Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: telur


Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:
telur


cerita ni xde mengena dgn sape2

 

NAJIB ada membela seekor ayam betina, ayam itu sudah dibela sejak kecil lagi dengan penuh kasih sayang.

Suatu hari ayam Najib telah bertelur di dalam kebun jirannya Anwar. Berlakulah pertengkaran tentang siapa yang lebih berhak ke atas telur itu.

Menurut Najib, telur itu adalah miliknya kerana ayam itu adalah ayamnya. Anwar pula tidak mahu kalah, dia merasakan dia lebih berhak kerana ayam itu bertelur di dalam kebunnya.

Akhirnya Najib mencadangkan satu penyelesaian.

"Baiklah kalau begitu mari kita beradu kekuatan, siapa yang lebih kuat dialah berhak ke atas telur itu" kata Najib.

"Bagaimana caranya?" Tanya Anwar.

"Mari kita lawan sepak perut, siapa yang mampu bertahan dialah yang berhak terhadap telur ini" jawab Najib dengan bangganya.

"Baiklah kalau begitu biar aku balik ambil kasut but besi dulu" Anwar bersetuju dan terus pulang untuk mengambil kasut but besi.

Mulalah pertandingan yang mereka rancangkan. Najib dengan yakin sambil mengeraskan perut menyuruh Anwar menyepak perutnya dahulu.

"Ha, cepat sepak, sepak aku dah sedia ni" kata Najib bersungguh-sungguh.

Anwar segera menghayunkan muncung kasut but besinya sekuat hati ke perut Najib.

Apa lagi berguling-gulinglah Najib kerana terlalu senak perutnya disepak oleh Anwar dengan but besi yang keras.

Selepas kira-kira sepuluh minit kesakitan Najib mulai reda. Dia pun menyuruh Anwar bersedia kerana tiba gilirannya pula untuk menyepak.

"Baik sekarang giliran kau pula untuk aku sepak" Kata Najib mengarahkan Anwar bersedia.

"Tak mengapalah, kau ambillah telur tu" jawab Anwar sambil berlalu dari situ.

THE END


__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Encik Izat.. amat tak bertomakninah sekali cara-cara diaorang menyelesaikan permasalah berebut telur ni.. Ada ke patut main sepak-sepak perut?

Adalah lebih afdhal sekiranya hal ehwal berebut telur ni, di settlekan dgn telur gak.. iaitu menyepak telur memasing.. biggrin



__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

klu mcm tu sape yg sepak dulu dia la yg menang....
Hai xde pekerjaan tol la...
Pasal telur pun nak gaduh...
Masing masing dah ade telur diam diam je la....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

ngahahaha ! Lwok2...

Telur bjuta kat kedai pun nk dgaduhkan.

Bak kte, gfreedom, dh ada telo siri, diam2 je lh...

An ? an ?

__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Alahai.. Pasal telur pun nak bergaduh ke?.. Tarak tukmaninah langsung..

Senang crita, tanya aja kat puan Badda camna nak setel hal ni..

Sebab beliau tu memang ekspert mahir pakar sepeshelti beliau dalam bab telur2 ni, espeshiali telur busuk..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

hizzzz ... telor busuk ..? x nak laaa .... jangan sebot sebot laaa ... geli ... eeeeee ...awwwww ....

telor busuk nie .. luar kaler putih ... dalam kaler itam .... tapi jarang la jumpa telor busuk nie ...

 

part telor2 nihh ... aku x mahir pon ... cumer buat2 maher zain  jer ....

apa lagi kalo sepak telor masing2 ... memang x denyer .... kalo Ijoi.. incik Gab ... incik Preedeng ... haa ... x taw laa kan ...

 

eh eh eh ... apasal? aku sebot telur jer .. diarang nih sebuk pulak tenguk `boxer' masing2 ... err ... ade kene mengena ke?   biggrin

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard