pada zaman dulu ada seorang lelaki datang menemui hamba Allah yang soleh, lalu ia bertanya, 'wahai tuan, aku ingin melakukan maksiat kepada Allah SWT, nasihatilah aku.' lalu hamba Allah ini berkata..
'baiklah, cuba kamu lakukan perkara ini, kalau kamu berjaya, maka lakukanlah sesuka hatimu..
bila kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah, carilah kamu satu tempat dimana Allah tidak melihat kamu, andai kamu dapat, maka lakukanlah sesukamu. 'wahai tuan, Sesungguhnya Allah Maha Melihat, dimana saja aku berada, pasti Dia melihat aku.' kata lelaki tadi.
bila kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah, carilah kamu satu tempat dimana Allah tidak mendengar kamu, andai kamu dapat, maka lakukanlah sesukamu. 'wahai tuan Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, dimana saja aku berada, pasti Dia mendengar aku.' kata lelaki tadi.
bila kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah, carilah kamu satu dunia yang bukan milik Allah, bila kamu berada di atasnya, maka lakukanlah sesukamu. 'wahai tuan, sesungguhnya setiap apa yang berada di langit dan bumi, yang nyata dan tersembunyi, adalah milik Allah Yang Esa.' kata lelaki tadi.
bila kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah, carilah dan makanlah kamu rezeki yang bukan kurniaan Allah, bila kamu dapat, maka lakukanlah sesukamu. 'wahai tuan, siapakah yang dapat memberi rezeki kepada hamba-hamba Nya selain Allah?'
bila telah sampai ajal kamu, maka mintalah kamu tangguh supaya kamu dapat bertaubat kepada Nya. 'wahai tuan, ajal maut itu tidak dapat dicepatkan atau di lambatkan walaupun sesaat.' kata lelaki tadi.
jadi mengapakah kamu masih mahu berbuat maksiat kepada Tuhan yang sentiasa melihat, mendengar, memberi rezeki dan membenarkan kamu berjalan di atas ciptaan Nya?
sesungguhnya lelaki tadi telah mendapat nasihat yang baik sehingga ia membatalkan niat untuk melakukan dosa kepada Allah SWT.
semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan kebaikan kepada para sahabat dan solihin dan solihah yang mengikut jejak kebaikan yang di unjurkan oleh Rasulullah SAW sampai hari kiamat.
aheemm.. hilmi, memang GC tempat untuk bergurau-senda kutuk mengutuk puji-memuji kongkang bukit..
tapi dalam 'ruangan cerita agama', cuba elakkan bergurau tak kena tempat, kalau nak gurau merapu-meraban, klik aja ke 'sembang-sembang member forum' atau 'sembang-sembang kedai kopi' atau page yang lain.
'ruang cerita agama' pulak untuk kita fikirkan sejenak hal-hal yang menginsafkan lepas bergelak ketawa kat page lain..oyeahh..