Penzina disempitkan rezeki, hilang keberkatan umur
DALAM satu riwayat ketika Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera dan satu lagi berisi daging busuk.
Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.
Rasulullah diberitahu oleh Jibril bahawa mereka adalah tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.
Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka, manakala dari faraj mereka, keluar nanah terlalu busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.
Mereka ini, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.
Begitulah gambaran hina dan azabnya orang yang melakukan perbuatan zina. Zina adalah perbuatan sangat keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.
Firman Allah, yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sa! ngat buruk." (Surah al-Isra', ayat 32).
Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.
Firman Allah, yang bermaksud: "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.
"Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin." (Surah an-Nur, ayat 2)
Thabrany 'an Ibni Abbas meriwayatkan, daripada hadis Rasulullah, Baginda bersabda bermaksud: "Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya dan ia berkekalan dalam neraka."
Menurut satu riwayat, Rasulullah bersabda: "Takutlah kamu berbuat zina, kerana bagi orang yang mengerjakan perbuatan zina itu, akan di! beri enam jenis bala oleh Allah. Tiga daripadanya seksa sewaktu berada di dunia, iaitu mengurangkan rezekinya, menghilangkan keberkatan umurnya dan ketika dicabut nyawanya kelak, tidak ada rahmat dan belas kasihan terhadap dirinya."
Fakta: Amaran kepada orang berzina Kemurkaan Allah Hilang keberkatan umur Hilang seri muka Sempit rezeki Nyawa dicabut tanpa belas Kekal di dalam neraka
Sesungguhnya bila lelaki dan perempuan itu duduk berduaan, maka mesti ada orang ketiga. Orang ketiga itulah yang selalu menghasut manusia melakukan zina. Jadi, untuk mengelakan perkara ini berlaku, jauhi dating. Tul tak rue???
Tapi Tunggul hairanlah kenapa negara kita tak amalkan konsep islam dalam hukuman seperti, orang berzina tu, kena sebat 100 kalikan?? LAgi satu kalu minum arak kena sebat gak tapi negara kita kalu orang minum arak ni cuma kena penjara. Sebat pun kena sikit jer daripada yang ditetapkan oleh islam. kenapa ya???
__________________
You made me feel alright
For once in my life
Now I can't breathe
No, I can't sleep
I'm barely hanging on