FIRMAN Allah bermaksud: Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur, ayat 31)
Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)
Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari) ~ Hal ini sering dilakukan ketika wanita itu ingin bersanding.
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).
santan nie kan... potong betul la.. baru aku nk kawen smbil buat party buih.. keh3x.. xder2.. lawak jer.. haha
ada senior aku nie kan... skank nie dah posting dah pun kat skolah mner tataw.. sbb dlu masa aku sem 3 ke 4 ntah.. aku duduk 1 rumah ngan dier.. dier ada ckp n kawen.. xper la.. pastu terputus hbungan sbb aku duk umah sewa kan.. baru2 nie aku tgk kt pesbuk die gamba kawen.. terkejut aku weyh.. pakai bju kurung biasa je.. mekap pown x.. perghhh salute la aku kat dier.. skarang dan pregnant 4 bulan dah pown.. awwwww...
semoga aku ada kekuatan nk jadik mcm senior aku jugak.. hahaha.. alaaa.. tp aku nk gak kawen gempak2.. ekekke.. angan2 jer nieh haha.. k bye
__________________
Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)
ala bingka ubi .... x payah ler ko angan2 nak macam senior ko tu .. kalo solek tebal 2 inci macam antu pompuan cine tu pon ... okey jugak ... cantik pe ... .. kalo ko x nak hebah2kan ... hah ... buat sanding kat bilik jer ... kao bakal somi ko toleh ko kat sebelah pon ... paling2 pon .. dia pengsan jap ... sekejap jer .. kang dia sdor ler balik ... selagi ko x cuci muke tu ,... selagi tu ler dia kejap2 pengsan ,, kejab2 dia sedor ... kui kui kui ...
ala akak bingka.... kalau wat party buih ngn hubby sendiri, apa mslh...??? pastikan buih tersebut didalam tab mandi, bukan didalam gelas.... hahaha... err... tumpang tanye yer akak bingka... haszul mahadi tu bkl suami ker bkl menantu akak....??? ke bkl ketua kampong akak....??? hehe...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
Aku kawin pun xde sanding2.... Lambat bebenor tunggu Bf aku kumpul duit ... Masa kapel aku rasa aku ni bergelumang ngan maksiat jer..... Dating klu bleh nak hari2... bila dating mesti pegang tangan.... Last2,aku tak tenteram, kami plan kawin.... semua wat sendiri... Hari tu nak akad nikah, hari tu Hubby aku baru bagitau mak ngan abah dier.... Terkejut diaorg..... Pastu suma sanak saudara aku kutuk aku...mereka kata ku perempuan murah....Ah....ada aku kisah... Sekarang aku dah hepy dan ada Puteri dan Putera menjadi permata hati aku.....
Aku kawin pun xde sanding2.... Lambat bebenor tunggu Bf aku kumpul duit ... Masa kapel aku rasa aku ni bergelumang ngan maksiat jer..... Dating klu bleh nak hari2... bila dating mesti pegang tangan.... Last2,aku tak tenteram, kami plan kawin.... semua wat sendiri... Hari tu nak akad nikah, hari tu Hubby aku baru bagitau mak ngan abah dier.... Terkejut diaorg..... Pastu suma sanak saudara aku kutuk aku...mereka kata ku perempuan murah....Ah....ada aku kisah... Sekarang aku dah hepy dan ada Puteri dan Putera menjadi permata hati aku.....
Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10,000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri.
Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya.
Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bidah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.
Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bidah, dan setiap bidah adalah sesat. (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)
Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas kahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan mas kahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.
Allah s.w.t berfirman:
Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan (Surah an-Nisaa, 4: 4)
Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban (Surah an-Nisaa, 4: 24)
Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami). Daripada Uqbah bin Amir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya. (Hadith Riwayat Ahmad, no. 24595)
Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadith. Umar al-Khaththab r.a berkata: Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah s.a.w. (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Munim Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba)
Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan Al-Quran, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari Al-Quran, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya.
artikel asal http://jiwang.org/groups-ilmiah/82128-walimatul-urus-antara-sunnah-dan-adat.html
kalo x de hantaran kenduri kahwin rumah belah pompuan kena sponsor ah..he3!! setahu aku, duit hantaran 2 digunakan utk wt kenduri belah pompuan.. aku x setuju kalo x de hantaran, tp aku jugak x setuju kalo hantaran mahal nak mampos.. ikut kemampuan lah, kalo parent nak sgt hantaran >5k, pe kata pompuan tu top upkan..wat sedapkan hati mak bapak je.. kira share ah hantaran tu..bg aku y plg penting, bajet utk kenduri kedua-dua belah pihak.. nak kawen pun kena gunakan petua wonderpets.. APA YG PENTING"KERJASAMA"
aku pon stuju ngan lailatul, mane maruah org laki kalu nak pinang anak dara org tapi langsong x keluar duit? nak jadi cam kat india ke, nak kawen, keluarga belah pmpuan yang kena keluar duit, org laki dok goyang kaki jer, cume tau cakap aje. tak malu ke diorang tuh?
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
kikir gigi tu macam mana?.... jarangkan gigi tu pulak macam mana? tu macam gigi besenggang tu ke yg macam madona ke?... kalo camtu xcantik r gigi camtu.. ke macam mana?