semua orang nak jadi kaya, diorang kata, kalau kaya,duit menimbun,
baru nikmat hidup, SALAH tu, sebenarnya, lebih banyak nikmat bagi orang2
miskin dari orang2 kaya, baca nie yer...
DUIT: orang miskin kalau dapat duit walaupun cuma 2,3 ratus pun,
mereka akan merasa cukup gembira, sebab jarang dapat pegang duit yang banyak, sesekali dapat pegang, mereka akan merasa cukup nikmat sekali.
orang kaya walaupun ada duit berjuta2, mereka dah tak rasa apa nikmat
pegang duit, sebab apa2 yang mereka nak, mereka dapat, jadi duit dah tak begitu beri nikmat pada mereka, kesian...
MAKAN: orang miskin kalau dapat makan ayam walaupun cuma sekali sebulan, mereka rasa, ya ALLAH, sedapnya, sebab jarang2 dapat makan,
jadi bila sesekali dapat makan,mereka akan terasa nikmatnya.
orang kaya, makan ayam atau apa2 yang sedap pun, tak rasa sangat nikmatnya sebab dah tiap2 hari dapat makan, sampai nak pergi makan pun dah malas, kesian...
KESIHATAN:orang miskin jarang dapat sakit yang disebabkan terlebih makan,sebab kalau dapat isi perut pun dah kira syukur la, apa pulak nak makan sampai buncit perut.
orang kaya duit banyak pun tak dapat makan, bukan sebab tak mampu,
sebab kalau makan dapat penyakit, duit banyak, nak makan tu tak boleh, nak makan ni tak boleh, kesian...
KELUARGA: orang miskin ni kebanyakkannya ikatan kekeluargaan mereka adalah rapat, anak2 amat rapat dengan ibubapa mereka,
orang kaya kebanyakkannya ikatan kekeluargaan mereka amat buruk, anak2 jarang berbual dengan ibubapa, bahkan mereka malu kalau dilihat dengan ibubapa mereka, kalau semua ahli keluarga ada di rumah pun, masing2 dalam bilik buat hal sendiri, dalam bilik masing kan ada macam2.
MAKHAMAH AKHIRAT: orang2 yang sikit hartanya, sikit pertanyaan tentang dari mana diperolehi hartanya dan sikit pula pertanyaan ke mana dibelanjakan hartanya.
orang2 yang banyak hartanya, banyak pertanyaan tentang dari mana diperolehi hartanya, dan banyak pula pertanyaan tentang kemana di belanjakan hartanya.
banyak lagi yang aku malas nak taip...
tapi jangan pulak korang bercita2 nak jadi miskin, carilah harta seperti nak hidup seribu tahun, beramal lah macam ajal akan tiba esok hari.
btol 2... dgn itu kte kne brsykur dgn pe yg kte ada.... kalau kte kaya skali pon, xslah nak brsedekah.... nie tak dah ar kaya sedekah pon xnak... adoiyaii...nie la tabiat yeee... selain 2 gak hidup owg kaya xtenang macam owg miskin....
se beno nye.....klu ada sifat jihad.....kekayaan yg Allah kurnia kan memberi byk nikmat kat individu tu..... mana x nye.......klu nak jariah....tu dia....berjuta2 dema bleh buat....
bro blues teringatkan sorang kawan yg agak senior......tapi dah kembali ke Rahmatullah...... idup dierrr simple jerrr.....amik se cukup nye utk family dierrr....balance dierr taburkan ke serata Masjid, Rumah anak2 yatim, etc...... manusia yg paling ramai anak......iaitu anak2 angkat dari yatim piatu...... klu nak kategorikan dierrr ni millionaire....tapi idup simple jerrrr penah skali....bro blues senyap2 nenguk dierrrr bg cek kat 1 mesjid kpg utk tambah bangunan....jumlah dierrr amat memeranjatkan...RM1.73 million
tu sbb nye Allah cecepat panggil dierrr balik.....mungkin Allah sayang kat dierrr....Wallahualam
cume kebanyakkan manusia ni bile ada harta, jadi lupa pada Tuhan, bile dah miskin baru ingat nak brdoa
pergi masjid, dengar kuliah...
ni lagi aku nak tambah:
orang2 kaya ni kebanyakkannya tidur malam tak lena, masa nak lelapkan mata, bermacam2 yang diorang risaukan, takut bisnes tak untung, takut saham jatuh, cara nak rebut tender juta2, takut rumah kena rompak, n macam2 lagi, sampai senang kena sakit jantung, kesian.
orang2 miskin pulak time nak tidur fikir camna nak cari duit bayar yuran sekolah anak, bayar api/air n perkara2 asas aje.
orang kaya, kalau bersedekah, walaupun 1juta, tapi dalam akaun bank ada 500juta,bandingkan dengan orang miskin yang bersedekah walupun cume 5ringgit, tapi dia dah takde duit selain 5ringgit tu belanja ia sepanjang hari itu, mana lebih mulia di sisi Allah?
Mulia dan lebih tinggi martabat sedekah orang miskin tadi walupun cuma mampu bagi 5ringgit, sebab itulah harta yang paling penting bagi ia, lalu ia bertawakkal, disedekahkan untuk mencari keredaan Allah, maka amatlah mulia sedekah ini disisi Allah SWT.
sedangkan orang kaya tadi walaupun ia bersedekah 1juta, masih ada banyak lagi harta ia yang ia simpan untuk dirinya, nescaya ia tidak mengalami kesulitan walaupun ia mendermakan 250juta hartanya.
orang2 kaya yang suka bersedekah itu mulia, lebih mulia orang2 miskin yang suka bersedekah.
orang2 miskin yang kedekut itu biasa, orang2 kaya yang kedekut itu celaka.
orang2 tua yang suka pergi masjid itu mulia, lebih mulia orang2 yang suka pergi masjid walaupun masih muda.
orang2 muda yang tak suka pergi masjid itu lalai, orang2 tua yang tak suka pergi masjid itu lebih lalai lagi tercela.
-- Edited by Ijoi on Saturday 24th of September 2011 04:33:32 PM