Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 68
Date:
KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI


KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 416
Date:

pokok gharqad:

gharqadn.png
gharqad2.png

memang masuk akal kan...
amat strategik utk dijadikan port nyuruk...
allahuakhbar..wallahua'lam..


-- Edited by shigekazu asukai on Monday 26th of October 2009 06:53:07 AM

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

wah..besarnye...
mcm pokok ara.....

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

aku qasa bos besau ka spa ntah yg dah post cta nieh...
ngeeee..ko selak2 la blik fido nandos oii..
ngehh !

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

yups...gua dah ngeposnya dulu..
tapi nga apa2 dong..
janji rock...
sekrang kan ade Istilah rock Suci@Rock Rohani...
rockers2 malaysia ramai yg bijak..
hehehee!!!!!ape yg aku mrepek ni...

__________________

"ZeitGiest"



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

aku rasa lah kan...byk cete2 psl kiamat & proses akhir zaman ni kito dongar and baco....tapikan apo persediaan kito menghadapi nyo....????

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 389
Date:

aku plak rasalah kan sebab kita ni manusia akhir zaman selalu sangat leka dgn hiburan2,makanan2,dan menumpukan pada kehidupan di donia je maka kita selalu terlupa nak wat persediaan ke alam sana.sebab terlalu lalai dan leka dengan jarum2 halus yg diselit2 oleh musuh2 islam kita selalu alpa yang kita ada kehidupan lain selepas menempuhi kematian.
kita leka mengumpul bekal untuk dunia sedangkan bekalan kita nak dibawa ke akhirat nnt kosong xd isi.kalo ada isi sikit pon x berkualiti...bilalah umat islam ni semua nak bangkit dari mimpi2 indah dunia ni? (alamak,nape plak aku serius ni???)

__________________

why on earth people always do something stupid for the sake of love????

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard