As salam.. Sebagai tanda penghargaan kepada member-member gengcerita yang dari awal pembabitannya hingga kini, mereka ini menghargai bahasa dan dengan rajinnya menggunakan bahasa yang cantik, bukan bahasa sms yang kurang sesuai digunakan kecuali dalam keadaan tertentu..
Dan pemenang bagi kategori lelaki adalah..
Beliau sesuka hati jer melantik dirinya sendiri menjadi bendahari gengcerita..
Unit Rawatan Rapi
Dari awal hingga beliau monopos kini, beliau antara yang paling jarang-jarang menggunakan bahasa sms, jadi beliau layak menerima penghargaan ini. (Walaupun beliau bukan lelaki sejati, beliau nyah.)
Jadi Unit Rawatan Rapi, terimalah hadiah ini diatas segala usaha dan perit jerih yang dah dicurahkan.
(ICU, aku tau mesti ko teruja dapat hadiah diatas kan?)
Dan pemenang bagi kategori perempuan pula dimenangi oleh..
Cik SakuraBiru
Diantara kaum hawa yang paling tidak menggunakan bahasa sms, malah hampir setiap posting maupun reply cik SakuraBiru, beliau menggunakan ayat lengkap, jadi beliaulah yang paling layak menerima penghargaan ini.
Dan ini pula untuk cik SakuraBiru sebagai penghargaan kepada beliau, nanti nak tidur boleh la peluk ya?..
Dan penerima anugerah untuk yang paling selalu menggunakan bahasa sms jatuh kepada..
Cik IkaSyg
Hampir kesemua posting maupun reply cik IkaSyg adalah menggunakan bahasa sms, jadi beliau yang paling layak menerima penghargaan ini.
Untuk cik IkaSyg pula, saya menghadiahkan diri saya sendiri untuk mengajar cik IkaSyg bagaimana caranya untuk memahiri ayat-ayat yang lengkap setiap malam secara berdua sahaja didalam bilik cik IkaSyg sebelum tidur, baik kan saya?..