Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sedih gila!!


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 46
Date:
sedih gila!!


WARGHHHH...! !!! SEDEHNYEE CITER NIEE..

BACER LA SENDIRI, TAK SANGGUP NAK FOWARD KATKENGKAWAN. . TPP TERPAKSA GAKK.. SEKADAR NAK BG INGATAN KAT KENGKAWAN JEE..  INGAT LA MASIH RAMAI YGSAYANG.. HEHEHEHEHEHE

WARGHHHHH


WARGHHHH....

Ina oh Ina


"abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab..
Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut
hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu
itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya
berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi
bapak
kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa
bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak
jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main
permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut,
penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah.
Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx'
dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada
meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia
mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis
surat
kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula
Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara
surat itulah dia jelingan
tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa
surat itu waktu menyemak buku
sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya
dia
terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak
tahu,
kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali
dia
cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau
kala
itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura
sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura
kerja
shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang
menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan
perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki
perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah
barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia
berdoa
sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak
tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya
akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak
mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti
di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar
rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas
tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu
bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia
ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh
bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia
masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina
kusut
masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim
cuba pujuk Ina. Ina masih dalam
sendu. "hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar
dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan
keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara
Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan
nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

$&^%#%t*&&**()()_)(&*

__________________
Im Always watching over you..!!


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Ina ni dalam mahkamah tengah menghadapi perbicaraan agaknya...

sampai Hakim yang kena layan dia..

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Hakim??? aku kenal.. aku kenal... Name penuh Loqman Hakim kan kan??
Ina tu mesti Nor Fizina Ahmad Ramdan.....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

pergh... aku turut bsedih dengar kisah ni smpi mleleh hingus aku.mmg kurang asam tol dpt girlpren mcm 2

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

sedihnyer....hukhukhuk.....melampau tol la ina ni,nak amik ko nasik cap ayam nie...

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

aku klu jdik hakim...
ina akan dpt belaian yg pling mesra pas dier ckap pwot dier lapo tu iaitu...
pnendang berapi atromen 3....
peqabih mnyak keter jer...
hak3x..

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

betul3 aku yg takde kaitan pn rasa mcm ringan je

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

erm....
bodoh punye awek...
nape tak bagi tau je awal2...
ble pe transfer gune maybank2u..
kekeke

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

ewah ewah pompuan ni..kalu terpijak taik ayam tak tau laaa...

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

kalu tpijak taik ayam sure dia call boypren dia ngadu,siap nangis2 n meraung lagi sbb kaki dah busuk tpijak tahi ayam hahaha

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

x pon dier g report polis kaki dier kner taik ayam...
miahaha..
mntak2 polis tu tmbak jer pkai m 16..

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 389
Date:

yg boipren dia pun lari macam tak cukup tanah...
cuba la coool dulu ini kelam kabut jer..
kan dah kena sekali..
hahaha...

__________________

why on earth people always do something stupid for the sake of love????



Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

takpun polis tu terus gunakan pelancar roket kat ina ni... eh geram plak aku pompuan manje2 macam ni... eiii aku tak leh laaa.. serabut aku.. gedik..sikit2 nangis sikit2 nangis...

eh! wusssss... MAK!!! tengok ni, cicak berak atas kepala saya.. Waaaaa..... alamak, aku pun spesies ina jugak rupanya

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

la siap guna bazoka sian si ina tu
biar ab je yg pujuk

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:

wa wa wa wa wa wa wa...

zara nk wat mcm tu gak la...
biggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin

__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

zara wrote:

wa wa wa wa wa wa wa...

zara nk wat mcm tu gak la...
biggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin




klu zara y buat mau riepam,gaytic,matematik n aku skali terkejar2 g rmh zarabiggrinbiggrinbiggrinbiggrin



__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

bestnya dpat boipren camgituuuuu...
wakakaka...aku cari yang bernama hakim pulakla pasne..

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:

lau suma marah zara mcm tu, zara nak buat muka selamber sambil menyanyi..

zara: lalalalalalalaaaa....bro, lua da terkena...

riepam,gaytic,matematik n papedom: wa kena beb.....

zara: har har har har har.....evileyeevileyeevileyeevileyeevileye

__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard