Sepanjang bulan puasa ni aku tak melawat mana2 bazar ramadan seperti tahun yang sudah. Bukan apa, cuaca kebelakangan ini tak menentu. Kadang2 hujan. Tak renyai, lebat pulak. Tengok kanak2 mumayis makan karipap gajah teringin pula nak rasa. Biasa makan karipap kampung. Hari2 tak jemu. Dari dulu sampai sekarang. Memang aku hantu karipap. Suatu petang ,dua jam sebelum berbuka. Keinginan untuk menikmati karipap gajah makin meluap2. Kat luar hujan turun mencurah2 bagai dituang dari langit. Nak pergi bazar pun nanti tersangkut dengan kesesakan lalu lintas. Ah! Akhirnya datang pula ide untuk buat karipap gajah sendiri. Dari pengamatan aku, makcik2 buat karipap guna tepung gandum, mentega dan air garam. Aku ambil
Mula2 aku uli tepung dan mentega hingga berketul. Dah tu aku siram air garam sedikit2 hingga jadi doh yang tak melekit. Kemudian aku canai atas papan dan letak atas pinggan. Inti karipap aku buat simple je. Nak kejar waktu berbuka....Gulp! Aku potong dadu bawang besar. sesudu mayo sebiji telur sedikit garam
Semua ramuan ni aku aduk sebati. Dalam waktu yang sama aku panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah mula panas. Aku tuang inti dalam kulit karipap dan kelim rapi2. Terus goreng.
Walah! Dalam masa kurang sejam aku dah dapat sebiji karipap gajah yang panas untuk hidangan berbuka Kalau nak sedap boleh cicah dengan cili sos
-- Edited by danau biru on Monday 15th of August 2011 10:37:44 AM
cess... mati2 aku ingatkan karipap ni dibuat khas utk gajah.. takpun dibuat dr daging gajah.... ni saper2 yg selera mcm gajah... sila2 la try karipap gajah ni yer...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
can malican hoi hoi... 2x can malican ketipom payong... ewah... oho nk cipta ketupat unta yer... siap cicah rndang gjh lg... aper.. msk dlm kwh gunung berapi...?? kwh blakang rmh ko pun ko tk pnah jenguk.. nk msk dlm kwh gunung brapi kunun... cess...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
tabik spring sbb ko buat karipap ikut hati.. kalau buat ketupat ikut hati... di pagi hari raya semua sedih sbb ketupat x sedap HAHAHAHA.. :) peace yaww
__________________
Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)
aku suka ketupan makan ngan kari..slurps... alamak kurang dah pahale posa aku..
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee