cerita ni blues6906 dah pernah citer secara ringkas, ni versi lebeh lengkap..
Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah seorang alim ulamak ahli sufi, yang cukup dikenal akhlak dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam, kerana sifatnya yang warak atau dekat dengan Allah, ramai pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya.
Diceritakan, pada suatu hari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berjalan merantau seorang diri, dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu, ia merasa kehausan, tiba2 ia melihat sebuah bejana(bekas air) dari perak melayang di udara, lalu perlahan2 turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.
Saat itu ia terdengar suara ghaib di angkasa: "hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini, hari ini Kami telah menghalalkan makan dan minum semua yang selama ini kuharamkan, dan telah kugugurkan semua kewajipan untukmu." bunyi suara ghaib itu.
Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu, bahawa suara yang menyerupai wahyu itu cuma suara syaitan yang menggoda keteguhan imannya, maka marahlah dia dan berkata: "Hai malaun, pergilah engkau dari sini, sesungguhnya, aku tiada lebih mulia dibandingkan Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT, kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu, barang yang diharamkan Allah selamanya, akan tetap haram, dan kewajipan hamba kepada-Nya tidak pernah digugurkan, termasuk pada diriku!" ujarnya.
NAH! demi Allah, ilmulah yang dapat menyelamat manusia dari kesesatan, tapi org Islam hari ni... bukan suara kat angkasa, pokok2, haiwan2, kejadian2 pelik yang berlaku di sekeliling mereka pun menyebabkan berada didalam kesesatan yang nyata, pokok petai kluar air pun ada yang kata macam2, ish3....