Macam biasalaa.. Si lembam biawak ni tanya ustaz Gab..
Ijoi: Ustaz Gab, sampai ke doa, bacaan Quran kita pada org yg dah mati?..
Ustaz Gab: ada khilaf di kalangan ulama, sebahgian ulama kata tak sampai pahala amalan ni pada si mati berdasarkan firman Allah SWT yg bermaksud: Dan sesungguhnya tiada balasan bagi seseorang kecuali apa-apa yg telah diusahakannya." (An-Najm 39)
Ikut pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah pulak, amalan ni sampai pada si mati kalau ia diniatkan pada si mati dgn beberapa hujah. Antaranya firman Allah SWT yg bermaksud: "Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berkata," Wahai Tuhan kami ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau menjadikan di dalam hati-hati kami perasaan hasad dengki terhadap orang-orang yang beriman."
Banyak pulak hadith2 yg menyatakan sampainya pahala sesuatu amalan org hidup pada si mati, antaranya Raslulullah SAW didatangi seorg lelaki lalu ia berkata:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan mempunyai hutang puasa satu bulan (ramadhan), apakah saya boleh membayar hutang puasa ibu saya?" Rasulullah menjawab," Seandainya ibumu mempunyai hutang adakah kamu akan membayarnya?". "Ya" jawab lelaki itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Maka hutang Allah lebih berhak dibayar."
Ijoi: Apa masa dgn tempat paling afdal utk kita membacakan Al-Quran utk keluarga kita yg dah meninggal ustaz?..
Ustaz Gab: Semua tempat dan masa pun baik, tapi ada ulama2 berpendapat yg paling afdal utk membacakan Quran utk mereka, ialah malam jumaat, antara isyak dgn subuh, kita duduk dekat kubur ahli keluarga kita yg dah meninggal tu, dan kita sedekahkan Yaasinn, surah Al-Mulk dan lain2..
Ijoi: Tak boleh ustaz..
Ustaz Gab: Ehh?.. Apsal tak boleh pulak?..
Ijoi: Sebab malam jumaat banyak hantu, nak pulak duduk kat kubur, takoottt la ustazz..