Berita tentang perbicaraan kes Moshe Katsav, merupakan bekas presiden Israel (2000 - 2007) menarik perhatian saya, tapi bukan kerana kes yang dibicarakan. Tahukah kita bahawa beliau dilahirkan dalam wilayah Isfahan Iran? Jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun 1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang, iaitu sermai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel! Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.
Beberapa hadis Rasulullah ada menceritakan kedatangan Dajjal pada akhirzaman. Selain itu, ada dimaklumkan tentang keluarnya Dajjal adalah ia dikuti oleh YahudiIsfahan yang menjadi anggota pasukan tentera Dajjal.
Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW :
"Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan."- Hadis riwayat al-Tirmizi.
Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :
"Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah ". Hadis riwayat Muslim.
Hadis ini memberi panduan untuk mengetahui bahawa Dajjal telah muncul ialah dengan mengenal pasti pengikutnya secara khusus iaitu YahudiIsfahan. Kaum Yahudi pada asasnya terdiri dari 12 suku dan YahudiIsfahan merupakan salah suku tergolong dalam suku Ephraim.
"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,..."(Al-A'raaf 7:160)
Berbeza dengan puak-puak yang lain YahudiIsfahan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang jelas dapat dibezakan dari puak-puak lain.
Rasulullah s.a.w menjelaskan secara khusus bahawa YahudiIsfahan ini memakai Al-Tayalisah (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannya tersendiri membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khusus ini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal seperti yang diberitahu dalam hadis tersebut.
Gambar-gambar yang dipaparkan ini menunjukkan selendang Al-Tayalisah tersebut dengan ciri-cirinya kain berwarna putih dan mempunyai corak jalur biru tua secara memanjang.
Inilah selendang al-Tayalisah yang dipakai YahudiIsfahan
YahudiIsfahan dapat dibezakan dari yang lain ketika berada di Wailing Wall
Tentera YahudiIsfahan yang memakai Al - Tayalisah berada di medan perang
Tentera Dajjal bersamanya YahudiIsfahan memakai Al-Tayalisah
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!