Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kenapa sukar untuk beri peluang kedua?


Senior Member

Status: Offline
Posts: 119
Date:
Kenapa sukar untuk beri peluang kedua?


Salam buat semua penghuni GC, 

Kali ini aku hendak bercerita sedikit tentang pengalaman aku bersama remaja yang terlibat dalam kes juvana. Hati aku sayu sekali apabila melihat ramai di antara mereka yang terlibat dalam kes-kes juvana ini adalah orang Islam dan Melayu. Aku bersyukur kepada tuhan, dengan kerja yang aku buat sekarang aku dapat dekat dgn mereka.

Muka-muka adik-adikku, bangsaku yang berada di hadapanku ketika aku menyampaikan ceramah aku pagi tadi ada pelbagai rupa dan antara percaya atau tidak ramai yang terlibat dalam kes juvana ini mempunyai rupa dan kebolehan dan sekiranya diasah bakat mereka, aku kira mampu menjadi pelakon dengan rupa yang mereka miliki.  

Aku mendengar keluhan hati mereka tentang penerimaan masyarakat terhadap mereka. Macam mana kami hendak berjaya kak, kami dah ada rekod. Apa yang aku sampaikan kepada mereka, sekiranya mereka asah kebolehan mereka sekarang, tidak mustahil mereka boleh berjaya. Ada di antara mereka yang hebat dalam membaiki kenderaan, aku minta mereka gandakan lagi kehebatan mereka, biar sampai orang datang cari mereka di atas kepakaran mereka. Selain itu, aku juga berkata kepada mereka, sungguhpun mereka tidak masuk U, tetapi mereka ada kemahiran yang tidak ada pada pelajar universiti. BUkan semua graduan yang keluar dari universiti itu bagus.. kadang-kadang adik-adik kita yang terpinggir oleh masyarakat ini lagi hebat dari mereka yang graduan tetapi isi kosong. Jalan untuk mencapai kejayaan bukan satu. Ada banyak. Pilih jalan mana yang kita mahu. Setiap satu jalan itu ada durinya sendiri, persoalannya mampu atau tidak kita berjalan mengharungi duri itu. Setiap duri itu akan menjadi umpama baldu apabila kita telah berjaya nanti. BUkan berada di puncak kejayaan yang membuatkan kita puas, tetapi ketabahan kita dalam perjalanan untuk sampai ke puncak itu yang menjadikan kejayaan itu manis dan menerbitkan satu perasaaan puas yang tidak terhingga dalam diri kita.

Kenapa sukar sangat masyarakat hendak menerima mereka yang pernah terlibat dalam juvana ini? Sungguhpun mereka ada sejarah gelap mereka tetapi past is past. Mereka hendak berubah kan? Bantulah mereka bukan cerca mereka. Hulurlah tangan. Setiap orang ada masa gelap masing-masing. Kadang2 kita menampakkan kesilapan orang lain untuk menutup kesilapan kita. Ya, silap mereka, silap adik-adik ini nampak. Silap kita, kita sorok. Ya, kita sorok daripada pandangan mata masyarakat tetapi kita tidak dapat sorok dari Allah. Sekiranya Allah berkehendak kegelapan kita itu terbentang luas di hadapan umum, bila-bila masa Dia boleh lakukan. Tidak mustahil, sekarang kita mencerca mereka, di suatu hari di masa hadapan kita berada di tempat mereka, mungkin lagi hina lagi. 

Kepada majikan-majikan, kenapa sukar hendak terima mereka. Kalau kita dapat bantu mereka ini, bayangkan betapa besarnya pahala kita. KIta bantu mereka keluar daripada kegelapan dengan memberi sinar dan harapan baru kepada mereka. Kepada ahli keluarga, ibu ayah, kakak, abang, doakan untuk mereka ini. Doakan semoga Allah buka hidayah bagi mereka ini. Ibu, ampunkanlah dosa anak-anak ini. JIka tidak kau ampunkan, mana mungkin mereka ini dapat petunjuk dari Tuhan. Akan ada satu pendinding dan penghalang antara mereka dengan tuhan selama mana engkau tidak ampunkan dosa mereka. Ibu, ibu,ibu. Bangunlah malam, doakan untuk anak-anak ini. Mereka inilah yang akan menjagamu ketika tua kelak. Doakan lah kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Jauhilah mereka dari diheret oleh malaikat malik ke dalam nereka jahannam. 

Terus terang aku katakan, sangat sukar untuk menyentuh hati mereka. Melakar sedikit peringatan terhadap tuhan dalam hati mereka, apatah lagi. Sungguhpun kerja aku sekarang ini berat tetapi aku bahagia. Aku selalu berdoa agar setiap kata-kataku kepada mereka-mereka ini dapat terkesan walaupun sedikit di hati mereka. Sungguhpun, sedikit. Titik yang sedikit ini insya-Allah akan membawa kepada perubahan yang besar. Tak pernah terlambat untuk membuat kebaikan dan perubahan. Semoga perjuangan aku dalam membawa anak bangsaku kembali ke pangkal jalan diberkati Allah. 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 791
Date:

tahniah cik nurfarahana kerna sudi mendidik anak bangse kite yang da terlanjur..memeng bener aku setuju akan petikan everybody deserve a second chance..tak sume anak-anak akan melalui fasa idup yg bahagia..mcm rencah kuah idup anak2 juvana neh diowang x mintak pon nk diketagorikn sebagai pesalah juvana..maybe keadaan atau suasana mawpun rekod maser lampau menyebabkan diowang terjebak dalam kancah jenayah yg rencam..kalau ade yg da berubah Alhamdulillah..kalau yg gagal berubah Astaghfirullah..bg diowang ruang dan mase untuk memperbaiki diri..masyarakat hanye mampu menuding..bg aku diowang deserve a second chance in life to prove what they r meant to be..itula pendapat aku utk malam nie aku harap korang trime samada rela ataupun terpaksa muahahaha

__________________

tumblrln61knlyhk1qbz3uh.gif

[saya lembam sekian terima kasih]



Senior Member

Status: Offline
Posts: 119
Date:

Uilquorra Schiffer wrote:

tahniah cik nurfarahana kerna sudi mendidik anak bangse kite yang da terlanjur..memeng bener aku setuju akan petikan everybody deserve a second chance..tak sume anak-anak akan melalui fasa idup yg bahagia..mcm rencah kuah idup anak2 juvana neh diowang x mintak pon nk diketagorikn sebagai pesalah juvana..maybe keadaan atau suasana mawpun rekod maser lampau menyebabkan diowang terjebak dalam kancah jenayah yg rencam..kalau ade yg da berubah Alhamdulillah..kalau yg gagal berubah Astaghfirullah..bg diowang ruang dan mase untuk memperbaiki diri..masyarakat hanye mampu menuding..bg aku diowang deserve a second chance in life to prove what they r meant to be..itula pendapat aku utk malam nie aku harap korang trime samada rela ataupun terpaksa muahahaha


 wah hebat kata-kata encik taro ni... tak sangka pandai jugak encik taro ni berfalsafah.. bagus2... kita perlukan lebih byk sokongan masyarakat.. tq kerana menjadi salah seorang daripadanya



__________________


Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 894
Date:

ayat panjangggggggggggggggggggggggggggggggggnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

__________________
buduh cam lembuuu


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

maliki wrote:

ayat panjangggggggggggggggggggggggggggggggggnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


 tidoooooooooooooooooooooooo...... layanzzzzzzzzzzzzzzzz....



__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

juliza wrote:
maliki wrote:

ayat panjangggggggggggggggggggggggggggggggggnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


 tidoooooooooooooooooooooooo...... layanzzzzzzzzzzzzzzzz....


ihhh ihhh ihhhh .... ini ler posting yang paling best sekalik yang pernah aku baca .... ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee  ......

 



__________________

make me feel it

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard