Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MPAJA??..API??..PKM??..CHIN PENG??..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:
MPAJA??..API??..PKM??..CHIN PENG??..


"Ada satu perkara yang jarang telah berlaku minggu ini: saya bersetuju dengan dasar kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang menetap di Malaysia.

Kerajaan bertegas melarang Chin Peng balik ke Malaysia, meskipun ia kedengaran kurang enak untuk menafikan permohonan terakhir Chin Peng untuk menghabiskan baki usianya dan menziarahi kubur ayahnya; dalam situasi inilah ia menjadi betul.

Generasi saya sentiasa dituduh dengan alasan yang baik tidak memahami implikasi sejarah. Ia bukan saja dalam persoalan menafikan fakta, tetapi juga emosi membuak yang terus dirasa. Dengan peringatan berterusan kerajaan tentang Peristiwa 13 Mei, kesan besar kempen menakutkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) menyusut. Cadangan membenarkan Chin Peng pulang telah membangkitkan kemarahan keturunan mangsa dan juga tentera. Salah satu daripada surat penentangan ini bertanyakan: Chin Peng, di mana kubur ayah saya?. Generasi saya tidak berhak mengabaikan penderitaan mereka ini.

Pertama, mari kita bincangkan pandangan bahawa komunis telah membantu kita berjuang menentang Jepun. Ia tidak boleh dinafikan: peranan penting mereka dalam Penduduk Malaysia Anti Tentera Jepun (MPAJA) didokumentadi dengan baik, dan ia mesti diiktiraf. Namun tindakan PKM selepas Perang Dunia Kedua juga mesti dikutuk, bermula dengan tindak balas dan hukuman mati pasca perang.

Pasca Merdeka, ketika mereka boleh menyumbang untuk sebuah negara baru tanpa menggunakan senjata, apa yang mereka pilih? Mereka meneruskan kempen keganasan, mengalihkan sumber untuk pembangunan kepada pertahanan: kenapa? Mari kita anggap bahawa mereka menganggap bahawa negara baru ini hanyalah sebahagian dari projek kuasa imperialis. Sekiranya PKM berjaya, mereka juga akan menjadi boneka China dengan dinaungi oleh Parti Komunis China (CCP). Ia bukan lagi pertarungan melawan imperialisme British: ianya sebuah usaha untuk melakukan sebuah imperialisme baru. (Sukarno melabelkan Malaysia sebagai kolonialis baru juga lebih kurang sama: usaha untuk mengembangkan tatanegara autoritarian dengan menggunakan bahasa anti-imperialisme). Kemungkinan lain yang kita boleh ambil ialah mengasingkan diri dan menjadi Republik Rakyat Demokratik Malaya dan bersama Korea Utara dan Yaman Selatan.

Terdapat satu kenyataan mendakwa kekejaman komunis dikembangkan oleh mereka dari faham ultra-Malay yang cuba mengaitkan komunisme sebagai pemberontakan etnik Cina bagi melambangkan mereka tidak taat. Kedua-duanya bukan sahaja menghina kaum Cina Malaya yang berjuang melawan keganasan ini faktanya, majoriti penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (anugerah tertinggi tentera yang lebih tinggi dari Tun dan anugerah tertinggi Diraja) kerana keberanian menentang komunis bukanlah orang Melayu tetapi ia juga seolah menafikan pembunuhan di antara penyokong CCP dan Kuomintang di Malaya.


Berbalik kepada Chin Peng, wujud pertikaian bahawa dia mungkin secara peribadi terlibat atau tidak dalam pembunuhan dan memberi arahan spesifik, maka dia patut dikecualikan. Ini satu usaha untuk berbohong: rantaian arahan sangat jelas dan jika Chin Peng tidak menyetujuinya, kita tentu pernah mengetahui. Ada juga yang berhujah bahawa jika kita boleh lupakan kekejaman lain, kita juga harus melupakan keganasan komunis: sebagai contoh, kita kini mempunyai hubungan yang baik dengan Jepun. Perbezaannya ialah, Chin Peng adalah orang yang terlibat dalam kejadian tersebut. Ia berbeza dengan seorang individu memohon maaf bagi pihak institusi sebagaimana Kevin Rudd memohon maaf berkenaan layanan kepada orang asal (aborigin) di Australia, atau Pope memohon maaf untuk jenayah seksual yang dilakukan oleh sebilangan paderi tetapi berbeza untuk seseorang yang masih hidup untuk menunjukkan satu penyesalan bermakna.

Chin Peng ialah pemimpin organisasi yang menyesuaikan faham ideologinya untuk menimbulkan pelbagai kemungkinan ancaman terhadap sistem demokrasi kita yang menghubungkan institusi lama dan baru; kepada hak pemilikan individu; kepada pasaran bebas; kepada pembentukan Persekutuan merentasi Laut China Selatan; dan juga kebebasan untuk hidup. Dan ya, dialah lelaki yang kepimpinannya mengizinkan usaha mengebom landasan keretapi untuk membunuh datuk saya.

Dengan penjelasan itu, saya berpendapat sebahagian dari dasar kerajaan berkaitan fasa komunis adalah amat menyedihkan. Meneruskan pengharaman filem seperti Lelaki Komunis Terakhir dan buku-buku yang mencabar naratif rasmi kerajaan ketika Darurat tidak ada gunanya. Sebaliknya ia menghadirkan kutukan yang tidak perlu. Dengan mengenakan tapisan, kita sebenarnya melakukan perkara yang sama oleh regim autoritarian komunis: sekarang adalah masa untuk membuang segala penapisan ini, membenarkan sejarah dibincang secara bebas dan membiarkan rakyat Malaysia melihat sendiri bukti kegansan komunis dan penglibatan Chin Peng.

--

Tunku Abidin Muhriz ialah Pengarah Malaysia Think Tank (www.waubebas.org). Artikel ini telah diterbitkan oleh The Sun dalam kolum Abiding Times pada 29 Mei 2009.


(AKU CUMA COPY N PASTE JE ARTIKEL NI....PANDANGAN PERIBADI AKU AKAN MENYUSUL.....LALU AKU KEMBALI MENYAMBUNG PELAJARAN KE NEGERI CHINA)



__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

ayok...panjang sangat la citer apek nie....saje jer timbul citer ceng peng nie..

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

bagi aku ada yang betul n ada yang betul tentang apa yang diperkatankan tentang chin peng ni....walaupun begitu, bukanlah aku bertindak membela beliau tetapi beliau juga adalah pejuang kemerdekaan yang menentang british dan ingin membentuk kerajaan dengan acuan sendiri....barangkali acuan yang beliau gunakan adalah tidak sesuai dan agak keras caranya......aku sendiri pun secara peribadi x bersetuju ngan kepulangan chin peng.....tetapi aku akan cuba cara fakta2 tentang beliau.......mane tau kot2 nanti aku menjumpai sesuatu yang menarik.........................

sekarang ni aku tengah mengumpul data2, fakta2, auta2, bukti2 n apa sahaja yang berkaitan dengan chin peng.....n bila aku rasa dah cukup aku akan cuba ketengahkan

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 137
Date:

mak aiihh!
xlarat nk bace esei sejarah ni...

__________________
RaSe McM BeSt Tp TaK BeSt PoOoOnNn...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Ala xdela pjg sgt bg cikgu sejarah nk mbaca'y
ko lnla FG STPM pn sjrh kantoi
2 psl ler mls nk bc
ngeh2....
per pn aku xsk isu Chin Peng dimain'n olh golongan tertentu
perosak ms dpn tol
sejarah mungkin b'ulang
jgnla kt y mjd pengulang sejarah lalu
hayati maksud tersirat d sebalik lipatan sjrh lps

-- Edited by nadia on Sunday 14th of June 2009 07:29:54 PM

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:

chin peng mmg seorg pengkianat negara....dia nk jadikan malaya sbg negara fahaman komunis...

bg zara, tujuan utama chin peng nk dibawa msuk smula ke sini mmg ada ideologi yg tersembunyi...sumanya berkaitan dgn politik...ada org ckp, sedara2 chin peng still ada kat perak...zara x tau la kebenarannya....

sejarah negara kita yg berlaku zaman dahulu akan bakal berulang sebab ramai dak2 zaman sekarang buta sejarah...

__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

sebenarnya chin peng sendiri pun tak kisah sangat dia nak balik atau tidak ke malaysia. Dia tak la terlalu ekstrem sangat-sangat nak balik ke malaysia... balik pun ok... tak balik pun dia ok.... cuma yang terlalu beria-ia sangat nak suruh dia balik ialah suasana politik kat malaysia ni....


Apa yang pasti, tak perlu diungkapkan apa sahaja jasa, kejahatan dan kesyumulan chin peng... kita yang melayu ni tak perlu nak kaji selidik sehingga menemui sinar kebaikan dalam diri chin peng tu...

Ada pihak yang mahu rakyat malaysia dan kerajaan memaafkan chinpeng, tapi pihak itu sendiri tak pernah nak memaafkan pihak yang menjatuhkan kerjaya beliau.. malah beliau terus menyerang dengan lebih hebat lagi...

Ada pula pihak yang sekaum dengan chin peng menggunakan isu ini untuk tarik undi cina agar partinya disokong oleh kaum cina (tak kira la kerajaan ke pembangkang)...

Apa yang pasti, kita dah terlalu jauh menyimpang memikirkan perkara2 remeh (tetapi jangan lupakan sejarah) sehinggakan perkara2 utama yang patut kita lakukan semakin dipinggirkan...

yang sejarah tetap menjadi sejarah, yang baru tetap menjadi baru...

Tetapi sejarah la yang menunjukkan siapa diri kita masa kini...


Aku nak tekankan sedikit sejarah perjuangan orang melayu... saya ambil perjuangan ROSLI DHOBI contohnya... beliau membunuh gabenor british untuk membebaskan negaranya dari british... tapi ROSLI DHOBI dijatuhkan hukuman mati kerana hanya membunuh satu atau beberapa orang yang berasal dari british...

tetapi chin peng pula, walaupun beliau berjuang menentang penjajah, tetapi beliau membunuh beratus2 atau beribu2 orang YAKNI RAKYAT KITA SENDIRI demi nak memenuhi perjuangan beliau. Kemudian beliau tak dikenakan tindakan yang ekstrem macam Rosli Dhobi kena...

Jadi, kalau kita fikir secara logik, DAH AMAT MULIA DAH hukuman yang dijatuhkan oleh rakyat malaysia kepada chin peng dimana ia hanya diharamkan menjejak kaki ke malaysia... takde pun dia kena tembak ke hapa ke, kena pukul ke... malah dia hidup senang lenang kat thailang...


Jadi... lebih baik kita tutup kes ni, kholas... tak perlu ungkapkan apa dah... sebab, bila kita ungkapkan, hanya menyedihkan lagi mangsa-mangsa yang pernah menjadi mangsa kekejaman chinpeng...


(isu ni dah nampak sedikit reda, tapi ada pulak pemimpin politik gunakan isu ini untuk raih sokongan)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:

zara setuju dgn apa yg abg rie ckpkan....

__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard