Cam biasa, setiap hujung minggu lorong Ellypopia sibuk dengan aktiviti lelong melelong, tawar menawar dan mencuci mata.
Kesempatan yang ada ini digunakan sepenuhnya oleh sorang Mamat dari Utara, untuk beniaga kain batik Indonesia di Lorong Ellypopia yang masyurrrrr itu. Hari ini adalah hari motivasi, sebab Mamat Utara ni kembangkan satu lagi bisnes iaitu menjual air tebu asli, setelah berjaya mengambil alih peniagaan satu Mamat Melayu juga yang meniaganya macam tak nak meniaga je.
Dalam sibuk meniaga tu, ada la satu Kakak Berbaju Kebaya dan berkain batik sendat bersama anak gadisnya lalu di depan gerai Mamat Utara ni. Terdengarlah satu jeritan :
"Kak, kain kak tebu kak!!"
Kakak berkain batik itu terperanjat, lalu membelek-belek kain yang dipakainya. Begitu juga anak gadisnya. Mamat Utara tersenyum sambil berkata lagi:
"Kak kain kak, tebukak!!"
"kainkak, tebukak.."
Tiba-tiba,
"Panggggggg!!!"
Satu penampar singgah ke muka Mamat Utara, menyebabkan dia terduduk dan mulutnya ternganga..
"Lelaki gatal !!!!" Jerit kakak berbaju berkain batik itu.
"Yea la mama, lelaki-lelaki kat sini miang-miang belaka" sampuk anaknya pula dan keduanya pantas berlalu dari situ.
beratus mata di lorong Ellypopia.. terfokus pada Mamat Utara. Muka merah cerianya.. menjadi biru kekelabu kelabuan gitu.