siapalah kita nak sedap2 kata pendapatan artis2 n pelakon2 ni haram,
tapi bagi aku, baik tinggalkan, sebab yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, antara keduanya itu ada yang samar2, iaitu syubhah, tinggalkanlah supaya kita selamat dari dosa yang kita tak tau.
tapi artis2 ni bukan kesah halal haram, semua dia bedal.
topic ni x pnh bincang kt tv coz nanti terang2an public tau pendapatan artis tu halal or haram.. klu haram mau meroyanlh kot mne2 artis yg x leh terima..nanti mulelh nk saman tu saman ni..tp betul kata ijoi klu rase was2 elok ditigglkn tp selebihnya urusan Allah je yg lbh tau
tengok artis tu macam maner... adakah dia mendedahkan aurat ia untuk mencari rezeki? atau artis wanita yang menyanyi untuk cari duit? tu memang terang2 haram....tapi aku pun tak tau la nak komen...stakat yang aku tau je laa...
betul kate ijoi tu...ni hadisnya.. daripada hadis 40 imam nawawi...
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!