INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH
DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN.
WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT
TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.
WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.
Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w. selepas hamba membaca lalu tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:-
"dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.
Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:- 1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup. 2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3.Matahari akan turun di atas kepala. Pesan Hamba :- 1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. 2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka. 3. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.
Untuk peringatan !!
1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudia dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya
2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya meninggal dunia.
3. pada tahun 1977b Tun Dato< Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima wasiat ini, kemudian beliau mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarkan kepada orang maka selang berapa hari kemudian dia telah menerima hadiah pertama dari Kebajikan Masyarakat di Malaysia Timur.
4. Tan Sri Ghazali, jawi bekas menteri secara tidak langsung telah di pecat daripada jawatanya kerana apabila menerima wasiat ini beliau telah terlupa mencetak 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain.
Tetapi beliau telah menyesal dengan kesilapannya lalu segera membuat 20 salinan dan terus mengirimkan kepada orang lain. Beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi menteri kabinet.
5. Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto telah menerima wasiat ini dan tidak percayaakan kebenerannya dan anggapannya palsu lalu dibuangkannya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. Terengganu, seorang perkerja bengkel kenderaan menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali dari perak. lalu membuat 20 salinan sepertimana dituntut. Alhamdulillah dia telah dianugerahi seorang gadis berakhlak sebagai isteri. Baginya penganugerahan ini paling agung dan tidak ada tolak bandinganya.
7. Di terenganu juga seorang Hamba Allah telah menerima wasiat ini dari kawannya di melaka, malangnya dia tidak mengindahkannya dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya, berapa hari kemudian dia mendapat penyakit ganjil dan penderitaannya sukar dirawat oleh doktor, akhirnya beliau teringat akan wasiat ini yang masih ada dalam simpanannya, lalu menyuruh sepupunya mencetak wasiat ini dan berikan kepada orang lain. seminggu kemudian beliau pun beransur pulih sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh orang-orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayai dan tidak mengirimkan kepada orang lain di mana mereka mendapat pelbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang mengembirakan dan meyakinkan ini, anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. Insyaalah, anda akan memperolehi sesuatu daripada ALLAH dengan penuh keyakinan.
Pastinya ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat keuntungan hidup. Insya-Allah........
PERHATIAN ; Setelah membacanya wasiat ini, hendaklah di tulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain atau dikirimkan kepada orang lain sebanyak 20 salinan.
Sekiranya ini telah dilakukan, anda akan dianugerahi oleh ALLAH sesuatu niat dan hajat anda. Hajat anda akan di kabulkan oleh ALLAH, kata Sheikh Ahmad lagi.
Jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekotoran dan biarlah tidak mendapat perlindungan atau syafaat daripada Rasullullah s.a.w. oleh itu, hendaklah ditulis atau dicetak sebanyak 20 salinan dan sampaikan kepada orang lain. Dalam masa seminggu atau dua minggu anda akan beroleh kebahagian dan ingatlah : lakukan ini dengan niat anda kepada Allah s.w.t.
INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.
Kyo_krol.......aku tau laa ko sebenarnye nak menyampaikan dakwah kpd umat Islam......niat ko ni baik tapi benda yg ko nak sampaikan ni sebenarnye bole mendatangkan syirik......sory laa sbb aku ckp cam tuu.....tapi mmg aku kene ckp pon.....sbb sume bende ni.....
1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudia dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya
2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya meninggal dunia.
3. pada tahun 1977b Tun Dato< Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima wasiat ini, kemudian beliau mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarkan kepada orang maka selang berapa hari kemudian dia telah menerima hadiah pertama dari Kebajikan Masyarakat di Malaysia Timur.
4. Tan Sri Ghazali, jawi bekas menteri secara tidak langsung telah di pecat daripada jawatanya kerana apabila menerima wasiat ini beliau telah terlupa mencetak 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain.
Tetapi beliau telah menyesal dengan kesilapannya lalu segera membuat 20 salinan dan terus mengirimkan kepada orang lain. Beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi menteri kabinet.
5. Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto telah menerima wasiat ini dan tidak percayaakan kebenerannya dan anggapannya palsu lalu dibuangkannya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. Terengganu, seorang perkerja bengkel kenderaan menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali dari perak. lalu membuat 20 salinan sepertimana dituntut. Alhamdulillah dia telah dianugerahi seorang gadis berakhlak sebagai isteri. Baginya penganugerahan ini paling agung dan tidak ada tolak bandinganya.
7. Di terenganu juga seorang Hamba Allah telah menerima wasiat ini dari kawannya di melaka, malangnya dia tidak mengindahkannya dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya, berapa hari kemudian dia mendapat penyakit ganjil dan penderitaannya sukar dirawat oleh doktor, akhirnya beliau teringat akan wasiat ini yang masih ada dalam simpanannya, lalu menyuruh sepupunya mencetak wasiat ini dan berikan kepada orang lain. seminggu kemudian beliau pun beransur pulih sehingga sekarang.
bole mendatangkan syirik kpd diri seseorg yg m'p'cayai sesiapa yg x m'buat 20 salinan akan mendapat malapetaka..........aku ckp cam ni sbb aku pon trkantoi gak ngan bende ni......so ko pegilaa sebarkan kat kawan ko yg akan trkantoi cam aku ngan bende ni.....
Kalo ko nak maklumat dgn lebih lanjut pasal bende nih ckp Mister Rie........buktinye syirik surat ni......
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun. Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979). Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan Sheik Ahmad sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda". Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulama sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".
Tengok tu...sapa yang mengirim kene ucap balik 2 kalimah syahadah depan kadi.... tak ke berat dosa yang ditanggung pengirim surat ini? sumber : ms.wikipedia.org
__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........
Kyo_krol.....kalo ko nak tau ape isi surat ni.......ni haaa die.....
Soal jawab mengenai surat berantai
Soalan 1: Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz? Soalan 2: Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini. [sunting]
Jawapan: Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheikh Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau Al Quran? Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam. Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula di muka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram. Wallahu'allam.Soal jawab mengenai surat berantai
-- Edited by Pepsiman at 03:33, 2006-01-19
__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........
surat ni dah mucul pada tahun 1975 lagi dan inilah warta yang dikeluarkan oleh MAJLIS MUFTI MALAYSIA.
SURAT INI ADALAH PALSU. HADIS DI ATAS ADALAH PALSU DAN SEKIRANYA IA BETUL SEKALIPUN, NABI MENYAMPAIKAN HADIS TERSEBUT DI DALAM MIMPI SEORANG ALIM YANG HIDUP SELEPAS ZAMAN RASULULLAH. HADIS MESTILAH SECARA LISAN TERUS DARI NABI S.A.W SEMASA HIDUP. ADA PENDAPAT SURAT INI DIKELUARKAN OLEH ZIONIS ATAU BISHOP KRISTIAN PADA MASA ITU.
Oklah...point dia mungkin kita boleh ambil pengajaran dengan nasihat yang ditulis. Memang kesemua nasihat ditulis adalah betul, kita boleh ikut apa yang dinasihatkan, tetapi menganggap surat ini adalah Hadis Rasulullah itulah yang salah. Dan yang paling salah apabila kita disuruh menyalin dan mengirim ke orang ramai dan kita akan ditimpa bala kalau tak mengirimkannya. Kalau betul, hati kita akan menjadi takut kepada surat tersebut sedangkan kita dituntut takut kepada Allah. Disini sahaja dah berlaku syirik kecil yang mampu memesongkan kita.
Pepsiman...mungkin ko tak tahu, tapi inilah realitinya. Menyalin dan mengirim dan meletakkan bala seperti ini adalah salah satu cara Kristian menyebarkan agamanya. Aku dahulu ada group emel dikalangan rakyat seluruh dunia dan bermacam surat seperti ini aku terima. Mereka akan meletakkan gambar pari2 dan suruh kita hantar..kalau hantar dapat kebaikan..kalau tak hantar dapat bala.
WAHAI KENGKAWAN SEMUA....JANGANLAH KITA TERPESONG DENGAN DAKYAH YAHUDI KERANA MEREKA SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK MEROSAKKAN KITA SEPERTI SURAT INI.
tgk.....aku pon kene.....ngan surat nih....weih Mister Rie aku susun bende ni x ikut turutan laa xpe laa asalkan Kyo_krol faham dan amik teladan drpd cite nih.....bagi aku laa....Kyo_krol kalo ko nak tau dr mane aku amik ni.....dr ruangan ni gak tapi tajuknye 'Surat utk org yg beriman............'Kyo_krol kalo ko nak tau utk maklumat lanjut sila masuk Yahoo.com kemudian anda search 'SURAT BERANTAI'. Anda bacalah apa komen Jakim atau pusat Islam tentang surat berantai sesat ni.
__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........
Mister Rie ko kene buat sesuatu ni Mister Rie.......
Mister Rie........ko kena buat sesuatu yg penting nih......
ko kene blanje aku makan Mie Penang kat warung Mie Penang kat dpn umah ko tuh.........kasi pinggan taruk byk skit aaaa.....nak teh tarik tapi yg skali bikin x mau balik..........hehe
xde laa Mister Rie gurau je......weih kalo ko ade nampak lagi org yg trsebar surat ni.....ko kasi laa ceramah ko......yee aku pon same.....Kyo_krol ko plak kene bagi aku 10 ringgit je....xde laa dah pegi sebar benda ni kat kawan ko yg trkena......buat ngan rela ati..........
__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........
Aisehhhhh..... Ni xleh jadi ni...... kang ramai lagi kang yg kena kang..... Mister Rie ko kene buat sesuatu ni Mister Rie....... Mister Rie........ko kena buat sesuatu yg penting nih...... ko kene blanje aku makan Mie Penang kat warung Mie Penang kat dpn umah ko tuh.........kasi pinggan taruk byk skit aaaa.....nak teh tarik tapi yg skali bikin x mau balik..........hehe xde laa Mister Rie gurau je......weih kalo ko ade nampak lagi org yg trsebar surat ni.....ko kasi laa ceramah ko......yee aku pon same.....Kyo_krol ko plak kene bagi aku 10 ringgit je....xde laa dah pegi sebar benda ni kat kawan ko yg trkena......buat ngan rela ati..........
oo..yeke...nasib ko sempat buat sesuatu..aku pun x perasan..ni ader mmg aku kenakan aku..aku terkena mcm ko la..nampaknya terpaksa la aku dengan x redha bagi ko 10 inggit,,ambikla(sambil tgk ke arah lain)