Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ni menjadi pelupa dalam segala hal, akhirnya pergi menemui doktor. Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat sahaja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa sahaja utk membantu mengingati semua perkara. Suatu malam keenam atuk dan nenek tersebut sedang menonton akademi fantasia. Tiba-tiba si atuk berdiri. Nenek pun bertanya "Mahu ke mana?". Lalu atuk pen beritahu bahawa dia hendak ke dapur untuk mengambil air. Nenek pun beritahu atuk untuk mengambil 'AISKRIM VANILA'. Oleh kerana keduanya pelupa maka nenek menyarankan atuk agar menulis apa yang nenek pesan di kertas. "Ah tidak perlu...aku ingat bah juga...AISKRIM VANILA bah kan..???" "Kalau begitu tambahkan STRAWBERI DAN KRIMNYA" balas nenek. 20 minit kemudian si atuk datang dan memberi si nenek SEPIRING DAGING DAN BEBERAPA BIJI TELUR REBUS. Nenek dengan wajah terkezut berkata " Tengok, aku dah kata, abang akan lupa pesananku...Sepatutnya ditulis bah dulu" Atuk dengan rasa kesalnya berkata "Iya ke..?? Salah ke?? Apa yang ko pesan tadi??" Nenek dengan yakin berkata "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERI!!!!!"