Pensel : Saya minta maaf. Pemadam : Utk apa ? Awak tak buat salah pun . Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera . Setiap kali saya buat silap , awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya . Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya , awak kehilangan sebahagian dari diri awak . Awak menjadi semakin kecil. ... Pemadam : Itu betul , tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat . Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang , saya berbangga dengan kerja saya ini . Jadi janganlah risau . Saya benci melihat awak bersedih :)
#Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam di atas & kita pula sebagai pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan. Kadang-kala mereka terluka, akan menjadi kecil(tua) & akhirnya hilang(meninggal dunia)
Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan
_______________________________________________
LEMBU : Aku makan rumput.tuan makan apa? LELAKI : Aku makan nasi.Kita tak sama. LEMBU : Tuan tidur di mana? LELAKI : Aku tidur atas tilam.engkau tidur dalam kandang..mana nak sama.
TIBA-TIBA KEDENGARAN LAUNGAN AZAN...
LEMBU : Itu suara apa? LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang. LEMBU : Tuan tak sembahyang? LELAKI : Tidak. LEMBU : Samalah jelah kita..
bukan pensil ngan pemadam jer yang penting dalam sesuatu lukisan,
yang paling penting ialah kertas putih, yang di ibaratkan seperti anak yang putih bersih, sebagaimana kedua orang tuanya bertanggungjawab akan apa yang akan dilukiskan di atasnya.