Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sape nak buat dose?? meh sinie


Senior Member

Status: Offline
Posts: 330
Date:
sape nak buat dose?? meh sinie


kepada sape2 yg nak buat dose n maksiat kepada ALLAH mesti mematuhi syarat nie..

syarat-syaratnye ialah :

1) jangan makan rezeki ALLAH

2)jangan duduk atas bumi ALLAH

3)sewaktu malaikat izrail nak cabut nyawa cakap kat malaikat tue suruh tangguhkan..

4)semasa malaikat zabaniah nak heret kamu pg masuk neraka..korang cube terlepas daripadanya..

 

ade satu lg tp lupe laa...

lepas korang da buat lepas mende nie sume..baru korang boleh buat dose...

 

pengajaran:

jangan la sesekali buat dose..dan ingatlah bahawa wujudnya hari pembalasan...

surah al-fatihah ayat 3..

nasihat kepada kawan2 n diri sendiri yg lemah ini..



__________________

hidup mesti diteruskan walau ape pon ujian melanda

itu tandanya Allah menyayangi kita dengan memberi ujian..

Allah suka mendengar suara hambanya yang meminta pertolongan daripadaNya..

01AweCZ1Kq7i0AlvAOAACkQc-Av2s:.mp3                          01AweCZqk8Ch8A-skOAADglFAzXYM:.mp3                             01AweCYy0eiGQA5JAOAABs-0V6i1c:.mp3

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

cherita ni dah ada rasanya dalam GC kot?..

 

cerita lengkapnya adalah begini. (chewaah ayat..)

 

pada zaman dulu ada seorang lelaki datang menemui hamba Allah yang soleh, lalu ia bertanya, 'wahai tuan, aku ingin melakukan maksiat kepada Allah SWT, nasihatilah aku.'  lalu hamba Allah ini berkata..

'baiklah, cuba kamu lakukan perkara ini, kalau kamu berjaya, maka lakukanlah sesuka hatimu..

bila kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah, carilah kamu satu tempat dimana Allah tidak melihat kamu, andai kamu dapat, maka lakukanlah sesukamu. 'wahai tuan, Sesungguhnya Allah Maha Melihat, dimana saja aku berada, pasti Dia melihat aku.' kata lelaki tadi.

bila kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah, carilah kamu satu tempat dimana Allah tidak mendengar kamu, andai kamu dapat, maka lakukanlah sesukamu. 'wahai tuan Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, dimana saja aku berada, pasti Dia mendengar aku.' kata lelaki tadi.

bila kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah, carilah kamu satu dunia yang bukan milik Allah, bila kamu berada di atasnya, maka lakukanlah sesukamu. 'wahai tuan, sesungguhnya setiap apa yang berada di langit dan bumi, yang nyata dan tersembunyi, adalah milik Allah Yang Esa.' kata lelaki tadi.

bila kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah, carilah dan makanlah kamu rezeki yang bukan kurniaan Allah, bila kamu dapat, maka lakukanlah sesukamu. 'wahai tuan, siapakah yang dapat memberi rezeki kepada hamba-hamba Nya selain Allah?'

bila telah sampai ajal kamu, maka mintalah kamu tangguh supaya kamu dapat bertaubat kepada Nya. 'wahai tuan, ajal maut itu tidak dapat dicepatkan atau di lambatkan walaupun sesaat.' kata lelaki tadi.

jadi mengapakah kamu masih mahu berbuat maksiat kepada Tuhan yang sentiasa melihat, mendengar, memberi rezeki dan membenarkan kamu berjalan di atas ciptaan Nya?

sesungguhnya lelaki tadi telah mendapat nasihat yang baik sehingga ia membatalkan niat untuk melakukan dosa kepada Allah SWT.

semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan kebaikan kepada para sahabat dan solihin dan solihah yang mengikut jejak kebaikan yang di unjurkan oleh Rasulullah SAW sampai hari kiamat.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

"Yang menguasai hari pembalasan"

Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami meminta pertolongan"

 

Surah Al-Fatihah, ayat 3-4.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

woii...nie nk ceramah nie.....
gc nie tempat untuk bersuker ria bukan untuk buat dose....


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

aheemm.. hilmi, memang GC tempat untuk bergurau-senda kutuk mengutuk puji-memuji kongkang bukit..

tapi dalam 'ruangan cerita agama', cuba elakkan bergurau tak kena tempat, kalau nak gurau merapu-meraban, klik aja ke 'sembang-sembang member forum' atau 'sembang-sembang kedai kopi' atau page yang lain.

'ruang cerita agama' pulak untuk kita fikirkan sejenak hal-hal yang menginsafkan lepas bergelak ketawa kat page lain..oyeahh..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard