Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cuBa haYAti KiSaH iNi


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
cuBa haYAti KiSaH iNi


eorang pengarah yang berjaya telah terjatuh di bilik mandi akibat stroke. Sudah 7 malam diletakkan di wad ICU. Di saat orang-orang terlelap, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.

Malaikat memulakan berbicara"Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhan mu, maka kau akan hidup, dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!"
"Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah." kata si pengarah ini dengan yakinnya.
Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.
Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya dan dengan bangganya si pengarah bertanya"Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah".
Dengan lembut si Malaikat berkata" Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu". Si malaikat menunjukkan layar siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata
di pipi mereka.
Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu
kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap
akan kesembuhanmu. Si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, "Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik!...Aku tahu dia telah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan jika dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan
pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri". Setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin
deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat.
Melihat peristiwa itu, tanpa disedari, air mata mengalir di pipi pengarah initimbul penyesalan bahawa selama ini dia bukanlah suami yang baik dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya Malam ini baru dia menyedari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.
Waktu terus berlalu, dia hanya miliki 10 minit lagi, melihat waktu yang makin hampir makan menangislah si pengarah ini dengan penuh penyesalantetapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada 47 orang yang berdoa buatnya!
Dengan sedihnya dia bertanya"Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tiada yang berdoa buatku?
Jawab si Malaikat" Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlasbahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau deritai di saat ini. Itu semua kerana selama ini engkau mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya". Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buatnya. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si
isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.
Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.
Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, "Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,kerana ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00".
Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya.. "siapakah yang 47 orang itu".
Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. "Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim?" kata si pengarah perlahan.

"Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu di saat itu hanya untuk mencari populariti dan untuk menarik perhatian orang ramai. Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu"

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Di saat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapat kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi.. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

Pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan dengan perlahan, 'Ya ALLAH sesungguhnya aku mencintai-MU dan memerlukan- MU, terangilah hati umat mu sekelian...!!
errrrr apa salahnya klu lepas baca nih korang doakan kesejahteraan haku....panjang umo ke...murah rezeki ke....ermmmm

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

smoga kita d limpahkan rezeki yg halal!!!
Amin!!!!

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

weh nad,,,,nape mcm da pnh baca je kisah ni,,,
sape yg post erk??
serius da pnh baca,,,,,
klu bkn kt GC kt tmpt laen la tu kot,,,
kami bru bca atas skit da tau jln cite ni,,,
tp kt ne ye????confuse.gif
kagak tau la,,,,,

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Ya Allah.....sesungguh Nya Kau lah maha Penyayang dan Mengasihani.....di atas nama Mu Yang Pengampun......maka ampuni lah kami seisi "Geng Cerita" ini. Campakanlah Taufiq & Hidayah Mu utk kami sentiasa Mengingati Kau & mengasihani Rasullulah....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard