Tadi kat masjid SABA bangsar, lepas solat jumaat, aku jumpa member aku yang dah lama lost contact. aku ngan dia ni dulu kira karib sgt la sebelum bapa dia pencen dan pindah balik kampung. borak punya borak, teringat la satu kisah ni..
Kisah ni betul-betul berlaku masa tahun awal 2003. masa tu malam, kul 9 lebih kot..aku ingat lagi sebab masa tu aku baru je beli kereta. wira 1.5 je.. pastu aku bawak la member aku ni pi minum kat uptown. masa 'on the way' tu, aku dengar la stesen radio muzik..
Lepas tu ada la satu mak cik ni buat panggilan kat stesen radio muzik tu..
lebih kurang macam ni la pebualan mereka...
"hello, selamat malam..siapa tu.." brader DJ tu tanya..
mak cik tu jawap.. "Ni mak cik rosnah dari jelebu"..
"ooo..mak cik rosnah dari jelebu...Ok mak cik saya nak tanya..kalau di kajang popular dengan sate kajang, di jelebu ni apa yang popular makcik?".. brader DJ tu tanyer.. biasa la nak berborak... xkan nak terus bagi ucapan kan..
dengan penuh keihklasan, keinsafan serta dan remang cahaya bulan, mak cik tu jawap..
"errr.. SATE JELEBU la.."..
aaa... terkedu aku rasa DJ tu... diam sekejap..pastu makcik tu sambung..
"dik...dik, boleh tak makcik buat ucapan.."
terkena brader dj tuh..
ahahahaha...terbahak-bahak aku gelak ngan member aku... abis tuh makcik, kalau orang taiping talipon..sate taiping la ye???org pontian, sate pontian...
__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR...
DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee