"Assalamualaikum." Ustaz Gab menyapa Ijoi yg tengah melepak buang masa. Kendian ustaz Gab pun menasihat Ijoi supaya jangan tinggal sembahyang, jangan suka buang masa aja. "Alah, rilek la ustaz, saya ni muda lagi, nanti dah tua saya sembahyang la." Si cilakak ni selamba menjawab. "Oh gitu ke?.. Tapi orang muda tak mestinya mati tua, kalau kamu tak sempat tua camne?" Soal ustaz Gab lagi.
"Kalau dah takdir saya mati muda tak sempat taubat, nak buat camne ustaz, dah takdir saya tak sempat taubat." Jawab mangkuk sekor ni. "Jangan macam tu, kita ni org Islam, kalau kita tak sembahyang, apa lagi yg tinggal pada kita?" Tanya ustaz Gab lagi. "Alah ustaz, kubur lain2, dosa saya, saya tanggung pandai la.." Dijawabnya pulak.
"Bukan macam tu, tapi takpelah, kamu fikrlah apa yg saya cakap tadi elok2.." Kendian ustaz Gab pun berlalu meninggalkan Ijoi..
Pejam celik pejam celik, ada yg lahir, ada yg mati..
Lepas beberapa ketika, satu hari ustaz Gab terjumpa semula dgn Ijoi yg dah tua. Terbongkok-bongkok Ijoi akibat dimamah usia. Tapi ustaz Gab masih kenal muka gonjeng mangkuk jamban sekor ni, ustaz Gab pun menyapa beliau. "Assalamualaikum, ini Ijoi kan?.. MasyaAllah, lamanya tak jumpa."
Lepas bertegur sapa kejap, ustaz Gab perasan yg Ijoi lembam ni masih tak berubah walaupun dah tua, tua tak sedar diri, tua kutuk, tua nak mampos. Ustaz Gab pun tanya "Ijoi, dulu masa muda kata bila dah tua nak taubat, nak insaf, nak sembahyang, ni dah isyak pun dah nak habis, sama jer perangai kamu saya tengok? Bila nak berubah?.."
Jin ifrit sekor ni pun diam sekejap.. Kendian jawab..
"Saya ni dah terlambat ustaz.. Dari muda sampai tua nak mampos asyik buat dosa, umur saya dah tak lama, kalau taubat sekarang pun dah tak dapat nak tebus balik semua masa saya buat dosa tu ustaz.. Lagipun saya takut kalau saya sembahyang skarang pun, Allah dah tak terima sembahyang saya ni ustaz, kan salah satu rukun sembahyang ialah berdiri tegak kan ustaz? Saya ni dah terbongkok-bongkok, nak berdiri tegak pun dah tak boleh.. Mungkin dah takdir saya ustaz.. Jadi ahli neraka.."