Langkah kaki laju mengejar dia yang sudah jauh kedepan. Baju kebaya labuh yang masih tersarung pada tubuh dirasakan amat merimaskan. Dahlah sekarang matahari sudah tinggi dilangit,bahangnya terasa membakar tubuh. Badan sudah mulai dibasahi dengan peluh tapi tidak dihiraukan sebab ada lagi penting yang harus difikirkan. Panggilan dari belakang yang menghalang tindak tandukku itu hanya dibiarkan berlalu ditiup angin. Aku perlu mendapatkan jawapan dan penjelasan atas apa yang sedang terjadi ini. Dia kini semakin laju berjalan,aku juga melajukan langkah. Mahu juga aku berlari dengan pakaian macam ni. Mata-mata yang memandang tidak aku pedulikan. Lagaknya dah macam filem Hindustan pula cuma bukan hero yang kejar herion tapi heroin yang kejar hero.
Shafiq,please stop. Please Shafiq,Nurin ada benda nak tanya ni,ujarku separuh kuat sebab takut dia tak dengar pula. Tambahan pula nafas sudah mula tercungap. Melihat seperti dia langsung tak mahu berhenti,jalan terbaik adalah berlari.
Sekuat hati aku berlari dengan kain labuh itu,akhirnya aku berjaya berdiri dihadapannya yang ternyata terkejut dengan tindakanku itu. Masing-masing memberhentikan langkah. Aku cuba menarik nafas,dia juga. Shafiq terus mencekak pinggang sambil mencerlung tajam memandangku. Tak tahulah apa salah yang telah aku lakukan sampai-sampai aksi sebegini terpaksa terjadi dalam drama kehidupanku.
Ok fine. Nurin nak tanya apa?cepat cakap,kasar suaranya menyapa gegendang telingaku. Aku angkat muka memandangnya,tak pernah dia bersuara sebegini. Tekak tiba-tiba terasa perit dan kering,aku telan air liur.
Kenapa Shafiq buat Nurin macam ni?Shafiq tahu kan yang hari ni majlis tunang kita?kenapa tiba-tiba nak cancelsuara mula bertukar sayu. Harapan harap dia faham dan semua ini hanyalah kesilapan yang tak dirancang dan semuanya akan pulih seperti sediakala.
Habis tu Nurin nak Shafiq buat apa?teruskan pertunangan ni?bibirnya melerek senyuman sinis. Aku tak dapat nak tafsirkan apa maksud senyumannya itu. Cuba berlagak tenang tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.
Apa maksud Shafiq?bukan ke Shafiq yang nak tunang cepat. Sekarang kenapa jadi macam ni?keluarga Shafiq langsung tak datang,aku sudah mulai hilang sabar. Cara pandangan dan pertanyaannya itu seperti semua ini salahku seorang. Walhalnya aku tak faham apa yang masih terjadi ini. Kenapa keluarganya tak datang untuk majlis ini,malah mesej yang aku terima daripadanya juga masih segar dalam ingatan.
Nurin tak boleh nak salahkan Shafiq sebab semua ini salah Nurin. Shafiq rasa jalan terbaik adalah kita putus. Mulai sekarang Shafiq dengan keluarga Shafiq dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan keluarga Nurin,putusnya tegas. Aku memandang anak matanya cuba mencari kebenaran,adakah aku tak salah dengar?hati terasa bagai tersentap mendengar kata yang terucap dari mulut tuannya sendiri. Kalau tadi mendapat mesej pun hati sudah tidak tenang inikan pula mendengarnya sendiri secara depan-depan.
Apa salah Nurin?Nurin tak faham. Cuba Shafiq jelaskan apa yang terjadi sebenarnya ini. Nurin perlukan penjelasan yang kukuh atas tindakan Shafiq memutuskan semuanya ni disaat-saat akhir,aku bersuara tegas juga. Air mata terasa mahu gugur tapi aku gagahkan selagi aku tidak mendengar apa alasannya melakukan ini semua padaku dan keluarga.
Nurin nak tahu sangat?tanyanya sinis. Sekali lagi dia tersenyum sinis memandangku yang begitu inginkan penjelasan.
Fine!Shafiq tak suka penipu,tapi Nurin dah tipu Shafiq macam tu saja. Nurin tak jujur dengan Shafiq sebab tu kita tak boleh teruskan hubungan ini,ucapnya penuh nada benci. Jari telunjuknya sudah terhala betul-betul dihadapan mataku. Apa yang aku dapat rasa sekarang tak ubah seperti pesalah yang ditujah-tujah.
Apa maksud Shafiq?Nurin tak jujur?ke ini semua hanya alasan Shafiq untuk memutuskan hubungan ini?Nurin tahu keluarga kita tak setaraf tapi keluarga Nurin pun ada maruah,maruah yang Shafiq main-mainkan sekarang,balasku separuh kuat. Kesabaranku ada tahapnya juga wahai Shafiq Iqbal.
Siapa budak cacat dekat rumah Nurin tu?terjahnya penuh emosi. Aku angkat muka memandangnya,kurang percaya apa yang aku dengar sekarang.
Terkejut?terkejut sebab macam mana Shafiq boleh tahu?kenapa Nurin tak pernah bagitahu Shafiq yang adik Nurin tu cacat?kalau Shima tak bagitahu mesti sampai sekarang pun Shafiq masih tak tahu,aku terkesima. Oh,sebab inikah dia berkelakuan seperti ini. Aku menggeleng sendiri,perlahan bibir menguntum senyuman sinis,bukan dituju kepada sesiapa,cuma baru aku sedar yang pilihanku silap.
Habis,kenapa kalau adik Nurin tu cacat?Shafiq malu?keluarga Shafiq tak boleh terima?untuk pengetahuan awak Encik Shafiq Iqbal bin Idris,saya pun tak peduli kalau awak nak putuskan semua inikalau ianya hanya disebabkan adik saya tu cacat sebab saya tak akan pernah tinggalkan adik saya. Kalau belum bertunang pun awak dah bersikap macam ni,ada baiknya kita tak payah kahwin. And one more thing,syukurlah awak dah tahu semua ini awal-awal dan hakikatnya awak dan keluarga awak tak boleh nak terima adik saya yang cacat tu dalam keluarga awak,bererti awak pun tak boleh nak terima saya. Jadi saya dah faham semuanya,terima kasih banyak atas segalanya,terus bertukar dari panggilan nama kepada saya dan awak. Langkahku terus diatur untuk meninggalkannya yang ternyata terkejut dengan peneranganku yang panjang lebar itu.
Perlahan air hangat mula mengalir melalui tubir mata,sungguh aku tak sangka apa yang selalu aku bayangkan ini akan terjadi juga akhirnya. Shafiq bukanlah lelaki yang tepat untukku,aku silap. Aku memaksa diri untuk tersenyum,air mata dikesat kasar. Aku yang memutuskan,bukan aku yang diputuskan.
Nurin,panggil satu suara dibelakangku. Aku mengesat air mata dan menoleh memandangnya yang juga kini bertentangan mata denganku. Lantaklah dia tengok mataku berair menangis pun,tapi aku menangis bukanlah nak minta simpatinya untuk meneruskan perhubungan ini. Biar dia mengubah fikirannya sekalipun,aku tetap dengan keputusanku yang aku tidak akan teruskan hubungan ini.
Shafiq akan ke luar negara untuk menyambung pelajaran,harap kita akan berjumpa lagi nanti,beritahunya. Aku hanya menarik nafas,tak tanya pun tapi lantak dialah. Tapi memang dia ada memberitahuku tentang niatnya untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Sebab itulah dia nak sangat pertunangan kami cepat dilangsungkan sebab takut aku jadi milik orang lain kalau dia dah balik nanti. Nak tak nak aku memaksa diri untuk mengukir senyum.
Dia hanya tersenyum tawar sebelum berlalu meninggalkanku yang masih berdiri memandang langkahnya yang semakin jauh. Perlahan air mata mengalir lagi,betapa peritnya hati ini hanya Allah yang tahu. Tapi perit lagi bila aku tahu kebenaran yang dia tak boleh menerima adikku yang kurang upaya untuk menjadi sebahagian dari keluarganya. Salahkah jika takdir hidupnya seperti itu?bukan pintanya untuk dilahirkan cacat,bukan harapan kami sekeluarga untuk melihatnya dihina.Kenapa semua lelaki yang aku sayang mesti pergi meninggalkanku?
..............
Tok wan,ayah tok,Nurin minta maaf banyak-banyak sebab dah malukan keluarga ni,ucapku lirih. Sebaik habis membuat perhitungan dengan Shafiq tadi aku terus berlalu pulang. Sampai dirumah,semua tetamu tentunya sudah berlalu pulang,yang tinggal hanyalah keluarga dan rakan-rakan baikku. Biarpun aku pulang dengan senyuman,namun kedukaan tetap terpancar di wajah. Mujurlah masih ada orang yang sentiasa ada disampingku ketika suka dan duka.
Jangan salahkan diri kamu tu. Semua ini sudah ketentuan Ilahi,kita terima dengan redha. Mungkin dah tak ada jodoh kamu dengan dia,pujuk tok wan lembut. Perlahan aku dipeluknya erat. Air mata yang sudah kering mula mengalir lagi,teresak-esak aku menangis dalam pelukan tok wan. Ayah tok disebelah sudah mengesat hujung mata yang juga sudah berair. Tangan kasarnya mengusap lembut kepalaku yang hanya bertelekung.
Sudahlah,Nurin kena kuat. Ayah tok tahu yang kamu ni tabah orangnya. Semua ini hanya satu permulaan,masih banyak yang harus kamu tempuh. Allah tak datangkan dugaan yang berat melebihi kemampuan hambaNya,jadi kamu kuatkan hati ya,pujuk ayah tok pula. Aku angkat muka memandangnya yang duduk disebelah tok wan,lalu mengangguk laju.
Perlahan pintu bilik ditolak dari luar. Terpancul wajah adik kesayanganku. Terketar-ketar langkahnya cuba menghampiri kami. Seperti biasa dia hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa-apa. Aku bangun untuk mendapatkan adikku yang terketar-ketar tubuhnya itu. Tok wan mengesat hujung mata dengan hujung lengan baju kebaya kedah yang dipakainya. Hati tuanya terasa sedih dan pilu dengan nasib cucu-cucunya ini.
Mari duduk sini dengan tok wan,ajak tok wan sambil menepuk tempat kosong dihadapannya.
Aku memapah adikku yang berumur 10 tahun itu. Perlahan kakinya disilangkan untuk duduk dihadapan tok wan. Ayah tok hanya tersenyum lebar,sempat lagi mencium pipi adikku itu.
Dari jauh aku hanya memerhati tingkah adikku. Biarpun sudah berumur 10 tahun tapi lagaknya tak ubah seperti kanak-kanak tadika. Matanya hanya memandang keatas setiap masa,cuma apabila aku bercakap dengannya barulah dia memandangku itupun tak tepat pandangannya. Pergerakannya terketar-ketar,ada juga budak mengejeknya robot rosak. Disebabkan ketidakupayaannya itu,adikku hanya bersekolah dirumah. Dulu ada juga sekolah untuk budak-budak kurang upaya tapi sekarang sudah ditutup sebab sudah tiada yang mahu mengajar. Perlahan air mataku mengalir,aku harus tabah mengharungi segalanya. Hanya adiklah satu-satunya harta yang arwah ibu tinggalkan untuk aku,jadi aku tak boleh mudah mengalah biar semua orang menghina. Air mata dikesat,lantas aku mengukir senyuman paling manis.