Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: lawak bodo 2


Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:
lawak bodo 2


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

 

Sabun mana yang anda gunakan selama ini?

 

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, Sabun Baba.

 

Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?

 

Deodorant Baba, jawab pelajar itu.

 

Minyak wangi?

 

Minyak Wangi Baba.

 

Shampoo?

 

Shampoo Baba.

 

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, Ok, apakah

jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum

pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.

 

Pelajar itu menjawab, Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba

itu rakan sebilik saya.

 

Situasi: Seorang cikgu mengajar di sebuah sekolah rendah di pinggir Bandar.

Tempat: Kelas 3B

Waktu: Bahasa Melayu

 

Cikgu: baik lah murid2, harini cikgu nak kamu semua buat ayat menggunakan kah. Ok?

Murid2: boleh cikgu.

Maka bermula lah sesi buat ayat.

Cikgu: cikgu nak kamu semua bacekan ayat kamu..si mulakan dengan Lina.

Lina: apakah nama kamu?

Cikgu: Boleh tahan, bagus2. ali?

Ali: kakak saya akan ber kahwin minggu depan.

Cikgu: aik? Mana Kah awk?

Ali: KAHwin cikgu.

Cikgu: emmm..ok lah.. ( tahan benggang)..kamu pulak mamat?

Mamat: minggu depan, nenek dan atuk akn ke Mekah.

Cikgu: ni lagi sorang, mane kah awk?

Mamat: meKAH cikgu, tu pun nk kene aja..

Cikgu dha teramat la benggang. Dalam diam  ade pelajar yg memerhatikan reaksi muke

nye..

Cikgu: baik lah anak murid, cikgu da pening ni..kamu boleh buat kerja kamu.

Tiba2, pelajar yang memerhatikan cikgu tadi bangun dan cakap : cikgu, saya tahu mesti cikgu pening dengan ayat dorg, sy ad ayat yg leh wt cikgu rase gembire ayat saya: KAH!KAH!KAH!KAH!

Cikgu: Agrhhhhh

 

yang ni jgn bace!!

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..
Amy : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
............Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Udin : Buaya darat cikgu!

 

 

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

 

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

 

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya....

 

"Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

 

Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagi tau,

 

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

 

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa.

 

"Kenapa bola itam dan putih?"

 

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

 

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

 

Masa berlalu

 

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..

 

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi.

 

"anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

 

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

 

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

 

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....

 

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.

 

Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller bladebaru bersama secebis nota:

 

"Biar kamu tak malu".

 

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi:

 

"Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."

 

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

 

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

 

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga

ditinggalkan di ruang kerja si bapa..

 

"trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

 

Masa berlalu....

 

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah...

 

Suatu hari,

 

ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

 

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan

Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.

 

Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .

 

Tetapi si bapa masih kesal........

 

Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih...

 

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.

 

Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

 

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

 

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee..

 

Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

 

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

 

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

 

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya

 

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

 

Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?"

 

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

 

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

 

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... .

 

Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

 

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

 

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"

 

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

 

(anda semua pun ingin tahu kan ...?)

 

Si anak menjawab dengan nada terputus putus

 

kerana sudah tidak dapat

 

bertahan dan

 

masanya sudah hampir

 

tiba....

 

"sebabnya .........saya.. saya....

 

saya...."

 

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan

 

nafasnya hilang. Si anak

 

sudah meninggal sebelum

 

sempat memberitau bapanya

 

tentang bola hitam & bola putih.

 

Tengok, si bapa yang selalu hidup

 

bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku

 

yang cuma paste cerita, lagi la tak

 

tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak

 

nih.

 

Isk!Isk! Isk!........ ...Rasa

 

nak tumbuk je perut orang yang mula-mula

 

forward kat aku.

 



__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

aku blur nape bola hitam dan putih??


__________________

http://cityiklan.blogspot.com

http://iklancoffee.blogspot.com

http://andaforex.blogspot.com

http://singgahiklan.blogspot.com

http://iklandimalaysia.blogspot.com

http://incomeiklan.blogspot.com



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

tetiba rasa nak bg penerajang kat org y paste..
citer tergantung..hampeh!

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

JGN MARAH2 CENGGITU LAILATUL...

apapun aku rasa nak nangis jugak le baca citer ni sbb tak sangka ending dia tergantung...
so, kesimpulan aku...orang yang posting citer ni teramat le suka pada menda2 yang tergantung..

selamat makan lemang!!!

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

teka teki,apa y tergantung tp ramai org suka..ha3!! cpt jwb gayah..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

jawapannya lailatul, telur masin saya ni haaa

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

setahu aku telur masin diperbuat dr telur itik..ko ni spesis itek gak ke tengkorak??

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Cite pasal telur masin... Korang taw x kat Perak kat mane tempat pembuatan telur masin terbesar sekali??
Aku pernah lawat... Kat lumut...
Kalau hari minggu korang gi lumut, banyak giler telur masin kat sana...

__________________





Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

telur aku ni masin sebab aku banyak mandi laut... lama sangat berendam dalam laut sampai masin telur aku ni.. ko nak rasa ke lailatul?


__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

adik lailatul ... sayugia diingatkan ...... bahawa ...... dengan sepenuh jiwa raga dan sesuci hati aku yg bersih lagi putih ni ... menosihatkan ko dik ... usah ler sekali2 atau dua tiga kali .. ko merasa telur masin si Misteri tu .... kelak ko akan .... muntah ijo duplo kali pergi dan balik .... rasa dia masin yang teramat lahanat sekalik ..... eeeee .... meremang bulu tengkuk aku ........ kih kih kih kih



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

dont worry oldtown. mmg aku x terhengin nak rasa telur masin si tengkorak..telur masin tengkorak x original..abis keracunan aku nanti..
mat kalo ko bgtw awl2 kt lumut byk telur masin, leh aku p tgk..aku raya lps baru p lumut..nak tgk cara org wat telur masin..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

hoh... berani lailatul qodor memperkecilkan telur masin aku yang besar ni.... ko tak rasa lagi... kalau ko rasa gerenti ko nak lagi... telur masin aku ni jenis telur kuning dia yang macam gold kaler dia tu... sedap tahap cilabi.. kalau makan sampai kulit2 dia ko jilat....pendek kata telur masin aku jenis grade A punya laa..

tapi untuk Afdholu minan naum... adalah diingatkan, janganlah adik lailatul pergi ke lumut dan nak tengok cara2 telur masin dibuat... kerana rupa paras mat the gaytics yang persis punggung kongkang tu amatlah menjijikkan... adalah lebih afdholu minan naum adik lailatul tengok cara2 abang rie buat telur masin, kerana abag rie buat dengan cara menggocangnya...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

innahu min sulaiman...
ni ape citer ceo alam flora ni..dah beralih ke telur masin pulak..
dulu asyik masyuk dengan jamban..

ni aku jual lemang sorangpun tanak beli..ketupatpun ade...ada sapa2 nak ke?



__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

adik lelatul qadak ... ko usah ler sesekali terpedaya dengan khairru minanan naum dan obligasi dakyah tokyah si misteri tu ... hatta beliau menggoncangkanan dengan kedua2 telapak tangan beliau pon ..... telor masin beliau .... tetap ler berkulit karat marat berbelang2 hitam kelabu ....... dan kalernya agak menjelekkan gitu ...... betulllll ... x pecaya? ko g kat dia .... tangkap gambor .... nescaya beliau lari lintang pukang ..... tonggang terbalik ...

adik gayah manissss ..... lemang aku x nak ler ... sebab lemang ni .... banyak lemang ... kalo yg x ori ... basi dan berkedut2 .... lagi huduh rupanya .... nak mandang sebelah mata pon x terhingin .... apa lagi nak melahapnya .... x da kudrat ler .....



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

ceh,mr tengkorak kalo betul telur masin ko ori n gred A lg 2, meh upload photo kt sini..
biar ahli2 gay y buat penilaian..aku lantik oldtown @ baddar sbg ketua juri..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

kalo takat jadik juri ... untuk menilai telok masinn tengkurak emas tu  ... (aku x panggil dia Misteri ... bagi menghormati bulan syawal ...) .. aku x mau lahhh .... eeee .... nak mandang pon geli geleman .... apa lagik jadik juri ... mesti kena memegang  serta membelek2 telok masin beliau sebelum diupload jadik gambor .....eeeeeee .. x mau x maulah  ....no.gif



__________________

make me feel it



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 32
Date:

panjangnya lawak ni..huhuhuuh

__________________

RAHSIA BESARKAN ZAKAR DAN PAYUDARA-TAHAN LAMA-KECANTIKKAN-KLIK DI SINI- http://hebatpower.com/



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

ha ... berkali2 aku bagik komen kat org ... sekalik pon aku x bg komen ijat punye kopi pes lawak nih kan ?

ce teka .. ce teka ... kenapa ....

jawapnya .... aku baru bace la niiii ..... uiiiiii ... panjangnyerrr kopi pes ....

paling aku saket ati .... lawak last tuuu .... beria ia saspen aku bace ...

macam aku nk sunat jerk org yg buat tu ... cisss .... ciss cisss ...cissss

 

 



__________________

make me feel it

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard