Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Hujan itu rahmat


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Hujan itu rahmat


Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,

"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau
Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan
kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah
sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan
turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab.
Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu
tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta
Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. " (Al-Mukminun :
18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada
Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua
rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan)
dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya. " (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

hujann???
best lah hujan..
ble tidur nyenyak...



warrrrrgh!!!!!
ngantuknye..

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

aku pun pernah dpt email pasal ni...
lepas je baca baru aku tersedar yang slama ni aku slalu merungut bila hujan...
tapi lepas ni bila hujan je aku terus berdoa...
bila hujan doa kita mustajab...
ingat tuuu....

__________________

Siapa Adamku??? 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 221
Date:

aku nak berdoa jugak semoga aku dimurahkan rezeki untuk tahun 2009 nih,dan dijauhkan dr manusia2 yg kejam serta anasir2 yg jahat...aminnnnnnnnn

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

bg aku hujan tu rahmat. dan maksud rahmat tu aku simpulkan adalah rehat. koz bg aku, bende yg paling rahmat dalam dunia ni adalah rehat. bila hujan turun so aku bleh tdo dgn selesa. heheh. lg pun waktu hujan adalah suasana yg plg sesuai untuk rehat, sebab suasana ni lain dari pergi bercuti ke time bersantai dgn awek ke. huhu. klau berdoa ketika hujan rahmat tu datang kerana kusyuk yg di dorong oleh suasana hujan. wuuu sejuk nye ujan2 ni. tenang je.. huhuhu

hujan jugak byk digunakan atau di ilhamkan dalam bentuk sajak dan gurindam. ini kerana hujan itu dpt menunjukan ttg sesuatu yg nyaman dan harmoni. malah boleh di gunakan sebagai kiasan untuk memvisual kan keadaan sedih, rintihan hati dan dan resah.

tp klau tgh naik moto then hujan sakit woOO!! try la. setitik air tu klau kene muka. pergH!! pedih2!!

__________________
http://www.audioentertainment.blogspot.com   ^_^


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

harap2 malam ni hujan sampai besok sampai lusa supaya tak banyak orang buat maksiat masa tahun baru ni...
sempena tahun baru 2009 ni aku berazam menjadi seorang yang WARAK,HENSEM,dan BERDIKARI....wish me luck!!!!!!





__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 123
Date:

aku x fhm knape rmai yg x suka hujan...walaupun kdg2 aku pun sama...tp aku terima aje hakikat cuaca ni camna...erm...

__________________
@}--~~dlm diam baru kutahu diriku suka merapu~~@}--
(((((***Life is short***)))))


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

biasa ler. kadang2 ape yang bos kita bagi pun kadang2 kita merungut. kita sebagai hamba cume merasa. klau tuhan bagi cili itu pedas, kita tergigit kemudian kita maki hamun cakap cili ni pedas. klau tuhan bagi hujan, kadang kala kita merungut cakap hujan ni membatas kan hari2 kita. kita kena sedar, bahwa ini lumrah kita hanya sebagai hamba. die (tuhan) memberi kita(hamba) merasa.

ahaha tapi klau nak rase syok erti hujan. cube time2 ujan korang tido. syok woOO!!

__________________
http://www.audioentertainment.blogspot.com   ^_^
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard