Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy
rue


Senior Member

Status: Offline
Posts: 445
Date:
Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy


Assalamualaikum semua

Hayati kisah dibawah, amat menyayat hatidan rasa terharu
Mudah-mudahan kita tergolong  dalam golongan beruntung di hari pembalasan.
Insyallah

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang
hilang,Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya
telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf
di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:
"Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu
berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya
Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya
Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan
yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad
Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah
melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku
inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
>
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
>
"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang
beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari
Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!"
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu
pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan
atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata
orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"
Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,'
jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan
kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa
kedermawanannya!'
>
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi
seraya berkata:
>
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak
akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua
kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya
orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, la lalu menangis
kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "


(Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia)


wasalam


rue.....



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

terharunya dorena dengar kisah mcm 2.dorena suka baca ttg kisah nabi kita iaitu muhammad s.a.w.
Bila terbaca ttg baginda terasa seperti hendak berjumpa ngan baginda.rasa x sabar2 pun ada.betapa mulianya sikap baginda terhadap umatnya.lain kali klu ada citer mcm tu lag.bagi la kat dorena baca.k....sayangggggggggggg rue

__________________
love is everything or nothing


Senior Member

Status: Offline
Posts: 137
Date:

kan best kalu dapat hidup sezaman Rasulallah S.A.W......Allahumma solli ala saidina Muhammad

__________________
tak mAu GaDuh daH
NN


Super Senior

Status: Offline
Posts: 581
Date:

kan sungguh beruntung org sezaman rasullulah.. tetiba rindu pulak kat kekasih Allah.. sesunnguh bebanyaklah selawat...

__________________
belai cinta agar terus mekar


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

btl tu kak NN,beruntung org zaman dahulu mendapat nasihat dan melihat wajah kekasih allah.jgnla kita lupa berselawat terhadap baginda sesungguhnya baginda tidak pernah lupa pada umatnya.

__________________
love is everything or nothing


Senior Member

Status: Offline
Posts: 137
Date:

dulu masa kecik2...aku pernah terbayangkan kalu hidup zaman rasullallah.....aku nak sgt mati syahid kerana mempertahankan agama islam dan demi menyebarkan ajaran islam...alangkah indahnya......amin

__________________
tak mAu GaDuh daH


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

alhamdulilah

__________________
love is everything or nothing


Senior Member

Status: Offline
Posts: 455
Date:

walaupun kita tak hidup sezaman dengan Baginda, tapi kita harus ingat bahawa kita ni beruntung jadi umatnya. Selawat & salam kepada Baginda dan ahli2 keluarganya dan juga pada sekelian sahabatnya dan para syuhada.

__________________
seronoknya saat remaja, indahnya bila dewasa..buat le apa yg patut janji happy


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

patut bersyukur dgn kita dilahirkan sekarang sbb dah dpt sumthing veryy berharga iaitu islam... cume nnti nak beriman beramal je... kalo kite hidup zaman nabi dlu blom tentu kite ikut ajaran yg baginda bawak masa tu.. btol tak?


nak jumpe rasulullah insyaAllah... buat amal ibadat.. jgn dok ckp saje nak jumpe... tp tak ikut ckp die... smuge kite same2 dpt ubah diri amin!!



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard