Siti Norhaliza & Dato K intim. Siti Norhaliza, ayunya terserlah. Siti Norhaliza dan bermacam-macam lagi tajuk memenuhi dada akhbar tempatan.
Apakah kelebihan Siti Norhaliza sehingga hubungannya dengan ahli korporat Dato K sentiasa mendapat liputan meluas daripada media masa?
Terkini, sempena meraikan masuknya 1Disember 2005, Dato K khabarnya telah menempah rantai leher khas, dengan emas putih seberat 3 aun ditaburi 15 bijik mutiara ditepi-tepinya dengan ukiran SNK. Kalung xklusif itu dikatakan hadiah teristimewa untuk dipakaikan oleh Siti Norhaliza semasa tidur.
Perisikan Gerakgeri Khas membuat kesimpulan bahawa Pendewi-dewian Dato K yang ketidakketahuan manjanya itu pada Siti Norhaliza menimbulkan rasa jealous tahap Jinbara di kalangan golongan anti Siti Norhaliza terutamanya pembantu rumah rasmi Dato K, iaitu Saripah A. Aini.
Apapun, persoalannya ialah apakah kelebihan Siti Norhaliza, kucing kurus berwarna kelabu itu, jika dibandingkan dengan kucing-kucing peliharaan Dato K yang lain seperti Comel, Kelisa, Proton MyVi dan Nazariang. Tidakkah mereka juga semanja dan seriang Siti?
(Elly menulis untuk Harian MEOW, Akhbar Utama Kucing-kucing Sedunia)