Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Nasi Lemak dan Kuih Tepung Bungkus


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:
Nasi Lemak dan Kuih Tepung Bungkus


Kalau nak kira mak aku la harta yng paling mahal, palig berharga, tak de nilai yg boleh disamakan dengannya.
aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. cukup memahami...
abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah  kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah. apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. mintak duit belanja. kena buli ngan kawan, semuanya mak. ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.
abah pepagi lepas hantar kitorang p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik. abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah.
macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena.
masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus.
tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa.
untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus.
pkul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik. pepagi lepas hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.
aku dpat duk ngan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh.
tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.
petang jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasik. mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku,
ada set tu... mamang makan tak ingat punya. kekadang tu mak masak kari ayam cair. kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.
duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok.
gaji rm400. tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang.
benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing tu rm75 satu set.
balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap ari p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. aku ingat lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma, alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak".
aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan. mak masak sedap tengah hari tu. tengah makan mak cakap "haa... makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa. mak kata ada surat kat depan. dan dan aku p ambik baca. melompat aku masa tu. aku tunjuk kat mak. dia kata dia dah baca tadi. berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mna.
perbelanjaan aku masuk itm masa tu abg sulung aku tanggung. masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.
masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki. abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan. adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. abah dah tak macam dulu. sesekali aku balik abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. syukur pda tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.
setahun lepas adik lahir mak sakit. tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je. lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab. diarang ambik semple darah.
lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan.
ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara.
doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.
bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.
mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik". air mata memang tak leh tahan.
sampai masa mak terpaksa operate jugak. doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. balik kampung kena jaga adik.
lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak trlampau lemah. lepas 2 minggu mak kat spital. dia dah beransur baik. abah bawak balik. mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.
tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. abah bawak p hospital jengka.
bermula hari tu...keadaan mak makin hari , makin teruk.seminggu mak kat spital. kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah terpakasa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. masuk makanan mak muntah.
doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. sebab tu mak tak boleh makan. selama di spital mak hidup dengan air dan ubat saja. sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi masa tu mak boleh bercakap.
satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. tak pernah dia sebut yang dia sakit. kami berbual macam biasa. macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.
doktr ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga org sakit barah. doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dh rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit.
seksanya mak. tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.
semakin hari keadaan mak semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. abg di jepun pun balik.
hati mak dah mula membengkak. perut dia buncit macam di pam. berkilat dan boleh nampak urat. mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali kali anak-anak dia. ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. mak kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. masa tu jugak merambu air mata aku. walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia.
hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. semua misi, doktor dah kenal.
selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kesah. memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat.  kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam,sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.
akhirnya mak kami bawak balik ke umah. sebab mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia.
mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan.
bila mak sampai rumah. suatu keajaban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu.
dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia sebut kami cari. kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia. mak sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua. mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.
lebih kurang seminggu mak kat rumah.
mak nazak. hari tu pagi sabtu.
nafas mak tersekat-sekat... masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar.
tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.
kami sekeluarga berbincang. tanya pendapat orng tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. kami adik-beradik dan abah pegi pada mak. kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum. "ma... emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum" banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi mak.... kami cium tapak kaki mak.
air mata mak mangalir. kami letak adik tepi mak. bagi mak cium adik. sayunya aku tengok. air mata mak mengalir bila tengok adik. kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. tak dapat merase kasih sayang mak. mak bisikkan sesuatu pada abah. air mata abah mengalir. nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. abah kucup dahi mak.
kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. aku terpaksa, kami terpaksa. kami syangkan mak. taknak seksa mak.
tak lama mak sesak nafas. abah ajar mak mengucap.
Allahhuakbar seksanya menuju kematian,
Innalillahiwainnahiro-jiun..... ibu tercinta pergi buat selamanya.........

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini.....  linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.


---------------------
INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.

KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU MINTAK AMPUN.
JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE...TAKUT TAK SEMPAT.

AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL.
---------------------
bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abg adik beradik

~sekian buat tauladan~

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 111
Date:

Seriusly aku ckp.. Mata aku berair jga bla bca citer ko ni..sedey sgt2..ko ngn aku snasib jer..dh xde mak..bezanya ko ngn aku,ko smpat mnta ampun n mf kt mak ko.tp aku, Allah xbg ksmpatn lgsg kt aku utk mnta ampun n mf kt mak aku.xsmpat mnta halal mkn mnum aku slama ni.ayaq susu lg..mak aku xskit pape..just skit besa2 jer mcm pnat2 n kncing manis..tp bkn thap kronik. Kncg manis dia pun msh ditahap rndah..tp mak aku pegi tetiber jer..yg lg sedey, mak aku mninggal msa hari rya korban ke2..aku nangis teruk bla slesai jer solat jenazah..msa tu, imam takbir rya.. Sbb tu skrg ni, tiap kali rya jer. Aku msti nk nangis bla dgr takbir rya..n yg lebey tragik n mninggalkn kesan paling mndalam dlm hdup aku..20 hri lps mak aku mninggal,abg aku pun ikut jejak lgkah mak aku..aku msh igt lg kata2 abg aku kt sumer adk bradik kitaorg lps mak aku mninggal..
'mak dh xdak. Lps ni,sapa yg nk jg ayh n adk2'
Upa2nya,dia nk bgtau yg dia pun dh xlma..
Mak,abg teh.. Aku rindu kalian..
Al-fatihah buat mereka..

__________________
~~ Sejak mengenalimu, ssh bagiku untuk melupaknmu...Setiap malam kau hadir dlm mimpi2ku & mmbuatkan aku mnjerit...HANTU!!!HANTU!!! ~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

aku pun sedih ngan korang...kalau kau sudi..mehla..
aku kongsikan mak aku ngan korang...huhuhuhu..sedihnyeee...
mak...i love u...
wlupun skrg aku dah besar...
aku still lagi bawa bekal masakan mak aku ...
dari aku sekolah rendah sampailah aku dah keja skrg...
sebab aku xnak lupa asal diri aku...huhuhuhuhu


__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Senior Member

Status: Offline
Posts: 304
Date:

ya alllah....sayunya...menangis aku sepanjang baca kisah ni ...
lagi sedih dari drama2 sedih kat tv..sbb ni realiti kehidupan..kisah benar..
sakit tekak aku tahan sedih....
bersyukur sangat2 masih ada mak..
tapi mak pun ada sakit jantung..
tak mo mak pegi awal...
ya allah...panjangkan la umur mak..
kami tak puas lagi bermesra dan bermanja ngan mak....
maaaaaaakkkkkkkkkkkk.....

__________________
~ Bercinta Sampai Syurga ~


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

mengalir lagi air mata ni....Alfatihah utk ma. masih lg terasa dan terbayang2 suasana dalam rumah tu. kisah ni aku tulis dah lama masa malam raya 2007. waktu tu beraya d perlis.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

air mata aku pun bergenang masa aku bc ni...sedih sangat..
pengorbanan mak mmg tiada nilai..
ms mak masih ada ni,jg la dia..sayang la dia seperti mana dia sayang kt kita..

pakmie...duk kota gelanggi area mana?sbb aku pun duk stu?

__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

lucky org gelanggi ke. aku gelanggi 4.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

uiks...aku pon duk gelanggi 4 gak...
tp aku bkn asal stu...

__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

anak peneroka kat situ or kerja kerja kat situ?

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

sedihnye..nyesal lak ak mbace nye...ingt resepi ke ape...rupe2nye...

cte ko neh mmg wat aku terharu sgt2... mak ayah ak kat umah tu mmg sll tggu ktaorg adik beradik blik umah... tp ble da kmpl, dorg wat derk la... thanks bro sbb stori tu...btol2 wat ak sedih gle..

__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

terima kasih kembali bro hensem.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

kombang idung den..hihi

btw, takziah wat pakmie n famili wlpn da tlmbt...

mmg haru gle cte ne... bab yg jual nasi lemak tu teringat lak cte zmn skolah rendah dlu..dlu dok nyebok gak tlg mbr jual...

__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

tadi aku gatal2 tangan p google keyword "nasi lemak kuih tepung bungkus". wah..rupa-rupanya story ni dah tersebar ke banyak blog dan ade gak d FB, yg banyaknya post dalam bulan 10-2010. tp takpe lah, aku tak kesah sgt asalkan jgn d tukar isi kandungan cerita sudah lah. sekurang-kurangnya story ni dpt memberi sedikit kesedaran dan keinsafan pd anak2 yg masih mempunyai ibu.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 305
Date:

cite ni nasi lemak telur ke nasi lemak ayam?
kuih tepung tu kuih ape ek?
ala2 capati yg apple selalu masak tu ke tuk ayam dia?
aku dah pening ngan assigment nie...
pe aku merepek ni setan

__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

hummm ... sedihnye ... sedihnyer ... sedihnyer ..
segan plak nak mengaku air mata meleleh ....

adik nur helmi ... aku macam si oren nie gak ...
x berapa nak paham .... apa kuih tepung bungkus tu .. err...
kuih bigka tepung ker ...??

__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 512
Date:

betul2.. ingt kan resepi nasi lemak ke ... upenye story sedey..... huk huk... sedey... sob..sob.... alamak sesema pulak......

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

sian juga eh cite ne kne jaja kat tempat len jugak...huhu...

__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

tepung bungkus..sm cam mak aku..rindu kt dia y jauh nun di utara...& kira'y aku nih tgolong dlm indan bertuah sbb masih ada mak tmpt mgadu

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

alahai cik nadia ... ko rindu tepung bungkus yak mak ko tu ... tapi kami stil tak tau ape tu tepung bungkus ... ngeeeeee

__________________

make me feel it



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

ble bace cerite ni..trus aku teringt kan ma aku kt jengka....ma kak rindu sangat kt ma.....sebak nyer aku rase....

__________________

~ i'm nobody but want to be somebody ~



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

kuih tepung bungkus

ni gambar kuih tepung bungkus.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

ohhhhhhhhh ...panjang lagi oohhh ni...... ohhhhhhhh ....... begini rupe dan wajah tepung bungkus .... mak ai.... cantiknya kuih ... mesti sodap nie ... terima kasih ler adik pakmie .. bertungkus lumus mengambil gambo tepung bungkus yang cun dan sodap nii ... biggrin

__________________

make me feel it



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

hehehe...sama2. gambar ni mr. google yg bg.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

tadi baru skype ngan mama ! hehe mama.. nak balik rumah.. wuu wuu dah sebulan x balik.. sedeyh ! :(
& buat pakmie tabah ok.. ko pown dah besar panjang tehee ! laki kener kuat walaupun dalam hati ada taman kan..?
.. takziah untk arwah mak ko yg tercinta k.. :)

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

terima kasih kuih bingka, nko pun jgn sedih gak ye...selalu-selalu lah skype dgn mak nko, sekurangnye terubat gak rindu dia kat anak2. ermm...nampak sedap je kuih bingka tu, bingka jagung atau bingka ubi tu? :)

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 257
Date:

tabik!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

mak aih...skype? xgheti oden ne pkai bnde2 maju camtu..neh ha..punat2 ne ha...terhegeh2 nk nekan nye...nsb la ade panduan belajar memandu.eh...manual menaip..ahhaa..

ak xdpt view a natang tu..sedap x?

__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!



Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

mcm sodap je...hihi..da google..tepung pelita?

__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

baddar wrote:

ohhhhhhhhh ...panjang lagi oohhh ni...... ohhhhhhhh ....... begini rupe dan wajah tepung bungkus .... mak ai.... cantiknya kuih ... mesti sodap nie ... terima kasih ler adik pakmie .. bertungkus lumus mengambil gambo tepung bungkus yang cun dan sodap nii ... biggrin



aiyak tok wan dh tua kebangka pn tpg bungkus xkenal lg ker?feberet my pepedom tuh..setau aku belah2 utara byk arr kuih ni..aku pn teror wat gak,sedap hingga mjilat daun pisang..kui2..masuk lif tekan butang sndri erk

to jerat hensem..tpg pelita lain skit..tp basic sama jg,guna tpg beras..lembik2 sesuai tuk warga emas y dh xde gigi



-- Edited by nadia on Monday 21st of March 2011 06:35:13 PM

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

iyo ko..warga emas je layak? ish2.. kalo korg nak tau, kat sarawak, payah nk dpt kuih2 cmne, ak pun xtao nape.. bln pose pon pyh nk carik n dpt... kuih yg len2 cam bingka tu ade la..seri muke..krim kreakers..eh..



__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!

1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard