai hujan dan lembut bak kapas. Melihat tasik membeku dan bunga-bunga tulip kembang mekar," kata-kata Prof. Zaid Izzudin membesarkan keinginan Aina untuk menyentuh bumi Scotland. Merantau juga satu proses pembelajaran, untuk mengenal dan mengagumi keagungan Tuhan, seterusnya merasakan kekerdilan diri.
Aina menelan kata-kata Prof. Zaid Izzudin dengan gelombang yang berguling-guling dalam dadanya. Sukarnya untuk memilih antara dua persimpangan. "Pergi saja Aina sementara ada peluang. Sufian bukan mahu menghasut Aina, tapi fikirlah baik-baik. Janganlah kerana Sufian, Aina jadikan alasan untuk menolak tawaran ini. Aina pergi bukan untuk selama-lamanya. Lagipun, kita masih boleh berhubung antara satu sama lain. E-mail kan ada,"kata Sufian. "Come on Aina, dunia sekarang semakin canggih. Segala makumat di hujung jari dan Aina mampu berinteraksi dengan sesiapa saja dengan mudah," kata Zahirah, rakan sekuliah Aina yang sedikit gempal itu memberikan pendapatnya.
Pendapat kawan-kawannya tindih-menindih dalam kepala Aina. Ditambah pula dengan harapan mak dan ayah yang ingin melihat anak perempuan kesayangannya menjejakkan kaki ke bumi orang putih. Tentu mak akan bercerita dengan bangga kepada semua orang sanak-saudara dan orang-orang kampung tentang anak bongsunya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ayah tentu mengadakan kenduri kesyukuran dan meminta Imam Yusoff membacakan doa keberkatan dan keselamatan keberangkatannya ke Edinburg, Scotland. Tentu berduyun-duyun sanak-saudara menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA). Pastinya, mak akan tersenyum lebar dan mencium pipiku sebagai tanda mengucapkan tahniah.
Namun, bila difikirkan, Aina berasa bersalah kerana pernah berjanji dengan Sufian bahawa dia tidak akan tinggalkan Sufian walaupun apa pun yang terjadi. Dia mahu hubungan mereka berkekalan, biarlah maut saja yang memisahkannya. Tetapi tawaran peringkat sarjana ini mewujudkan dua jalan. Dan rupanya persimpangan ini menuntut pengorbanan yang besar. Dia amat menyayangi Sufian tetapi tawaran sebesar ini juga sukar dilepaskan.
Aina membiarkan kakinya di atas pasir pantai yang sesekali diusik masin air laut. Matanya terpaku pada laut yang berombak perlahan. Dalam hatinya gemuruh badai kian menggila. Sufian juga membisu seperti kehilangan kata-kata. "Aina... " Aina menoleh tetapi tidak sampai hati untuk memandang Sufian. "Sufian tidak mahu menjadi penghalang untuk Aina mengejar cita-cita yang Aina impikan selama ini. Seperti mana yang Sufian katakan dulu, kebahagian Aina adalah kebahagian Sufian juga. Jika selama ini Sufian sanggup berkorban segalanya untuk Aina. Tidak mustahil kali ini Sufian terpaksa mengorbankan perhubungan kita untuk kejayaan Aina. Aina pun tahu Sufian sanggup lakukan apa saja untuk Aina selama ini." Sufian terdiam seketika. "Aina... setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan kerana ini adalah lumrah kehidupan. Anggaplah ini sebagai takdir Ilahi untuk menguji kesabaran dan keiman kita terhadap-Nya. Dan sebagai seorang manusia, kadangkala kita terpaksa akur dengan kehendak-Nya walaupun pada dasarnya kita tidak dapat menerimanya," kata Sufian menyusup terus ke dalam kalbu. "Hanya satu pesanan Sufian, sayangilah sebuah pertemuan kerana ia mewujudkan kemesraan dan cintailah sebuah perpisahan kerana ia melahirkan kerinduan... .."
"Sufian... Aina tidak sanggup berpisah dengan Sufian. Kehadiran Sufian benar-benar merubahkan kehidupan Aina. Bila Aina sunyi, Sufian menjadi teman untuk berbicara... bila Aina sedih, Sufian mengukirkan senyuman Aina dan bila Aina berputus asa, Sufian yang suntikkan semangat dalam jiwa ini," kata Aina dengan penuh kesyahduan. "Sufian, Aina bukan jenis manusia yang hipokrit, tak semudah itu untuk Aina melupakan segala jasa yang telah Sufian berikan. Cuma buat masa ini Aina keliru dengan keadaan yang berlaku di sekelilingi hidup ini," cetus Aina sambil menarik nafas panjang.
Malam itu, Sufian berbaring di kamarnya. Merenung kembali kenangan yang dilalui bersama insan yang disayanginya... Tangannya memetik suis radio yang terletak di tepi meja tulisnya. Suara DJ kesayangnya, Linda Onn memecah keheningan dam kesunyian malam. Sedetik kemudian kedengaran lagu dendangan kumpulan trio adik-beradik, KRU bertajuk "Sayang" yang dirasakan mempunyai kaitan dengan perjalanan hidupnya.
"Tak ku pinta oh.. malapetaka yang jatuh menimpa dan menguji cinta kita namun daku tak sanggup lihatmu mengorban hidupmu semata-mata untukku duhai sayang.. kau sepatutnya dicinta jejaka yang lebih sempurna pergilah sayang.. dirimu kan tetap daku kenang setiap malam berlinang air mataku jadi peransang merindumu sayang jangan pula dikau salah sangka ku mungkir janji... ku tak mencintai lagi tapi kini, izin ku undur diri kerna tak mampu untuk membahagiakanmu bila saja, untuk ku melepaskanmu biar ku tanggung deritaku... . dakaplah aku untuk kali terakhir, kasihku berikan ku peluang 'tuk menatapi wajahmu agar abadi di ingatanku pergilah sayang.. kau kan tetap ku kenang.."
Malam itu, Aina bermimpi melawat Edinburg Castle. Salji sangat lebat menimpa jalan, rumah dan pepohon. Dia melihat bumbung-bumbung rumah dan pokok-pokok diliputi salji. Dia berlari-lari di tepi tasik yang air di permukaannya beku. Bila dipecahkan berkeping-keping bagaikan cermin. Dia bermimpi mengutip epal dan strawberi. Tiba-tiba di tengah keputihan salji, dia terpandang Sufian berjalan dan memakai baju tebal yang diperbuat daripada bulu bebiri. Sufian berjalan seorangan dan membiarkan salji menimpanya. Aina melaung beberapa kali tetapi Sufian tidak menoleh. Akhirnya, Sufian hilang daripada pandangan.
Kapal terbang MAS meninggalkan Sepang menuju ke Heathrow. Perlahan-lahan bumi semenanjung ditinggalkan dan diganti dengan warna awan yang putih. Aina melayan perasaannya sendiri yang bercampur-baur. Fikirannya melayang seketika apabila mendengar lagu "From the bottom of my broken heart" nyanyian penyanyi barat yang cukup terkenal dengan imej seksi itu menyentuh perasaan Aina dan membuatkannya teringat nolstagianya bersama Sufian. Kemudian cepat-cepat Aina memujuk perasaannya sambil menghitung masa yang diperlukan untuk sampai ke negara bunga tulip itu. Terbayang-bayang di ruang matanya bunga-bunga tulip yang kembang mekar di Edinburg di musim bunga ketika ini...



__________________

"Hanya dikau dihatiku, onak & duri, ombak & badai kita tempuh bersama."



Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

okeylah...
ni btul ke ko buat sendri...
biar pun aku bace seimbas lalu..
tapi aku tau ko gnakan ayat2 & idea2 yang bleh m'bawa pembaca menikmati jalan cerita..
aku x lah suka baca benda2 mcm gni ni...
tapi dah boring sesangat baca le ckit2...
hehheeee

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

sedihnya....
x lama lg pun aku nak tgl kan pakwe aku...
x sampai hati la...
tapi 7 bulan je...sabar...sabar...

__________________

Siapa Adamku??? 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

er.... aku tak bace lagik cite ni. er.. cume nak tanye jek. nape tulisan ni macam tulisan mesin taip dulu2 jek. mushkil btol. heheh.

__________________
http://www.audioentertainment.blogspot.com   ^_^


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Ah! buhsan sungguh citer ni. asik2 harapan, asik2 harapan. poyo jerk.

(kata ellyza sambil meneruskn pembacaanyer terhadap cerpen d atas)

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard