Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Resipi Hari Ini


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:
Resipi Hari Ini


AYAM GORENG OREN


Bahan-bahan ( 4 orang )

* 8 ketul kepak ayam

Bahan A
* 1/2 cawan yogurt
* 1/2 jus oren
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu besar serbuk kunyit
* 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
* 1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas

Bahan B
* tepung gandum secukupnya
* 2 biji oren
* Italian parsley secukupnya
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang
2. Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.
3. Buang air. Salut ayam dengan tepung. Masukkan tepung dalam beg plastik. Masukkan ayam. Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.
4. Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
5. Hiaslah dengan parsley dan oren



SANDWICH AYAM MAYONAISE


Bahan-bahan

* 1kg daging ayam (isinya sahja)
* 3 batang celery (dihiris tipis)
* 1 biji lada capsicum (dihiris tipis)
* 1 biji bawang Jepun (dipotong dadu)
* 1 sudu makan cuka apple cider atau jus lemon
* 4 sudu makan serbuk lada hitam
* 3 atau 4 sudu makan mayonnaise

Cara-cara membuat
1. Isi ayam direbus hingga empuk. Bila sejuk, buang kulit dan lemaknya dan potong tipis-tipis. toskan.
2. Gaul semua bahan. Keadaan nya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering. Jika terlalu kering., tambah sedikit mayonnaise. Rasa- kalau ada apa-apa yang kurang boleh ditambah kan lagi.
3. Bila hendak makan, sapukan ke roti. paling enak jika digunakan roti Perancis yang sederhana, belah dua, sapukan sedikit mentega kemudian lapiskan inti yang disediakan tadi ke sebelah permukaan roti itu.
4. Aturkan diatasnya, dua atau tiga hiris tomato, timun dan lettuce, kemudian tangkupkan roti.



__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

SOUR CREAM CHOCOLATE CHIP


BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula.
1/2 cawan susu masam (sour cream)
1/4 cawan mentega tanpa garam
1/4 cawan shortening
1 sudu kecil vanila
1 biji telur gred A
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
2 cawan cip coklat.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180oC.
2. Pukul gula, susu masam, mentega, shortening, vanila dan telur di dalam pemutar elektrik dengan kelajuan sederhana.
3. Ayak bersama tepung, baking soda dan garam.Ma­sukkan ke dalam pemutar elektrik dan putar perlahan-lahan.
4. Gaulkan cip coklat. Bulat-bulatkan atau guna scop aiskrim untuk memudahkan lagi.
5. Bakar selama 15-20 minit sehingga masak.




CHOCOLATE CHIP


Bahan-Bahan
2 2/3 cawan tepung gandum (di ayak)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula merah
1 cawan butter, pada suhu bilik
2 biji telur
2 sudu kecil vanilla essence
2 cawan chocolate chips
1 cawan walnut, dicincang (kalau nak)

Cara Memasak
- Panaskan oven pada 400F. Campurkan tepung, baking powder, baking soda dan garam dlm satu mangkuk.
Putarkan butter dan kedua jenis gula sehingga kembang, dlm 7 minit. Masukkan telur satu persatu dan kemudian esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

- Kemudian, dengan tangan atau mixer yg perlahan, masukkan tepung. Aduk sebati, masukkan chocolate chips dan walnut tadi. Kacau sedikit saja sehingga adunan sebati.
Ambil satu sudu besar doh, bulatkan seperti bola dan susun di dalam dulang pembakar. Tinggalkan ruang 1 inci disekeliling. Bakar selama lebih kurang 10 minit.

 



__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

besh ke sume ni???
cokelat ayam cokelat ayam,,,
ni sume bahan2 nk gemok kn bdn jek,,

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

AIKSSSS!!!!!!!!!
lapo la plak!!!!!

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 161
Date:

yummy!! i like cook!~

__________________

agIrLrEvoLutIoN* May God gve more 'Nur Cahya' into our heart..Amin



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

HuMAng Oiiii
BesT'Y rESIPI
xku SANgkA cEmPEDaK JadI cOKlaT cHIps
cAmne pROF. mATh Y XbERTauLIAh NI LAk Jd PnYUMbANG rESiPI?

__________________
Aku IBU si Comel...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 80
Date:

en mat oi, xkan bagi resepi ja.. cuba masak bg kami mkn lak... x gitu kwn2?? huhuh

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

kalo cik riyanas tu aku ok lagi..tapi kalo si mat the gaytic ni agak pelik skit...ni mane ko curi ni mat resipi2x ni...malas telo pun hagus..ni kan lagi kuih yg sedap muap tuu...

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

NASIK BERIYANI DAGING/KAMBING

Bahan - bahan NASI BERIYANI

4 tin (tin susu cair) beras Basmathi
4 tin air
5 camb susu cair
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
garam
1 tangkai daun bawang, daun sadri dan daun pudina
sedikit kekuma direndam dengan air mawar dan pewarna kuning
Buah pala - mcm buah getah, kupas kulit yang kering, ambil isinya.
Minyak daripada kuah beriyani

Cara-cara
Tumiskan bawang yang telah dikisar Masukkan air, susu, daun bawang, sadri dan daun pudina serta garam biarkan mendidih.
Masuk beras yang telah di tos agak-agak nak kering, masukkan kekuma yang telah direndan kesemuanyanya dan juga minyak daripada kuah beriyani. tutup dan biar kan api perlahan

Bahan-bahan DAGING BERIYANI
2 kilo Daging lembu/kambing (yang fresh)
4 camb rempah beriyani (selalu beli kat Muar)
4 biji bawang besar goreng hingga garing
10 ulas bawang putih }
10 ulas bawang merah }dikisar
50 gm halia }
5 kuntum bunga cengkih ] rempah kasar
5-6 bunga lawang ] digoreng tanpa
5-6 buah pelaga ] minyak dan
2 batang kulit kayu manis] dikisar halus
1 biji buah pala kering ]
4 tangkai daun pudina }
4 tangkai daun sadri }dimayang halus
4 tangkai daun bawang }
4 tangkai cili hijau - dikisar
3 biji tomato buah - dicincang
3 camb tomato puree
100 gm kismis
150 gm gajus - digoreng
1/2 tin susu cair
2 biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair untuk dijadikan tairu)
Garam secukup rasa
1 cawan Minyak Mazalo dan 3 camb besar minyak sapi untuk menggoreng bahan bawang, kemudian biji gajus dan akhir sekali goreng rempah beriyani yang dicampurkan dengan rempah kasar yang telah dikisar halus

Cara-cara
Potong daging jangan terlalu kecil (agak-agak dlm 4-5 inci) Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, daun sadri, daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan bersama serta perap dalam 1 jam.
Kemudian masukkan rempah yang telah digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali, bawang goreng dan jagus. Biar di atas api sehingga daging empuk.
Masukkan tairu dan biar di atas api perlahan. Apabila dah cukup masak, minyak akan timbul dan ambil


NASIK AYAM LEBANON


Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong lapan
1/2 camca kecil serbuk kulit kayu manis ( A )
1/2 camca kecil serbuk lada hitam ( A )
1/2 camca kecil serbuk "all spice" ( A )
Sedikit garam
20 biji badam
4 labu bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin besar buah tomato
1 camca besar tomato puri
1/4 cawan kismis hitam
6 buah pelaga ( B )
2 kuntum bunga lawang ( B )
1 batang kulit kayu manis ( B )
3 cawan beras basmati
3 cawan air rebusan ayam
Segenggam daun ketumbar dicincang halus
8 camca besar mentega
Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-cara
Gaulkan ayam dan bahan A. Panaskan minyak gorengkan badam dan keluarkan sebentar. Masukkan ayam dan bawang, goreng sampai garing sedikit.
Tuangkan tomato puri dan sedikit air.
Tambahkan garam dan masaklah sampai empuk. Keluarkan ayam dan asingkan sosnya.
Di periuk yang lain, tumiskan bahan B dengan mentega serta kismis hitam.
Masukkan kuah tomato, ayam dan air rebusan ayam lalu didihkan.
Masukkan beras dan garam dan tanaklah umpama masak nasi.
Apabila masak sajikan bersama ayam, badam goreng dan daun ketumbar di atas.



__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

BROKOLI CAMPUR


Bahan-bahan

300 gm brokoli
100 gm kobis
100 gm carrot
100 gm ayam
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 s/k tepung jagung + 1/2 cawan air [bancuhkan]
minyak
garam

Cara Memasak

1. Semua bahan dihiris dan dipotong kecil
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan wangi.
3. Masukkan isi ayam. Kacau rata.
4. Masukkan sayuran dan garam. Kacau rata.
5. Bila sayur agak lembut masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
6. Bila dah sebati boleh angkat dan hidangkan






ACAR BUAH


Bahan-bahan

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning, prune,aprikot, mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]
500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.


__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

KERABU SOTONG


Bahan-bahan
Bahan A :

500 gram sotong ...buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan
1 sudu teh gula pasir

Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda

Cara Memasak
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.




MASAK LEMAK SIPUT SEDUT


Bahan-bahan
Bahan A

1 kg siput sedut [potong belakangnya. .basuh dan toskan]
2 cawan santan cair ]
2 santan pekat ] 1 biji kelapa
1 biji ubi keladi [potong kecil dan rebus...dan toskan]
1 helai daun kunyit [koyakkan]

Bahan Mesin
20 tangkai cili api (ikut pedas)
3 ulas bawang kecil
garam
serbuk kunyit

Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didehkan perlahan-laha sehingga mendideh.
2. Masukkan santan pekat dan biarkan mendideh sekali lagi.
3. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.



__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:

Aduiya! Lapar pulak, ishh! aku baru nak diet. Mat oi ! bagi le resepi yg rendah kalori lak

__________________

"Hanya dikau dihatiku, onak & duri, ombak & badai kita tempuh bersama."



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 80
Date:

isk x larat telan ayaq liuq dh nih.. masak lemak siput sedut peberet akak tu... aaaa.. nak nak nak...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:


SOUR CREAM CHOCOLATE CHIP
err... 1/4 cawan shortening ni ape??

__________________
http://www.audioentertainment.blogspot.com   ^_^


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

mat, tulun masak kn tok aq..
aq mau mkn drpd air liur ko sndiri....

( lapar la tgk pic mknn 2... pic tempoyak ade ta???)

masak lomak sipot sodut! waaaahhhh... lapar laaaa...

-- Edited by Emma Is Death at 05:09, 2009-02-08

__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

nasi black n white

1. sediakan periok nasi
2. masukkan beras cap buana kedalam periok sebanyak 10 pot
3. sediakan air sebanyak mungkin
5. basuh beras sehingga boleh jadi cermin untuk tengok muka yang ........(sedirik mau ingat)
6. kemudian jerang nasi sehingga agak2 dah berbau boleh tutup api (ingat jangan pakai periok elektrik)
7. setelah siap semuanya bolehlah dihidang dan dimakan ( kalau sangguplah.......)

__________________

staydo gembo-gembo,totap den.......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

wOW
aCAR bUAH..mY fEBEREt
thNkS maT

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

CHOCOLATE CHIP~!!
suka nye....
nak try lah...
minta2 jadi....
klu x sedap x peee....
blh bagi nadia semi niiii....


__________________

Siapa Adamku??? 



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

AYAM DARA MADU SOS BIJAN


Bahan Bahan:

1 ekor ayam dara

Bahan Kisar:
10 tangkai cili padi
4 tangkai cili merah
4 tangkai cili hijau
2 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah

Bahan B:
10 gm serbuk cili
5 gm serbuk kunyit
5 sudu besar madu
2 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa


Cara Menyediakan:
1. Perapkan ayam dengan sedikit bahan yang dikisar. Biarkan selama 10 minit.
2. Panggang sehingga masak dan ketepikan.
3. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan serbuk cili, kunyit bersama bahan kisar yang selebihnya. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan setengah cawan air dan masukkan minyak bijan, madu dan masak sehingga pekat.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Kemudian ayam yang telah dipotong empat diletakkan di dalam pinggan dan tuangkan sos yang dimasak tadi



__________________





Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

brokoli 2 masak xpakai rencah ke?

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Dah lama aku tak update ruangan aku nie... sebab da takde sapa-sapa anto resipi kat aku.. tapi hari nie aku dapat resipi yang macam best...

AISKRIM GORENG
Kepada peminat aiskrim goreng nie, makan memang la sedap... tapi kalo beli, tetambah kat area KL, harge die??? perghhhhh.... jual orang lagi untung dari jual unta... cekik darah... jom kite share sesama....

Bahan-bahan
- aiskrim, tak kisah la apa perisa, tapi penulis nie pakai aiskrim potong jerk... testing, kene pakai la ais memurah kate beliau...
- Roti sandwich.. ape jenis roti pon tak kisah... janis roti..
- Acuan telor burger tu... macam dalam gambo...

Cara Menyediakan:


Basahkan roti tu sikit.. Letakkn aiskrim kat tengah-tengah...


Tekan roti dengan acuan telur burger tu kuat-kuat sampai putus..


Dah jadi bulat...


Masukkan dalam plastik.. Letakkan dalam freezer sekurang-kurang 3 jam.. atau pun semalam...


Panaskan minyak.. Pastikan betul-betul panas sebelum goreng...


Selepas goreng..


Masukkan dalam pinggan dan curahkan susu cair...


Dan kalo kite potong...


Aiskrim kat dalam still beku...

__________________





Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

memang spsesis nyah la ko ni mat the gaytics... ade ke aku yang ganas dan rock ni ditunjukkannya buku resepi... mat2 lembut suka la resepi2 ni..

(kata rie sambil membelek buku masakan karangan chef ismail)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

mat masa goreng aiskrim x tekeluaq ka..??
ka kna kepit2 mcm karipap nuu.. huh satg buqok la qoti aku.. lalalala

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

sebab tu la kene taruk air... bagi melekat...
dan jangan risau kompom roti tu melekat...
pernah tengok sandwich maker macam nie tak??


walaupun yang nie bukan goreng..
tapi roti tu melekat tak????
melekat kot... janji mase tekan gan acuan telur tu, tekan kuat2...
kasik rapat...



-- Edited by Mat tHe MatiCs on Monday 17th of May 2010 01:36:06 AM

__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 446
Date:

ngko ni leh bukak restoran ler mat... tak pun ngko buat jer buku resepi... kompom tak laku punyer... tp takper aku tolong promosi....

__________________

never turn your back on me....



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

aku heran bin ajaib. taun 2009 (taun lepas jek) ko mat betul2 orang rrreal penuh sopan dan kesantunan ko sebagai orang..

aku cakap siap bukti. buktinye ... dengan penuh ketelitian ko menterjemahkan respi sopan ko  . ayam janda madu sos bijan ... lengkap degnan bahan dan cara membuatnya...


 aku pun tak tau sejak bila, tapi bila nama ko jadi mat de gaytick jerk.. ko dah mula merapu meraban meroyan dan merepak yang bukan dan tak bukan.

begitu lah kesannya bila ko ubah spesis ko jadi gay, maka hilang lah sudah kesiuman ko sbagi orang.

hati aku berkata :    nasiblah jubur aku dicuri poremner kt gc nie (aku tak dapat kenalpasti sapa  orangnya sebab mukanya bertutup dengan serban busuk lagi serabai).. kalu tak....aku jadi lalok mcm mat gay dan  yang adaa kat cini...eeeee



-- Edited by baddar on Monday 17th of May 2010 05:30:29 AM

__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

Mat tHe MatiCs wrote:

sebab tu la kene taruk air... bagi melekat...
dan jangan risau kompom roti tu melekat...
pernah tengok sandwich maker macam nie tak??
sandwich%2520maker.jpg

walaupun yang nie bukan goreng..
tapi roti tu melekat tak????
melekat kot... janji mase tekan gan acuan telur tu, tekan kuat2...
kasik rapat...



-- Edited by Mat tHe MatiCs on Monday 17th of May 2010 01:36:06 AM



MAT2 buh ayaq kat mna..? heee

aku ader mnder alah nie haaa...mmg la lekat... sbb kner kepit baik pnyerr kat dlm tue.. td aku try buat..wakakakaka jadik sengal tawu.. aiskrim meleleyh last2 mkn dgn begitu sjaaaaaa ouh2 gardenia.. muahaha mlas aku nk buh lam peti ais.. amik ko roti.. beku la lam pewot aku... HAHAHA



__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

buh je la kat sume roti tu...
buh sikit jer... jgn buh smpi lenjun plak...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1715
Date:

hari niee respei apa abg matt ... x tau nk masak apa balik nnt

__________________

heyyy .. salam perkenalan untuk anda semua ...
dari saya .... smile always ..... :)



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

resepi hari ini takde... sebab abang mat sebulan sekali jer keje tukang masak.. hari lain cuti... so takde la resipi... kalo ada pon resipi skodeng anak dara jiran seblah... nak gak ke??

__________________



1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard