Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda.
Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.
Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja.
Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat.
Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan.
Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: "Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"
Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama"
Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.
Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"
Si Nenek menjawab; " Tidak terimakasih.." Terus si Anak muda bertanya lagi,
"Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?"
Kata si Nenek " Saya sedang menunggu gigi..........giliran saya selepas datuk.....!
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.
Peposa camni korang citer McD, ni yang aku tak tahan ni...tak tau..kalau aku bukak posa korangla tanggung dosa aku...sebab korangla menjurus kepada pembukaan posa aku... uuuu... sedapnya Big Mac... nak fran fries?
Tima kasih la teratai....tepuk tangan kat aku nih......ok seterusnya.....saya akan menyampaikan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan BDB dan sekarang telah diadaptasi ke irama hip hop oleh kumpulan reffuge......jong jong inai....terimalah.......khayalan menjelma....diruang fikiran....
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.
ceh malaysia idol ok la rejek dia masa ujubakat.... hari tu masa dia nak masuk rancangan akademi fantasial, dia nak kluar umah je ada orang dah halang dia... sebab suara dia tahap maharaja punya sedap (sedap tu kalau didengari oleh mengkarung la)
Ko jangan tak tau teratai.. aku juara bintang suara 60 an tau... Bintang beras jati pun aku juara gak tau.....tapi tu suma masa aku hidup dulu la... 80 tahun yang lepas...skang dah tinggal tengkorok...suara pun dah tak macho