Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: baca,walau dah baca...plz...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:
baca,walau dah baca...plz...


Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu.Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.
Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.

"Dah lama sangat aku tengok nko asik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng. "Aku nak tanya lak. Nko bertanya ni sebab nko dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau nko nak masuk Islam? Atau nko cuma nak tau jer?"

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman. "Eh...takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.

"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkayCina ini.

Tapi..."Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan. "Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak. Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang diamalkan keluarga saya."

"Oh...camtu rupanya. Lalu apa yang nko dapat dalam perbandingan ugama ni," tanya Haji Seman. "Dimana nko letakkan ugama Islam?"

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya. Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng...Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan. "Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari keranjang.

"Nko tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalo nko tengok. Nko tenung lama- lama. Ada jer yang nko nak komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le nko leh komen kalo nko nak."

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya. "Tapi bila nko kupas kulit dia. Nko tengok. Putih isi dia. Nko ambil seulas dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya. "Mmmm...manis. Bagus manggis ni."

"Begitu le Islam. Nko cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."

"Tapi bila nko mengetahui isi segala apa yang diperintah itu nko akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya."

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.

__________________


hihi huhu haha hoho...gatalnye dia....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 99
Date:

Besh citer ni Viovox!

wa caya lu.

kasi free 10 bijik popiabintang untuk ko...

moga-moga AhSeng diberikan hidayah...





__________________
da plop popia in da house bebehh.


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

trimas popia...hehe kau ni popia isi ape? taugeh je ke?

__________________


hihi huhu haha hoho...gatalnye dia....
fi3


Super Member

Status: Offline
Posts: 816
Date:

waaaaa... betul tu.. bagos2.. aku leyh wat bahan utk berdakwah nih..

__________________
kalau kuat, tunjukkan kekuatan,
kalo pandai, tunjukkan kepandaian,
kalo berani, tunjukkan keberanian,
kalo malu, tunjukaannnn.....err...ehm....aper ekk????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

huh besh2 .....tapikan ....apasal avatar dier same gnan aku nie ...GRRRR

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

hahahaha!!buat lawak la ko mask..

__________________
"nama saya Rain~"
fi3


Super Member

Status: Offline
Posts: 816
Date:

ko maner der avatar..

__________________
kalau kuat, tunjukkan kekuatan,
kalo pandai, tunjukkan kepandaian,
kalo berani, tunjukkan keberanian,
kalo malu, tunjukaannnn.....err...ehm....aper ekk????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard