bile aku tengok video nie... macam perkampungan orang asli jer.... tapi kalo kampong orang asli, memang yer la tu... sekarang nie orang kristian pandai... dorang attack perkampungan orang asli... cara palaing terbaik, bagi duit.... taw-taw jer la orang asli..rata-ratanye miskin.... so, tak mustahil sume stu kampong join trus...
memang orang asli.... tapi tu la... yang saya nak tunjukkan kaedah dakwah orang kristian tu. Dulu semasa saya kecil ayah saya pernah menyuruh saya belajar bahasa cina, saya tanya kenapa? Scara spontan ayah saya jawab "nanti mudah nak dakwah kat orang cina". Pada lojiknya, menguasai bahasa sesuatu kaum tu memang menjadi marketing padu untuk kita menyampaikan sesuatu.
So, tak kira la video tu orang asli ke, orang bunian ke, kaedah penyampaian father tu amat berkesan sekali sehingga mereka bersemangat nak nyanyi sama. Bayangkan le father tu bercakap dalam bahasa inggeris, ada orang2 asli tu nak faham atau nak ikut nyanyi sama2?
And then fikirkan, ada ke paderi tu akan bercakap bahasa melayu kalau dia berhadapan dengan orang cina? ataupun india? So, apa relevan dia nak pakai BM dalam bible dan risalahnya? Tepuk dada tanyalah ketaqwaan.
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
__________________
Ingatlah bangsaku, jangan sampai kita menjadi hamba! Ingatlah... Ingatlah...
betul lah kate ayah kamu tu. so tektik ni la yg di guna pakai oleh dakwah islam, kristian, budha mahupun hindu. menguasai bahasa dapat mempengaruhi sesesuatu kaum. aku jelas kan di sini tak salah untuk mereka berdakwah mengikut cara masing2. klau mereka ingin guna bahasa melayu dalam bible, tu cara mereka. sedangkan kita pun menggunakan bahasa melayu tuk menterjemah kan bahasa arab supaya kita lebih memahami dan ini cara kita(islam melayu). apa yg beza nya?? islam boleh kenapa agama lain kita larang??
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
sedangkan dalam hadis sudah mengingat kan umat islam. ramai yg sesat dgn khabar2. jadi yg bukan islam dan tidak beriman bagaimana?? mereka tentu jahil. mengapa tidak di dakwah terlebih dahulu orang2 jahil ini dgn islam?? kenapa sampai agama lain datang mengkristian kan mereka baru islam nak tergadah?? salah si islam atau salah si jahil atau salah si kafir itu??
zaman sekarang masing2 bangkit menggah kan agama. masing2 cuba mengais umat manusia supaya masuk ke dalam kepercayaan tuhan masing2. siapa pintar dialah ramai pengikut.
jadi kesimpulan(bkan kesimpulan yg kau buat tuk aku tu) aku bwat kat sini bukan isu bahasa yg kita pertikai. tapi soal agama islam yg makin mundur untuk berdakwah. bila berdakwah, ramai islam yg sesat. bila di dakwah ramai islam lari kan diri mengelak dakwah. bila di dakwah ramai islam yg cakap mereka dah islam pegi la cari orang kafir.
ini sebab bila baru satu tektik orang kafir keluar kita dah tergadah, kita yg islam mula la bangkit kemarahan, kluar sifat mengkritik agama lain, dan kluar sikap bercangah pendapat sesama islam. baru2 ni rasul allah, nabi muhamad di hina di dalam blog. tp ramai yg marah dan maki hamun serta doa yg bukan2. zaman nabi dulu nabi di baling tahi di kepala dan nabi masih mampu bersenyum. senyum melihat betapa ramai si jahil yg boleh di islamkan.
bg aku jika mereka dgn tektik mereka. kita senyum. senyum dgn pemikiran. pemikiran bagaimana boleh kita lonjak kan agama islam ini kepada mereka.
aku ade satu soalan kepada akumelayu jika akumelayu tiada agama, dan ketika ini bible di tatah nama allah. akumelayu akan mencari allah itu dimana?? di dalam bible atau di dalam al quran??
apabila kita renung pada masa hadapan... betulkah bahawa halangan penggunaan bahasa Melayu boleh megelak orang Kristian berdakwah... cuba kita lihat sekrang sahaja... dengan sistem pendidikan yang makin mantap dan pengunaan bahasa English yang meluas pastinya generasi akan datang fasih berbahasa English... jadi apa lagi halangan yang kita boleh buat??? sekiranya di melayukan bible... orang2 tua yang berpegang teguh dengan agama dan tidak fasih berbahasa English(orang2 alim sahaja) akan faham maksud bible... maka bolehlah mereka menjelaskan apa yang salahnya tentang bible... sekrang, apa bahasa pun yang digunakan hanya kita sebagai ISLAM yang tentukan apa yang harus dilakukan dari mengelakkan bergerak aktivnya para mubaligh kristian menyebarkan agama mereka atau memurtadkan orang2 ISLAM. tiada lain cara yang paling berkesan ialah kita juga menambah aktivkan dakwah kita bukan sahaja di kalangan orang Islam tetapi yang bukan Islam juga...
kesimpulannya, marila sama2 kita memperbaiki diri sendiri dengan amal2 yang soleh dan pekara kebaikan..dan menjauhi pekara2 yg dilaknat oleh Nya..kerana ini merupakan faktor yang dapat membentuk individu itu sendiri..
betul la tu apa yang ko cakap tu.... tapi kan morp, ko tengok balik video orang asli kelantan tu, ada tak paderi dia sebut ALLAH? Ada tak paderi dia sebut ALLAH Tuhan kita pada orang-orang asli tu?
Takde kan?
Sebab orang-orang asli tu memang asalnya tiada agama, so takde sebab paderi tu nak sebut Allah sebab orang2 asli tu memang dah dibaptistkan sejak dari diorang lahir...
Tapi, kalau lah orang2 asli tu ialah orang melayu yang asalnya beragama Islam, aku jamin 100% pasti dia gunakan nama Allah 100% sebab orang2 Islam dah kenal Allah tu sapa.
So Morp, benda ni simple je...
Apa yang ko cakapkan tu betul, memang tepat 100%, tapi bila kita masih mampu mempertahankannya.... pertahankanlah...
THE MORAL IS "JANGAN DIIKUT APA SAJA PERMINTAAN DIORANG"
Ini baru mintak nak pakai BM ngan Allah, dan buang agama Islam dalam IC... morp... ko bayangkan je la, kalau la kita layan permintaan diorang, tak mustahil satu hari nanti diorang mintak azan jangan pakai speaker atau jangan buat perarakan agama islam yang menghalang lalu lintas... fikir cam tu cukup la... memang betul cakap ko tu, tapi aku tak jamin, kalau dah dibenarkan, aku takut ko pun kena jadi pendakwah jugak nanti.... sebab banyak umat islam masuk kristian...
simple je, tak salah pakai Allah, tapi jaga2 lah... PERMINTAAN MEREKA SEMUANYA PENUH DENGAN MUSLIHAT.....
ish!!!!! kalau mereka dah minta yang lebih2 tu dah tak ble di layan tu... nnt dorang minta Malaysia ditukar status bukan lagi negara Islam... malu kita sebagai orang Islam yang mentadbir negara ini... so, kesimpulannya kita tak payah layan lah apa yang mereka minta dan ingin pertahankan itu... biarpun mereka menyuarakan permintaan dengan lantang tetapi kalau kita tak layan mereka mesti tak jadi juga kan...
apa-apa pun kita mesti sentiasa bersedia dengan segala tipu muslihat semua musuh-musuh ISLAM...
aku ade satu soalan kepada akumelayu jika akumelayu tiada agama, dan ketika ini bible di tatah nama allah. akumelayu akan mencari allah itu dimana?? di dalam bible atau di dalam al quran??
aku paling tak sukung kate-kate Morp yang nie.... Name pon takde agame... mane la kenal yang mane satu betul, mane satu tak... banyak kemungkinan... Mungkin yang mane datang dulu yang orang tu akan ikut...Kalo paderi jumpe dulu, mungkin die akan ikut kristian....
Kite yang beragama Islam nie dah terang-terang tahu Islam nie macam mane... Yang TAK TAHU???
Tapi yang penting bagi aku, lantok la bahasa ape dorang nak terjemah bible dorang tu.... tapi kenapa sampai taraf nak pakai perkataan ALLAH tu???
aiseh men. skali bos besau dah menurunkan kata2 nya. ( hehe mesti dapat bintang lagi ni tuk taun baru. bonus2!! )
btoi2 kata tuan besa rie. hehe saye setuju. dorang (org asli) mungkin athis dan masih mencari2 tuhan yg satu. ( bodek mau jage periuk nasi nih )
yap, setiap perjuangan pasti ade permintaan untuk memastikan perjuangan itu berjaya. ini di namakan 'agenda' dalam perjuangan. islam mahupun agama lain turut mempunyai agenda sendiri tak kira lah berunsurkan muslihat atau apa.
bg aku, islam cuma perlu bijak dan peka. ingat kisah nabi ingin menunaikan haji. bertapa byk yg nabi ikot akan kata2 si kafir. siap bwat perjanjian lg. bila kafir kata tahun dpn baru bleh bwat haji. nabi ikut. bila kafir kata tak bleh bawak pedang, pun nabi ikut. so?? nabi sendiri pun ikot apa yg dikehendaki si kafir.
tp nabi ikot dgn bijak. matlamat nabi adalah berhaji. bila ikot segala kata si kafir, namun matlamat tetap tercapai. sampai sekarang haji dapat di jalan kan.
cume bg aku. mencapai matlamat itu yg penting. kite(islam) mesti sentiasa peka dan bijak berfikir. bukan sekadar berdakwah. tp yg di dakwah terhayut. apa matlamat berdakwah itu sendiri?? tepuk dada tya selera.
aku ade satu soalan kepada akumelayu jika akumelayu tiada agama, dan ketika ini bible di tatah nama allah. akumelayu akan mencari allah itu dimana?? di dalam bible atau di dalam al quran??
aku paling tak sukung kate-kate Morp yang nie.... Name pon takde agame... mane la kenal yang mane satu betul, mane satu tak... banyak kemungkinan... Mungkin yang mane datang dulu yang orang tu akan ikut...Kalo paderi jumpe dulu, mungkin die akan ikut kristian....
Kite yang beragama Islam nie dah terang-terang tahu Islam nie macam mane... Yang TAK TAHU???
Tapi yang penting bagi aku, lantok la bahasa ape dorang nak terjemah bible dorang tu.... tapi kenapa sampai taraf nak pakai perkataan ALLAH tu???
APE SEBAB???
aiseh mat da gotic. jgn la jawab kan. ahaha btol la jawapan ko. klau orang yg tak de agama, mane nak kenal mane satu yg btol. tak kira la allah tu tulis dalam bible ke, al quran ke. yg dorang hanye na carik adalah tuhan dan agama. tak kire dimana pun rite?? so klau perkataan allah ade dalam bible pun dorang akan layan 'allah' yg tu je. allah td itu bukan allah yg kita kenal lagi percaya. hanye perkataan yg kosong je.
cube dorang tak jadi letak kan dalam bible nama 'allah'. dorang hanye letak perkataan 'tuhan'? ape jadi? dorang tetap sembah tuhan yg mereka percaya. jika letak allah. maka dorang pun akan sembah allah yg dorang percaya.
bg aku yg islam. jika di ucap kan allah, tuhan, ya rahman, ya rahim. ia nya tetap tuhan aku yg satu. yang aku percaya. bukan percaya pada allah atau pun tuhan yg mereka percaya dan ada-ada kan.
jadi kesimpulan aku. allah ialah tuhan bagi aku, jika aku adalah betul2 dlm mencari dan mengenalnya (tidak mensyirikkan diri).
jika tidak, 'allah' itu hanya menjadi satu perkataan yg kosong semata-mata.