KISAH, JALAN CERITA dan NAMA di bawah tiada kena mengena dengan HIDUP atau yang MATI, sekiranya terkena juga mungkin secara kebetulan sahaja dan segala tindakan undang-undang tidak akan di layan. Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini.
Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah. Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami. Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. "Farhana, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama. Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta;"Ibu, Syah nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?".Balas ibuku lembut. "Syah rasa..... Syah nak kawin la bu........", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi ibu. "Betul ke ni Syah? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Syah tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba. "Syah nak kawin dengan Farhana." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah.Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai. "Kau dah gila ke Syah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik ibuku memecah kesunyian. Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku. "Tapi ibu!, Syah sayangkan dia, Syah tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau Syah nak kawin dengan dia?". Aku cuba memujuk. "Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Syah! Ibu tak rela!". " Tapi ibu.......". "Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia......", suara ibu semakin perlahan. "Dari kecik ibu bela kau Syah, tak pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak. Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni kambing Syah....... kau sedar tak yang kita ni kambing?...... mana boleh kambing kawin dengan ayam?". Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Aku pasrah. Farhana......... aku tetap sayang padamu, walau kau dilahirkan sebagai seekor ayam.
SEKIAN. Harap anda semua terhibur...jgn marah k..waaakaaakaaaawaaakaaakaaaa
a'aa rue...si mie tu baru je kena penampaq aku...bukan tu je..aku pun dah lestik sampai lebam2...bukannye ape rue..aku suruh dia benti main lestik dia degil gak..pastu dia terlestik cermin tingkap umah aku..habis pecah...tu yg aku ngamuk...terus bantai dia...ni pengajaran utk dia..tu la degil lagi..
yeh yeh mie kena lestik..kena penampau..best tak mie?? tu la dah bapa kali ckp jgn main lestik tk nak dengar..kan dah kena ngan eloka tu.. heks heks heks (jgn marah ye syg)...
PERGHHHH!!!!!!!PUNYERLER KHUSYUK AKU DOK BACER CITER PONTIANAK NI.LAST2 CITER KELENTONG GUPERNYER.X JADI AKU NAK NANGIS........NAK PECAH PERUT AKU ....ARGH TOLON TOLON LAWAK GILER..HAHAHAHAHAHAHAHAH
yeh yeh mie kena lestik..kena penampau..best tak mie?? tu la dah bapa kali ckp jgn main lestik tk nak dengar..kan dah kena ngan eloka tu.. heks heks heks (jgn marah ye syg)...
sape plak sayang nih.....heks...heks...
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.