Maksudnya : “ Mengumpat itu adalah perbuatan kamu menceritakan sesuatu keburukan seseorang dibelakangnya.” (Riwayat Imam Malik)
Maksudnya: “ Mengumpat adalah perbuatan kamu menceritakan suatu perkara yang dibenci oleh saudara kamu.” ( Riwayat Imam Abu Daud)
Memelihara tali persaudaran dan persahabatan adalah suatu amalan yang amat dituntut oleh dien Islam. Semua orang Islam itun adalah bersaudara, maka setiap dari mereka bertanggung-jawab memelihara persaudaraan di antara mereka. Namun demikian terdapat banyak faktor yang sering merosakkan persaudaraan ini, antaranya ialah perbuatan mengumpat.
Di dalam kedua-dua hadith di atas Rasulu ‘Llah (salla ‘Llahu ‘alaiyi wa sallam) menjelaskan maksud mengumpat. Menurut Baginda (salla ‘Llahu ‘alaiyi wa sallam) mengumpat ialah:
“Menceritakan suatu keburukan berhubung dengan seseorang,atau apa jua perkara yang dibencinya (tidak suka untuk dicerita atau dihebahkan) kepada orang lain tanpa pengetahuan orang tersebut.”
Andainya perkara buruk, kelemahan atau kekurangan yang diceritakan itu benar maka ia adalah pebuatan mengumpat. Andai apa yang diceritakan itu tidak benar maka ia adalah perbuatan memfitnah.
Setiap dari kita pasti tidak akan suka perbuatan dan sikapnya menjadi umpatan orang lain. Setiap dari kita juga pasti tidak mahu kekurangan dan kelemahan kita menjadi bahan perbualan di belakang kita. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan berlakunya umpatan terhadap diri kita, maka sewajarnyalah kita sentiasa;
i. menjauhi perbuatan yang salah dan keji, dan berusaha sedaya mungkin memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.
ii. menjauhi perbuatan mengumpat dan mendedahkan keaiban orang lain.
iii. Sentiasa memperingatkan diri sendiri dan juga orang lain mengenai kekejian dan kesan buruk amalan mengumpat.
iv. Sentiasa berdoa kepada Allah Ta’ala agar segala kelemahan dan keaiban diri kita dan saudara-saudara kita dilindungi-Nya dan diampuni-Nya.
Namun demukian, adakalanya mendedahkan keburukkan dan keurangan itu tidak menjadi umpatan, bahkan mungkin diperlukan. Umpamanya di dalam persoalan kehakiman, untuk mensabit suatu kesalahan pada orang yang melakukan jemayah, maka para saksi atau pendakwa perlulah mendedahkan kesalahan penjenayah tersebut .
Begitulah juga dibenarkan mendedahkan keburukkan dan kejahatan yang dilakukan oleh manusia-manusia yang sememangnya sudah dimaklumi akan kejahatan dan keburukkan mereka, dengan tujuan memperingatkan diri sendiri dan orang lain.
Adakalanya kita merasa terpaksa menceritakan keburukkan dan kejahatan orang-orang tertentu untuk menyelamatkan orang lain dari kejahatan orang tersebut. Dalam hal ini, kita mestilah benar-bnear jujur dan menceritakan apa yang perlu sahaja, tanpa disertai perasaan dendam, atau bertujuan melahirkan permusuhan dan perpecahan.
salah satu bahana lidah ni....jat akhirat nanti akan ada yg terkejut apabila tengok tetiba timbangan pahala berat...sebabnya? sebab ade yg dok ngutuk dia mase kat dunia...hehe so, kalau ada salah silap aku pada korang, maafkan aje la ye....rie...hehe maliki..hehe tok...sume la ye!!! aku dah insaf ni woi!!!
eleh, vovok hr ni je kot ko insaf. esok lusa gerenti ko lupa nyer bila ko baca forum ni ngutuk ko dh tentu la ko ngamok dan ko pun ckp macam2 jgn marah just joking