hoh! rim bengkok ni dh elang dr alam maya. timbul d alam baqaq. tomatomegi, ko x yah ler nungu2 mmg kompom x der. Tp klu nk jugak, aku blh kasik sambung. Tali mn tali.
"1 hour early at the hotel lobby. Just in case, kot ada apa-apa keperluan yang terlepas pandang, taklah kita kelam kabut." Tuturku pada pada Leo dan Razlan. Leo angguk-angguk.
"Hmm..ok, 8 malam." Leo menambah. Pantas juga aku membulatkan mata pada Leo..
"Nope! For you sharp 7.30!" tegasku memandang tepat anak mata Leo. Leo terkedu
"Errk! You cakap sejam awal.."
"Ada orang tu kalau kerja malam, bukan main lagi liatnya. Janji pukul 8 pukul 8.30 pun belum tentu nampak batang hidung dia." Ngumamku sambil menjeling Leo. Leo tersengih kambing menampakkan barisan gigi putihnya.
Aku tahu sangat perangai Leo. Kalau siang hari ok je dia, boleh sampai di lokasi tepat pada masanya. Berbeza waktu malam. Aku dah serik. Dulu pernah sekali Leo buat aku melangut tunggu dia sorang-sorang. Lebih 20 kali aku dail telefon dia tapi perempuan yang sambut. Naik sakit gegendang telinga aku dengan suara mesin jawab telefon tu. Nasib baik vip yang ditemubual malam itu cukup peramah orangnya. Aku mulakan dan habiskan temubual tanpa Leo di sisi. Leo sampai selepas temubual tamat. Leo hanya sempat mensnap dua keping gambar sebelum VIP tu pergi. Esoknya tersebar berita mengaibkan, 'wartawan Prisma Press tak professional'. Bukan Leo seorang saja kena, aku juga kena cop sama!
Leo yang tersengih mengangguk-angguk kepala. Aku harap malam ini dia datang pada waktu yang dijanjikan. Sengihan Leo ku balas dengan sengihan juga. Leo mengangkat kening sambil mengarahkan muncungnya ke Razlan. Aku pandang Razlan. Dia termangu kaku dengan kedua-dua matanya tak berkelip.
"Encik Razlan, ada apa-apa yang encik ingin tambah sebelum kita bersurai?" Soalku. Razlan tak menjawab.
"EHEM!!!" kuat anak tekak ku bergetar sambil kuketuk-ketuk meja dengan tangan. Kalau diikutkan hati nak saja aku ketuk kepala Razlan.
'Oh ya! Di mana kita tadi?" Matanya terkedip-kedip memandang aku dan Leo silih berganti. Hah! Baru tersedarlah tu. Penat je aku explain, ntah ke mana fikirannya melayang. Baik aku dengan Leo je meeting!
"Dah sampai Papua New Guinie dah encik..." jawabku acuh tak acuh. Kertas-kertas di atas meja kususun dan masukkan ke dalam fail. Kedengaran ketawa kecil Serina di tepi. Aku menoleh sekilas, dia menutup mulutnya dengan tangan. Razlan tiba-tiba saja tersengih. Dan aku tak pasti sengihan itu mengejek atau sengihan menahan ketawa. Ketawa tentang apa pun aku tak tahu. Leo di sebelahku saja yang berwajah serius, bersedia mengangkat punggung dari kerusi.
"Jumpa malam ni pukul 8 di lokasi. Kami minta diri dulu Encik Razlan, ada banyak kerja nak kena siapkan ni." Ujarku. Razlan mengangguk. Aku dan Leo meninggalkan bilik itu. Sempat aku mengilas Serina di tepi yang bangkit dari kerusi, menuju ke meja Razlan.
Daun pintu bilik Razlan ditutup oleh Leo. Kalau aku yang tutup sure akan bergedegang kuat kerana melepaskan perasaan. Dalam hati ada geram yang mahu meletup, tapi masih dikawal dengan kewarasan. Nama Serina bermain-main dalam fikiranku. If Serina with Razlan, so Azwan?
"Tina, lunch with me?"
"Macam mana pula dengan Azwan?"
"You janji lunch dengan Azwan ke??" Leo berhenti dan menoleh tepat ke arahku. Tangannya mencekak pinggang. Wajahnya serius ingin tahu. Aku terkebil-kebil sendiri. Tersedar dari lamunan. Macam mana pulak aku boleh terpacul soalan daripada otakku pada Leo.
"You ni Leo, bila masa I nak lunch dengan tunang orang.. I sebut awanlah, not Azwan. Macam mana dengan awan hari ni? Tak ada tanda nak hujan ke? Kalau hujan I tak nak keluar lunch." Ayat coverline. Pandai-pandailah..
"Whats wrong if raining? Were not going out by jalan kaki ok." Tutur Leo tergelak. Aku terdiam lalu membuat senyum plastik. "But, if you want..why not? I like jalan kaki, when u and me under an umbrella. Ouhh! how romantic..isnt Tina?" Leo mendekatkan wajahnya, mula membuat renungan killernya. Aku menyengih. Tarik muka pandang ke depan. Aku cuba seriuskan wajah semula.
"Tak kesahlah naik kereta ke naik kaki ke, kalau hujan I nak duduk dalam ofis je." jawabku sambil berlagak acuh tak acuh. Lantaklah apa-apa Leo nak fikir, malas aku nak layan. Janji kau tahu aku tak sebut nama Azwan pun tadi.
Tiba di mejaku, aku tarik laci pertama meja. Kumasukkan fail temuramah lalu aku mengambil tempat duduk di kerusi. Komputer di meja ku onkan. Sambil menunggu komputer aktif, aku mendongak. Leo yang berdiri di tepi mejaku yang sedari tadi memerhati gelagatku. Kameranya diletakkan di atas mejaku.
"Syuh..syuh..I nak buat kerja nih."
Leo langsung tak endahkan. Dia menuju ke meja kecil tepi dinding. Dinaikkan punggungnya duduk di situ. Tangannya disilang berpeluk tubuh. Tersenyum bila aku membalas pandangan matanya dengan mataku yang sengaja kubesarkan. Matanya pandang aku dari atas ke bawah.
"Apa?" soalku tak selesa.
"Tell me about it."
"What?"
"You have something special even.. or date today?"
"Hmm?" Aku tak paham apa maksud kau Leo.
"You pakai lawa-lawa macam ni, ingat I tak tahu..."
Iskh Leo ni. Salahkah kalau sesekali aku berbaju kurung? Berbaju kurung kira lawa ke? Bukan ke nampak lapuk? Tak moden? Hari-hari aku berkemeja dan berseluar panjang tak lawalah ya? Ke aku ni yang memang lawa sebenarnya? ah perasan! Aku cuba mengcover natural blusher di pipi.
"Baju ni baju lama. Tak adanya lawanya Leo." Aku menyengih sambil menjeling. Ku alihkan pandangan ke arah komputer yang terpasang.
"A woman spontanously do something different to herself, such as appearance, exactly must have a reason." Tutur Leo sambil membelek-belek deretan majalan lama di rak tepi meja yang dia duduk. Aku buat tak tahu. Berlagak seperti tak mendengar. Fail dalam komputer ku buka satu persatu mencari dokumen untuk artikel yang belum siap.
"Especially wearing baju kurung, a woman will apear as a polite east woman. Sweetly.." Tambah Leo lagi. Waktu itu juga aku rasa nak tutup pipi aku dengan kedua belah tangan. Sure..sure..pipi aku blushering. Aaa..nampak sangat aku ni cepat perasaan. Ketika itu Leo sudah berada di tepiku. Aku mendongak memandangnya. Leo memandangku dengan senyumnya lalu ketawa kecil. Perasan aku perasanlah tu..Ahhh, Leo..u ni memang telah gedikkan I.
"I like woman in baju kurung." Ucap Leo menutup majalah di tangannya lalu diletakkan di mejaku. Dalam hati, aku tergelak besar. Cukuplah Leo, apa lagi yang U nak cakap lepas ni? Nak kata U suka I? Hah..cakaplah!
ha... bagus, bagus, bagus!!! x sabo nk tgu ending dia.
__________________
Pabila kita tanya hati: Kenapa kita rindu seseorang?? Hati akn menjawab: Kau merinduinya krn dia dpt membuat kau tersenyum & merasa ditemani walaupun berjauhan..
ni la nak sambung. syg je tinggai gini. org nak baca ke xnak aku tetap nak habiskan. sambungan yg lain2 tu ada dlm hardisk lama. sat nak mula taip2 dah..lama x mereka (mengarut)..kerasnya jariiii
aku lupe password lah..email pun aku lupe..jangan gelak! sapa gelak dia bau taik. aku nak lunch dulu..karang xde boss kat opis aku tulisla sambungannya masa untuk makang!
Apabila tutur bicara mengatakan tidak, sedangkan hati mengatakan ya.. Apabila hati diasak panahan cinta, pada realiti lagaknya menyangkal rasa.. Orang kata itu ego..
-----------
Tenghari itu aku tak keluar lunch. Aku pesan saja dengan Umairah yang keluar ke bakery, 2 aple pie panas. Nak join Leo lunch aku tak ada mood. Melayan usikkan lelaki romantik itu kadang-kala buat aku rimas. Aku teliti lagi fail kerja untuk menemuramah menteri malam nanti. Sesekali aku kerling jam di tangan. Ada lebih kurang 2 jam lagi. Pukul 4 nanti aku dah boleh balik. Seperti biasa kalau ada temuramah penting pada waktu malam, aku akan balik awal. En.Tahir pun tahu dan dia tak kisah. Asal semua kerja aku berjalan lancar.
Telefonku di atas meja menyanyi dengan riang.
"So apa cerita dear?!" Suara excited Rissa di talian telefon sebaik ku tekan butang jawab. Salamnya langsung tak ada. Nasib memberi salam itu perkara sunat. Dasar ingin tahu sungguh si Rissa ni, terus-terus tanya soalan. Sesuai benar kalau jadi wartawan gosip.
Aku hanya diam. Kelu lidah untuk menjawab Rissa. Niatku yang kononnya mahu meluahkan perasaan terhadap lelaki itu sudah lunyai. Yang ada, keluh..
"Macam mana kau luah tadi? Kau cakap apa? Apa reaksi Razlan?"
Aku masih diam.
"Dia reject kau??"
"Ishk..ke situ pulak kau ni!"
"Habis? Aku tanya kau tak nak jawab...Cik Tina oiiiiiiii!!?" Pekik Rissa di talian. Aku betulkan kedudukanku yang agak bermalas-malasan tadi, kepala yang termangu dimeja ku sandarkan pada kerusi.
"Laju je kau call ofice aku kan sebab nak tahu pasal ni.." ngumamku. Aku tengah runsing ni dia pekik-pekik pula. Sungguh, moodku tidak seceria awal pagi tadi. Semua sebab Razlan. Razlan..Razlan...Razlan....
"Kau ok Tina?"
"Hmm.."
"Kau belum cakap dekat Razlan kan?" Tekaan Rissa memang mengena.
"Rissa, aku tak ada kekuatan.."
"Kalau aku pun, aku tak berani nak buat..hahhahahahahaa.." Ketawa Rissa buat aku sedikit geram tapi sebab mood aku down sikit malas aku nak marah dia.
Hmm... keluh..ya keluh lagi.
"Sorrylah Tina. Tapi betulah, perempuan pun ada air muka kan. Takkan perempuan nak cari timba."
"Tau pun kau. Yang semalam kau bukan main semangat bagi aku cadangan untuk luahkan depan-depan tu apasal?" Rissa ni nasib dalam talian telefon kalau depan aku memang dah kena geletek dengan aku sampai nangis.
"Hehehe...sorry..just cadangan je. Saja nak cabar kau. Tapi seberani-berani aku pun, tak tersanggup aku nak meluah bab perasaan-perasaan ni tau."
"Tulah, cakap memang senang. Bila berdepan mau terbalik otak tau tak?" Memang, ketika ketiadaan Razlan, hati aku beria-ia nak menghadap dia. Nak luah apa yang aku rasa pada dia. Terlalu sangat-sangat nak cakap cinta-cinta dengan dia. Bila rasa itu terlalu lama dipendam boleh senak aku dibuatnya. Tapi bila berdepan saja dengan lelaki itu aku jadi sebaliknya. Serta merta geram aku meluak-luak.
Ada saja yang dia timbulkan untuk membuat aku rasa geram. Kalau tidak menyindir, mengejek. Mencari salahku. Seperti ada saja peluang untuk dia mengenakan aku. Sampai aku pernah rasa terhina. Aku ingat lagi peristiwa di bilik Encik Tahir berapa bulan lalu. Memang aku takkan lupa sampai bila-bila.
***
Hujung minggu lepas aku ada terserempak dengan susuk tubuh dan wajah seiras Razlan. Setelah 2 tahun tidak bersua dan memang tidak pernah terserempak pun di mana-mana. Hari itu aku bergegas keluar dari sebuah pasaraya, ada panggilan emergency dari Mak Lia jiran sebelah rumah aku. Anak Mak Lia jatuh pengsan, tiada orang nak bantu. Jadi dia call aku. Terkocoh-kocoh aku bergerak pantas ke lot parking kereta. Waktu itu aku berselisih bahu lebih kurang 2 inci dengan seorang pemuda. Mulanya aku tak perasan. Ketika berselisih tu aku rasa lain benar, aku berhentikan langkah. Aku pantas menoleh. Dia menuju ke pintu pasaraya. Kelibatnya ku perhati. Susuk tubuh dan cara berjalannya seakan Razlan. Bila dia toleh ke tepi sikit aku dapat lihat raut wajahnya. Aku kenal Razlan. Aku ingat wajahnya. Aku nak kejar saja susuk tubuh tu, tapi fikiranku teringatkan anak Mak Lia. Bergegas aku menuju ke kereta dan memandu pulang.
Aku Yahoo Messangger dengan Rissa malam tu. Aku beritahu aku nampak Razlan. Rissa kata aku angau. Azlan masih di oversea. Terang-terang di profile facebook Razlan tertera lokasinya masih di Perth, kata Rissa. Yelah kan kot dia tak update facebooknya. Kan? Aku cuba menyangkal Rissa. Lagilah dengan fakta Razlan tu bukan jenis kaki facebook macam aku dan Rissa yang mana setiap benda nak kena umum dekat facebook. Aku ni yang rajin intai facebook Razlan sebab nak tahu perkembangannya, nak tengok gambar-gambar terbarunya. Tapi memang hampa. Ada pun gambar dua tiga keping, gambar lama yang ditag kawan-kawan. Razlan bukan jenis yang main facebook pun.
Agaknya Razlan sudah ada di Malaysia, tekaku. Apa yang aku nampak di depan pasaraya tu memang persis Razlan. Rissa tetap tak mahu percaya. Last-last sebab malas melayan kerenah aku Rissa kata aku nampak hantu.
Bilik Taklimat 2 Prisma.
Welcome to our new team member Mr. Razlan Hj. Mohd Hassan. Akhir ucapan Encik Tahir yang dengan bangganya memperkenalkan editor grafik baru. Jawatan yang sudah sebulan kosong selepas Puan Aziah meletakkan jawatan kerana mahu jadi suri rumah sepenuh masa. Tepukan daripadan rakan sekerja yang lain kedengaran, tanda menerima rakan sejawat yang baru. Aku yang sibuk bermain dengan perasaan sendiri terpinga-pinga mendengar nama penuh Razlan disebut En.Tahir. Memang sah, lelaki disebelah En.Tahir itu Razlan! Razlan hantu yang aku kenal dulu.
Hantu yang aku nampak di depan pasaraya tempoh hari. Kini dia sedang duduk di kerusi sebelah En.Tahir sedang mengukir senyum simpul. Usai saja masyuarat ringkas pagi itu bersurai, masing-masing staf mengambil peluang bersalam dengan Razlan sebagai tanda selamat berkerjasama dalam team Prisma Press. Aku dengan longlainya memaksa diri juga untuk berbuat demikian. Razlan dengan selambanya menyambut salamku.
"Hai Cik Tina." Sapanya.
"Ha..haa...haaii.." Jawapku tergagap-gagap. Dia senyum sambil mencengkap erat tanganku. Matanya tepat ke anak mataku. Semakin laju pula pula debaran di jatungku.
"Selamat datang ke Prisma Press." Ucapku cuba mengawal keadaan. Segera aku menarik tangan. Agak-agak dalam 10 saat juga kami bersalaman. Nak ditunggu Razlan lepaskan ntah bila agaknya, jadi aku tarik tangan dulu. Takut-takut lain jadinya kalau jatung aku terlebih dari had laju ditetapkan untuk mengawal kegemuruhan hati seorang gadis.
"Razlan, this is one of our tourism reporter." En.Tahir yang menghampiri kami bersuara.
"Yep..she is active, dan cepat melenting, serta..clumsy kadang-kadang.." Sambung Razlan sambil tergelak kecil. Aku membuntangkan mata. Apa pula ni. Jangan nak mula cari pasal dengan aku wahai hantu Razlan. Aku tak terkata apa ketika itu. Mulutku terkunci. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab ada Encik Tahir di situ. Atau kerana rasa nak melenting aku cepat terkubur dek perasaan gembira di hati kerana dapat bersua dengan Razlan setelah dua tahun. Aku sengihkan wajah saja.
"You all dah kenal?" Tanya En.Tahir. Aku menganguk.
"She is my ex-girlfriend dulu masa sekolah menengah." Razlan menambah. Tercengang sebentar En.Tahir.
Hah!? aku membutang mata. Jangankan En.Tahir, aku ni lagilah tercengang. Suka hati dia je Razlan hantu ni nak buat auta.
"I tinggalkan dia sebab dia ni garang sangatlah En.Tahir." Sambung Razlan disusuli ketawanya. En.Tahir yang tercengang mulanya, tiba-tiba ketawa. Aku menarik muka masam sambil mengetap gigi.
"Razlan..Razlan..patutlah ayah kamu kata kamu ni kelakar. Awal-awal kamu dah buat saya ketawa pagi ni." En.Tahir mengusap-usap perut pandanya.
"En.Tahir, saya bergurau je. Dulu were just school mate. Tina ni top juga dekat sekolah dulu. Tak berani saya nak takel Tina ni jadi makwe saya."
"Sebab dia garang sangat dengan lelaki... Sambung En.Tahir." Kedua-dua mereka bersatu ketawa. Ah, sudah!
"Tak lakulah jawabnya nanti.." Razlan tambah galak menambah. En.Tahir masih ketawa menganggap ini gurauan kecil. Ini sudah lebih Razlan. Aku rasa nak saja pijak kaki dua lelaki di hadapan ku ini dengan kasut tumit tinggi. Sampai hati kata aku macam tu. Aku taulah satu opis tau aku ni gadis ganas. Tapi janganlah sampai gelakkan aku depan-depan dan kata aku tak laku. Aku perempuan, aku ada perasaan juga. Dalam ketawa di situ juga aku rasa hendak nangis. Razlan..kau memang! Pantang dalam hidup aku kau muncul, hati aku sakit...
Aku cuba bertenang. Cuba ketawa kecil. Sambil menutup mulut dengan tangan. Menganggap gurauan mereka sekadar usikkan. Razlan berhentikan ketawanya. En.Tahir pun sama. En.Tahir senyum memanjang. Gembira awal pagi nampaknya En.Tahir dapat lawak daripada pekerja baru. Razlan berubah serius semula. Tangannya diseluk ke kocek seluar. Seperti selalunya. Selepas mengenakan orang, dia akan kembali serius. Seperti berlagak cool. Ya, dia memang selalu cool. Sangat jauh panggang dari api berbanding aku yang mudah melenting.
Aku pandang dia dengan senyuman. Kau tidak banyak berubah Razlan... ucapku dalam hati. Razlan masih dengan wajah seriusnya. Hina sangatkah aku dimatamu sampai kau boleh tidak fikirkan hati aku langsung ketika nak buat lelucon?
"Oklah En.Tahir, En.Razlan. Saya minta diri dulu ada kerja nak siapkan. Ada masa kita minum-minum kopi sembang-sembang jenaka." Kataku sambil memerati ruang bilik taklimat 2 itu yang sudah kosong. Staf lain sedari tadi sudah bersurai.
"Haa..ye la Tina. Awak pergilah sambung kerja, borak-borak kat sini kerja kita tak jalan. Razlan, awak boleh mula berkhidmat sekarang." Ujar En.Tahir. Razlan mengangguk.
Tanpa menoleh aku melangkahkan kaki meninggalkan bilik taklimat. Sampai di luar muka pintu bilik taklimat aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus kuat-kuat. Lega.
***
"Tina, kau tak rindu aku ke?" Soalan Rissa di talian mematikan lamunan panjangku.
"Eh rindulah. Dear, bila u nak balik Malaysia ni?" Soalku semula. Padahal Rissa dah beri tahu aku sebelum ni dia dapat balik bercuti untuk raya aidilfitri saja. Itu pun lagi 7 bulan. Sarat sudah rindu aku ni. Setakat cakap di telefon, ym, internet ni manalah cukup. Nak juga aku tepuk tampar dengan Rissa macam dulu-dulu.
"Ala sayang, i rindu u jugaklah." Rissa ni dan dan je, aku berdear-dear dia pun bersayang-sayang. Tapi memang aku rindu dia sangat-sangat ni. Dia pun mesti rindu aku jugakan. Semenjak dia posting di Indonesia, habis bil telefon aku melambung naik. Eh..eh....
"Aku sebenarnya dah nak balik dah..yahuuuu!..bos aku dah aprove aplication aku untuk minta tukar balik ke Malaysia!"
"Wah!" Aku terkesima sebentar.
"28 hb bulan depan aku punya flight tau. Apa macam?" Sambung Rissa dengan ketawa kecilnya.
Buah hatiku yang satu ini bakal pulang. Ini yang aku suka. Aku yang mood tadi kononnya down, ceria kembali. Ceria sungguh!
"Betul ke ni? soalku meminta kepastian." Kot kot si Rissa ni buat lawak pulak. Maunya aku kena just kidding.
"Betullah. Posting aku tu dekat Kedah. Balik kampunglah aku. Hehe.."
"Ammbooiiiiiiiiiiiiii..." Panjang sangat amboi aku dek kegirangan di hati.
"Baik punya luck ye dear! Bolehlah aku selalu jenguk kau nanti. Aku pun rindu nak balik Kedah tau. Rindu juga dengan mak kau tu. Lama tak balik kampung." Sambungku bersemangat.
"Tulah, mak aku ada kata juga kau ni semenjak kerja KL susah betul tengok kau balik cuti ke kampung. Kalau balik kampung je mesti kau singgah rumah aku, tapi beberapa bulan ni dah lama tak balik.."
"Tak ada kau, seganlah aku nak balik sorang."
"Hei, mak aku kira mak kau jugak tau! Kau salah kalau tak jenguk jugak."
"Heheheee..ye ye..baiklah.." Ketawa kecil ku kedengaran. Senyumku meleret sampai ke telinga. Harap-harap jadilah aku ikut Rissa balik kampung bulan depan.
"Eh Tina, habis bil telefon aku melambung. Nanti malam kita sambung YM ya."
"Ok..ok.. see u dear. Miss U, Love U..ok bye!"
Talian diputuskan.
"Kalau nak miss-miss love-love kat dalam telefon pun slow-slowlah. Ni satu opis boleh dengar." Tiba-tiba suara seseorang menyampuk.
Aku menoleh ke belakang. Razlan tercegat dengan kedua tangannya di kocek seluar. Wajahnya serius macam biasa. Berlagak cool..cool macam biasa. Suka hati akulah mahu miss-miss ke, love-love ka, muah-muah di telefon sekali pun dia peduli apa. Bukan opis ni ada orang pun. Staff semua keluar lunch..
"Bad news." Katanya bersahaja.
"What?" soalku.
"1st, termuramah kita malam ni Dato tunda ke minggu hadapan."
"Oh..ok." Sepatah responku. Kemudian aku menyoal, "The reason?"
"PA Dato kata Dato ada jemputan dinner dengan orang atasan. About kempen parti something like that.."
"Hmm..." Aku mengangguk senyum. Nampaknya tak ada kerjalah aku malam ni. Macam biasa duduk rumah makan tomyam sambil tengok tv dan tunggu Buzz YM dari Rissa jelah jawabnya. Pen ku ketuk-ketuk di meja sambil tersenyum simpul. Razlan mendekati tepi mejaku. Disandarkan badannya pada dinding. Tanganya disilang berpeluk tubuh.
"2nd..." Razlan menyambung. Keningku berkerut. Ada second la pulak.
"Saya nak minta tolong awak. Saya ada tetamu dari jauh. Kalau boleh saya nak hidangkan nasi dagang pekan Kurnia kat rumah malam ni."
"So what can i help?" Takkan dia nak suruh aku masakkan kot.
"Cook. Come to my house and cook. I know u can cook nasi dagang pekan Kurnia"
Hah!? Apa ni, biar betul kau Razlan.
"Only u kat sini yang dekat i, yang i tau u asal dari pekan Kurnia. Takkan i nak balik kampung kot gi beli nasi dagang tu. Or, u cant cook nasi dagang tu?"
"Tak..tak..saya tau nasi dagang tu..cuma dah lama tak buat."
"I really apreaciate it if u can help me to prepare." Tuturnya dengan senyuman. Kali ini senyumnya ku lihat ada keikhlasan. Jarang dapat tengok Razlan senyum macam ni. Em...peluangkah? Haa..peluang akulah nak tunjuk kehebatan aku memasak. Kot Razlan boleh terjatuh hati pada aku melalui masakan aku tu kan. Lagilah sebab aku dapat tolong dia masakkan untuk tetamu dia. Kira peluang untuk aku menarik perhatian dia lah juga.
"But cook at your house?"
"Ya. Saya bukan seoranglah. Kan saya kata ada tetamu dari jauh. Seorang lelaki dan seorang perempuan." Jawab Razlan seperti tahu apa dalam fikiranku. Ye lah, ingatkan dia nak suruh aku ke rumah orang lelaki bujang macam tu je. Sekali kena tangkap basah aku juga yang untung. Terasa geli hati pula bila memikirkannya.
"Apa senyum-senyum? Boleh atau tidak?" Razlan mengerling aku kehairanan. Ishk perasan pula dia ni aku sengih. Nasib tak terpacul dari mulut aku apa yang ada dalam fikirkanku. Biarpun aku cintakan Razlan tu, tak adalah sampai aku sanggup nak berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dalam 1 rumah. Sumpah aku tak mahu.
Aku berfikir seketika sebelum membuat keputusan. Jika aku pergi ke rumahnya dapat juga aku tau siapa gerangan 2 orang tetamu istimewa dari jauh itu. Yelah istimewa sangatlah kan, sampai Razlan nak hidangkan nasi dagang pekan Kurnia. Sampai sanggup minta pertolongan perempuan yang dia pandang rendah macam aku ni. Tak pernah-pernah dia minta tolong dengan aku.
"Ok, but what time? Nak beli bahan-bahan mentahnya lagi."
"I dah beli dah bahan-bahannya. I ada terjumpa dekat internet pasal resepi ni. I just tak tahu pegang dapur. So i need u to cook it. U datang rumah i pukul 6 petang."
"Ok." Jawabku senyum. Dia membalas senyum sambil mengalihkan badannya dari tepi mejaku. Pen ditanganku dicapai bersama kertas memo di atas meja. Dia menulis sesuatu pada kertas memo.
"U tahu Taman Lavender kan? Rumah no 1-2-45. Ini alamatnya. Kalau tak jumpa nanti u call i."
Aku mengangguk meneliti alamat pada kertas memo.
"Ok, see u tonight."
Aku mengangguk lagi. Dia berlalu macam angin. Dan aku menarik nafas dan menghembus panjang. Malam ini kita masak nasi dagang cinta! Getusku dalam hati sambi meletakkan alamat di dalam buku harianku.
-- Edited by RimRim on Sunday 20th of February 2011 06:45:50 PM
mcm pnah baca la novel nie...tp lupa kt mna..muahaha..novel yg pling bez prnah ris bca adelah novel keluaran NB..mmng bez la novel dia tajuk HANYA TUHAN YG TAHU...