cerita ni mr Q pernah cerita dah secara ringkas, aku nak cerita balik secara lebih detail...
Di zaman Nabi Muhammad s.a.w., ada seorang lelaki tua yang buta dan sudah agak lemah badannya, tapi setiap kali azan dilaungkan, dia akan pergi ke masjid dengan bersusah payah untuk solat berjemaah, satu hari dia tanya pada Rasulullah s.a.w supaya boleh tak untuk dia solat di rumahnya saja sebab susah bagi dia untuk pergi ke masjid sebab dia buta dan dah tua, maka jawab Nabi,"adakah kamu mendengar azan di rumah kamu?" dia pun jawab,"ya, aku boleh mendengar azan dari rumahku." Nabi pun berkata,"maka hendaklah kamu datang solat berjemaah di masjid."
orang itu pun tetap terus pergi ke masjid setiap kali mendengar azan. satu hari dalam perjalanan ke masjid dia terjatuh, berdarah kepalanya,pun begitu dia tetap ke masjid untuk berjemaah, keesokkannya, sewaktu dia hendak ke masjid, dia disapa oleh seseorang yang berkata, "adakah kamu hendak ke masjid untuk berjemaah?" "benar." jawabnya, orang itu pun berkata, "kalau begitu biarlah aku memimpin kamu supaya kamu tidak terjatuh." maka dia pun dipimpin oleh lelaki itu, setiap kali dia hendak ke masjid, lelaki itu telah ada untuk memimpin tangannya. keadaan ini berlanjutan beberapa ketika, sehingga pada satu hari si tua itu hendak ke masjid, lelaki itu pun hendak memimpinnya, tapi si tua itu bertanya, "siapa kamu ini dan kenapa kamu memimpin aku setiap kali aku nak ke masjid?" soalannya tidak dijawab hingga dia berkata,"kalau kamu tidak mahu beritahu aku siapa kamu, maka aku tidak akan menerima bantuanmu lagi."
lelaki itu pun menjawab, akulah IBLIS," terkejut bukan main orang tua itu. sambung iblis lagi, "wahai fulan, tahukah engkau semasa engkau hendak ke masjid tempoh hari, engkau terjatuh dan berdarah kepala engkau, ketika itu ALLAH berkata kepada malaikat2, "telah aku ampunkan separuh dosa si fulan itu kerana dia bersusah payah semata-mata untuk ke rumahKu untuk menyembahKu." mendengarkan itu lalu aku pun memimpin tangan engkau setiap kali engkau hendak ke masjid supaya engkau tidak terjatuh lagi, kalau engkau terjatuh lagi, nescaya ALLAH akan menghapus baki separuh lagi dosa engkau, maka celakalah aku kalau itu terjadi." kata iblis.
NAH! tak ke kita rasa malu, walaupun ada motor/kereta besar n cantik,
tetap susah bagi kita untuk solat berjemaah di masjid.
Subhanallah......kuat btul azam & iman para2 sahabat dulu yerrrr......
tapi the best part.....note tu.....emmmm.....bukan saje ada kete & moto beso......ni rumah depan sejid / surau pun malas nak gi solat jemaah
Ya Allah....Ya Karim....Ya Rahman.....Ya Rahim.....Ya Baari.....Ya Ghafur....Kau kuat kan lah azam, hati & iaman kami utk menunaikan apa yg di suruh oleh Rasullulah
Ya Allah....Ya Karim....Ya Rahman.....Ya Rahim.....Ya Baari.....Ya Ghafur....Kau kuat kan lah azam, hati & iaman kami utk menunaikan apa yg di suruh oleh Rasullulah S.A.W.
Ya Allah....Ya Karim....Ya Rahman.....Ya Rahim.....Ya Baari.....Ya Ghafur....Kau kuat kan lah azam, hati & iaman kami utk menunaikan apa yg di suruh oleh Rasullulah S.A.W.