Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Roh di Bulan Ramadhan


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:
Roh di Bulan Ramadhan


Walaupun agak terlambat mengeposkan tazkirah ini, rasa2nya ada manafaat lagi..(bagi yang mahu mengambil tahu)..

Menurut satu hadith Rasulullah.... menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bek alan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.cry

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.



__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

magnificient......Ya Rabb..........Kau limpahi lah keberkatan dan kebaikkan kepada yg postkan Risalah Kau ini Ya Allah........

Bro bluea amat bersetuju gan post ni.......tak terlintas utk bro blues pikior kan hal2 post ni.....sampai lah Cik Gayah open this thread.....

-- Edited by blues6906 on Friday 17th of September 2010 01:28:59 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

Aweks baru baca..
alhamdulillah..tak ptus aweks mendoakan mereka
yang telah kembali kepada Yang maha Esa...

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard