Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Surat utk org yg beriman......


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:
Surat utk org yg beriman......


> > SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH
> > ACHMAD DI SAUDI ARABIA.
> > "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH
> > SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT
> > UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI
> > SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA
> > MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, iAITU DI
> > MASJID NABAWI SAUDI ARABIA.
> > "Pada malam tatkala hamba membaca
Al'Quran
> > di makam Rasulullah, dan hamba sampai
> > tertidur, lalu hamba bermimpi.Didalam mimpi
> > hamba bertemu dengan Rasulullah SAW, dan
> > beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang
> > meninggal dunia, diantara bilangan itu tidak
ada
> > seorangpun yang mati beriman, kerana:
> > 1. Seorang isteri tidak lagi mendengar kata-
> > kata suaminya
> > 2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi
> > melambangkan atau menimbangkan rasa belas
> > kasih kepada orang-orang miskin.
> > 3.Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak
> > berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan
> > ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu
> > melaksanakan.
> > Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau
> > sabdakan kepada semua ummat manusia di
> > dunia supaya berbuat kebajikan dan
> > menyembah kepada Allah SWT."
> > Demikian pesan Rasulullah kepada hamba,
> > Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut
> > dan oleh kerananya hamba berpesan kepada
> > segenap ummat Islam didunia :
> > a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita
> > Muhammad SAW.
> > b. Janganlah bermalas-malasan untuk
> > mengerjakan sholat 5 (lima)waktu.
> > c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan
> > segera, santuni anak-anak yatim piatu.
> > d. Berpuasalah di bulan ramadhan serta kalau
> > mampu tunaikan segera ibadah haji.
> > PERHATIAN:
> > Bagi siapa saja yang membaca suratini
> > hendaklah menyalin / mengcopynya untuk
> > disampaikan kepada orang-orang lain yang
> > beriman kepada hari penghabisan / kiamat.
> > Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang
> > akan terbit, Al'Quran akan hilang dan matahari
> > akan dekat diatas kepala, saat itulah manusia
> > akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka
> > yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa.
> > Dan Barang siapa yang menyebarkan suratini
> > sebanyak 20(dua puluh) lembar dan
> > disebarkan kepada teman-teman / rakan- rakan
> > anda. Atau Masyarakat Islam sekitarnya, maka
> > percayalah anda akan memperoleh keuntungan
> > setelah dua minggu kemudian.
> > Telah terbukti pada seorang pengusaha di
> > Bandung, setelah membaca dan menyalinnya
> > juga menyebarkan sebanyak 20 (dua puluh)
> > lembar, maka dalam jangka waktu 2 (dua)
> > minggu kemudian, dia mendapat keuntungan
> > yang sangat luar biasa besarnya.
> > Sedangkan terhadap orang yang
> > memperlekehkannya dan membuang surat ini,
> > dia mendapat musibah yang besar iaitu
> > kehilangan sesuatu harta/benda yang sangat
> > dicintai dan disayanginya.
> > Perlu diingat kalau kita sengaja tidak
> > memberitahukan suratini kepada orang lain,
> > maka tunggulah saatnya nasib apa yang akan
> > anda alami, dan jangan menyesal apabila
> > mendapat bencana secara tiba-tiba atau
> > kerugian yang sangat besar.
> > Sebaliknya jika Anda segera menyalin dan
> > menyebarkannya kepada orang lain, maka
anda
> > akan mendapatkan keuntungan besar atau
> > rezeki yang tiada disangka-sangka.
> > Surat ini ditulis S.T. STAVIA sejak itu surat ini
> > menjelajah dan mengelilingi dunia, dan pada
> > akhirnya sampai kepada Anda. Percayalah
> > beberapa hari lagi sesuatu akan datangkepada
> > anda


__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 99
Date:

Alhamdulillah la Pepsikola.

moga-moga tadak le plak menda-menda bidaah... (telebih memandai-mandai orang lain menambah citer di dalamnya atas nama Rasulullah yang mulia itu) ya.

__________________
da plop popia in da house bebehh.


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:

Sebaliknya jika Anda segera menyalin dan
> > menyebarkannya kepada orang lain, maka
anda
> > akan mendapatkan keuntungan besar atau
> > rezeki yang tiada disangka-sangka.
> > Surat ini ditulis S.T. STAVIA sejak itu surat ini
> > menjelajah dan mengelilingi dunia, dan pada
> > akhirnya sampai kepada Anda. Percayalah
> > beberapa hari lagi sesuatu akan datangkepada
> > anda

Kalo bole korang sebarkan surat ni dgn rela hati yeee
bukan kerana mau sesuatu drpd Tuhan.......mcm potongan ayat atas nih....
tapi x kisah laa korang nak bwat camne pun........
asalkan korang sebarkan surat ni utk tujuan kebaikan........

-- Edited by Pepsiman at 01:54, 2005-12-16

__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Senior Member

Status: Offline
Posts: 187
Date:

tima kasih la pepsikola....


terasa insaf la pulak aku wat seketika selepas membaca surat ko ni.....semoga aku pon tergolong di dalam orang-orang yang beriman.....amin.....



__________________
AkU DaH BoSaN JaDi PoNtIaNak!!
umi


Senior Member

Status: Offline
Posts: 478
Date:


ko jgn ckp je pontianak...praktik kan dan jgn sedar seketika je.ko tukar la nick lain..tak hensem langsung nick ko tu,,ntah hapa hapa..apa apa pun pepsimen nice nota from u..bagus leh kasi markah 99..I vote u

__________________


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

ASTAGHFIRULLAH pepsiman.... boleh aku tanya sikit? Ko umur berapa sebenarnya? Kalau kau dah berumur lebih dari 20 tahun ko mesti tahu surat ni surat apa....

surat ni dah mucul pada tahun 1975 lagi dan inilah warta yang dikeluarkan oleh MAJLIS MUFTI MALAYSIA.

SURAT INI ADALAH PALSU. HADIS DI ATAS ADALAH PALSU DAN SEKIRANYA IA BETUL SEKALIPUN, NABI MENYAMPAIKAN HADIS TERSEBUT DI DALAM MIMPI SEORANG ALIM YANG HIDUP SELEPAS ZAMAN RASULULLAH. HADIS MESTILAH SECARA LISAN TERUS DARI NABI S.A.W SEMASA HIDUP. ADA PENDAPAT SURAT INI DIKELUARKAN OLEH ZIONIS ATAU BISHOP KRISTIAN PADA MASA ITU.

Oklah...point dia mungkin kita boleh ambil pengajaran dengan nasihat yang ditulis. Memang kesemua nasihat ditulis adalah betul, kita boleh ikut apa yang dinasihatkan, tetapi menganggap surat ini adalah Hadis Rasulullah itulah yang salah. Dan yang paling salah apabila kita disuruh menyalin dan mengirim ke orang ramai dan kita akan ditimpa bala kalau tak mengirimkannya. Kalau betul, hati kita akan menjadi takut kepada surat tersebut sedangkan kita dituntut takut kepada Allah. Disini sahaja dah berlaku syirik kecil yang mampu memesongkan kita.

Pepsiman...mungkin ko tak tahu, tapi inilah realitinya. Menyalin dan mengirim dan meletakkan bala seperti ini adalah salah satu cara Kristian menyebarkan agamanya. Aku dahulu ada group emel dikalangan rakyat seluruh dunia dan bermacam surat seperti ini aku terima. Mereka akan meletakkan gambar pari2 dan suruh kita hantar..kalau hantar dapat kebaikan..kalau tak hantar dapat bala.

WAHAI KENGKAWAN SEMUA....JANGANLAH KITA TERPESONG DENGAN DAKYAH YAHUDI KERANA MEREKA SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK MEROSAKKAN KITA SEPERTI SURAT INI.

Untuk maklumat lanjut sila masuk Yahoo.com kemudian anda search 'SURAT BERANTAI'. Anda bacalah apa komen Jakim atau pusat Islam tentang surat berantai sesat ni.



__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Sebagai bukti inilah keputusan Majlis Fatwa yang dikeluarkan. Pepsiman dan rakan-rakan...sila ambil perhatian....


Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978


Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.
Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".
Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan Sheik Ahmad sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulama sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".


Mister Rie : Tengok tu...sapa yang mengirim kene ucap balik 2 kalimah syahadah depan kadi.... tak ke berat dosa yang ditanggung pengirim surat ini? sumber : ms.wikipedia.org

-- Edited by Mister Rie at 10:54, 2005-12-19

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Aku masih belum berpuas hati... aku perlu sampaikan ini untuk tatapan pepsiman dan kesemua rakan...semoga ia melindungi kita dari dakyah yahudi. Ini adalah salah satu soal-jawab yang mampu menjawabkan apa isi surat ini




Soal jawab mengenai surat berantai



Soalan 1: Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?
Soalan 2: Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.
[sunting]

Jawapan:
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheikh Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.
Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau Al Quran?
Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.
Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.
Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.
Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.
Maka kita berjalan pula di muka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.
Wallahu'allam.Soal jawab mengenai surat berantai

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:


Bagus2 Mister Rie........
camne aku bole trkantoi plak........
aku x tau plak surat ni surat berantai.......
sbnarnye aku amik surat ni drpd kawan aku.......
aku tgk kawan aku byk sgt dpt surat ni.....
pastu pegi sampaikan kat org lain plak....
aku pun dpt laa surat ni....
aku pun post laa kat sini....
saje nak kasi org tau..........
tapi ko plak yg membetulkan aku.....
kalo ko x bagitau surat ni drpd mane....
mmg sampe skrang ni aku x tau langsung tujuan surat ni camtu.....
bhaya tul.......
bagus Rie
I love U bebeh
muuuuuuuuuaaaaaaaaahhhhhhhhaaaaaaaa!!!!!!!


__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Pepsiman....ko kene bagi tau kawan2 ko apa yang aku tulis ni....besar pahala ko tu nanti

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Senior Member

Status: Offline
Posts: 137
Date:

tabik 100 kali utk As-syeikh Rie.....bangga aku...bangga .......mekasih dgn penjelasan yg pjg lebar.....mmg clear....

__________________
tak mAu GaDuh daH


Senior Member

Status: Offline
Posts: 187
Date:

perhhh......clear giler penerangan ustaz misterie kita nie.....tq....tq.....skang ni baru aku paham....so,aku ambik yang jernih buang yang keruh.....


hmmmm....buat umi,aku rasa nama aku ni kira ok aper.....naper plak nak hensem??....aku kan pompuan....kira bersesuaian la tu .....baru la sepadan ngan tengkorak rie tu....hehehehe......



__________________
AkU DaH BoSaN JaDi PoNtIaNak!!


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 99
Date:

Memperkukuhkan lagi fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Rie, aku bawakan Dr. Yusuf Qardawi. Kepada Pepsiman.. jangan cepat melatah, dan mahapkanla kesilapanku kerana menjadi owunk pertama membidaahkan pendapatmu tatkala kau sedang ghairah mencumbui wasiat yang dipalsukan itu.

Jangan amik ati Pepsiman... walopon pepsi mesia bawah KFC Holding namun ko tetap independent. so don't wori a!

....................................................................................................................

WASIAT PALSU SYEKH AHMAD
Dr. Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN:

Pada suatu saat secara kebetulan saya menerima sepucuk surat
dan setelah saya baca, saya merasa bingung mengenai isinya.
Karena itu, saya mohon kesediaan Ustadz untuk menjelaskan
isi surat tersebut, apakah benar atau tidak.

Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa'il khair
(pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syekh Ahmad,
juru kunci makam (kubur) Rasulullah saw., yang ditujukan
kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat.
Juga berisi macam-macam nasihat.

Pada bagian akhir surat tersebut dikatakan, "Di Bombay
terdapat seseorang yang memperbanyak surat tersebut dan
membagi-bagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah
memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah;
ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki
dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula
orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya
meninggal dunia pada hari itu."

Dalam surat tersebut dikatakan bahwa orang yang telah
memperoleh dan membaca wasiat itu tetapi tidak
menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah
besar.

Bagaimanakah pendapat Ustadz mengenai masalah tersebut?
Apakah benar atau tidak?

(Contoh Surat Syekh Ahmad: 01, 02 yang beredar di internet)

JAWABAN:

Memang banyak orang yang menanyakan wasiat tersebut. Dan
sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru
ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu.
Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang
terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam
Rasulullah saw.

Untuk mengecek kebenaran berita yang disampaikan dalam
selebaran tersebut, saya pernah menanyakan kepada
orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi
mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta
aktivitasnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak
ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar
berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat
yang menyedihkan itu telah menyebar di negara-negara umat
Islam.

Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan
nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi
wasiat yang didasarkan pada impian Syekh Ahmad yang katanya
bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya
hari kiamat.

Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu
mengikuti impian Syekh Ahmad atau Syekh Umar, karena Al
Qur'an telah mengatakan dengan jelas:

"... boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat
waktunya." (Al Ahzab: 63)

Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:

"Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan)
seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil
memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari
tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan
Sahl bin Sa'ad)

Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita
sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang
telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya
tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, karena kita
sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah
memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:

"... Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu
agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu,
dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu ..." (Al
Maa'idah: 3)

Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang telah
disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang
diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia
meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam
telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat
apa pun.

Isi wasiat tersebut justru merupakan indikasi yang
memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut.
Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang
yang tidak mau menyebarluaskannya bahwa ia akan mendapat
musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan
habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia
pun (yang normal pikirannya), terhadap kitab Allah dan
Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang
membaca Al Qur'an harus menulisnya setelah itu kemudian
menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan
terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang
yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan
menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak,
akan tertimpa musibah.

Kalau Al Qur'an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka
bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini
merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal
orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.

Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di
negeri ini dan ini karena telah menyebarluaskan wasiat
tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh ribu rupiah. Semua
itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam
dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta
peraturan Allah terhadap alam semesta.

Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan
aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat
seperti dalam wasiat itu adalah merupakan upaya untuk
menyesatkan dan meyelewengkan akal pikiran umat Islam.

Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak
membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar
tidak mempunyai anggapan bahwa orang yang menyebarluaskan
wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw.
sebagaimana yang dikatakan oleh penulis selebaran yang batil
itu.

Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi
umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah
disebutkan dalam hadits-hadits sahih (dan tidak perlu
bersumberkan pada wasiat lewat mimpi; penj.) bahwa
Rasulullah bersabda:

"Orang yang paling berbahagia akan memperoleh
syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah
mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan
ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)

Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan
menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga
memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang
lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai
berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.

__________________
da plop popia in da house bebehh.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard