Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: How Can I Not Luv U


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:
How Can I Not Luv U


As Salam Mu Alaikum Geng Cerita semua..

Minta izin untuk post cerita kedua saya disini. Semoga terhibur. smile

Perhatian: Saya budak baru belajar sekiranya terdapat kesilapan bahasa dan perkataan yang di gunakan harap maaf. Dan tidak ada kena mengena dengan pengalaman orang yang hidup atau yang sudah tiada. Ini hanya cerita rekaan semata-mata. Dan jika benar-benar terjadi atau berlaku ke atas seseorang ianya hanyalah secara kebetulan. Harap maklum.

 

AKU menyumbat kedua-dua belah telingaku dengan ear phone. I-pod nano ku tekan on sementara menunggu keputusan dari doctor. Hospital semi kerajaan semi private pun tidak kurang lembabnya seperti hospital kerajaan. Memakan masa hampir setengah hari aku berada di hospital. Kalau tidak kerana sakit pening-pening aku berlanjutan selama seminggu aku tidak akan menjejakan kaki di hospital. Ini pun kerana klinik tempat biasa aku kunjungi memberi surat rujukan dan menasihatkan supaya aku pergi membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Ikutkan aku sememangnya malas hendak pergi. Doktor Hanim pun satu, aku sudah katakan pada nya bahawa pening-pening aku ni on off dan tidak seserius mana pun. Tapi Dr. Hanim bertegas supaya aku pergi ke hospital. Mengikut nasihat Doktor Hanim hampir setengah aku berada di hospital. Aku memerhatikan orang berjalan mundar mandir di kaunter perubatan.  Lambat lagi ke? Keluhku dalam hati. Jenuh aku menunggu. Aku melirik ke arah jam di pergelangan tanganku. Mak aii dah nak dekat 5 jam aku berada di sini. Patutlah perutku sudah mula berkeroncong sedari tadi. Harus pun perut aku berbunyi, sudah hendak masuk waktu makan tengahari. Apa cerita? Doktor sudah pergi makan tengahari ke sehingga terlupa bahawa aku masih tercongok disini? Sadis betul. Kalau tidak pun ajaklah aku makan tengahari sekali. Tidaklah aku meroyan begini. Hissh hampeh! Penat, jangan cakaplah. Penat menunggu. Kalaulah aku orang kaya aku tidak perlu menghabiskan masa hampir setengah hari berada di hospital. Orang kaya tidak perlu menunggu. Silap hari bulan nurse pula yang datang menjemput mereka sebaik sahaja mereka tiba di pintu gerbang, dan terus membawa mereka bertemu dengan doctor. Tidak melampau sekiranya aku katakan doktor yang menanti pesakit. Hai itulah senangnya hidup menjadi orang kaya.

 Shah Ira, laung jururawat yang berdiri tidak jauh dariku. Di tangannya terdapat klip board yang aku pasti terdapat senarai nama-nama pesakit.

Aku memerlahankan sedikit volume MP3ku takut tidak kedengaran pula bila namaku di panggil nanti.

Shah Ira, laung jururawat sama tadi dengan suara lebih lantang kerana tiada seorang pun yang hampir kepadanya.

 Aku tiba-tiba tersentak bila menyedari jururawat tersebut melaung namaku. Tanpa berlengah lagi aku bangkit dari tempat dudukku dan segera mendapatkan jururawat tersebut sebelum dia pergi jauh meninggalkanku.

Nurse, jeritku sambil mempercepatkan langkah ku. Laju juga nurse ni berjalan macam lipas kudung. Termengah-mengah juga aku mengejarnya.

Nurse tersebut menoleh bila terdengar jeritan ku. Kuat sangat ke aku menjerit tadi sehinggakan bukan nurse itu sahaja yang menoleh beberapa nurse lain turut menoleh kearah ku.

Sorry, sengihku kepada nurse-nurse yang tidak berkenaan.

Awak, Shah Ira, ujar Nurse yang bermata hazel. Wow cantiknya mata nurse yang bernama Fida (Aku baru mendapat tahu akan namanya dari nametag yang tersemat kemas di dada kirinya). Warna mata betul ke atau kanta lekap. Bisikku dalam hati. Boleh ke pakai contact lens berwarna semasa bertugas. Tidak melanggar etika ke?

Tanpa menjawab aku menganggukkan kepala laju.

 Ikut saya bertemu dengan doktor, ujarnya lalu berjalan laju menuju kearah bilik doktor yang dimaksudkan. Aku mengerutkan dahi merasa hairan bila nurse Fida mahu aku bertemu dengan doktor. Bukan ke aku sudah berjumpa dengan doktor Anis tadi. Dr. Anis kata aku hanya perlu mengambil description slip dari nurse bertugas dan mengambil ubat-ubatanku dari kaunter pharmacy. Kenapa di suruh bertemu dengan doktor lagi. Pelik. Ah ikut ajelah mungkin doktor hendak memberi aku cuti sakit sehari lagi barangkali. Aku tersengih sendiri. Menyedari telingaku masih bersumbat earphone. Aku segera menyimpan MP3 player kedalam beg. Nurse bernama Fida mengetuk pintu bilik doktor bernama Ridzuan. Sekali lagi aku mengerutkan dahi tanda hairan. Lama kelamaan aku boleh mendapat kedut di muka kerana terlalu asyik mengerutkan dahi. Hai tak kan lah hendak memberi mc satu hari lagi harus bertemu dengan doktor lain. Musykil aku di buatnya.

 Shah, silakan duduk, ujar Doktor Ridzuan sebaik sahaja menerima klip board yang diserahkan oleh Nurse Fida tadi. Aku terpegun seketika melihat wajah kacak milik doktor muda bernama Ridzuan. Wah best sungguh hospital ini. Sudahlah nursenya bermata hazel. Doktornya pulak hensem macam Rock Hudson kata Haji Bakhil. Lain kali kalau aku sakit aku hendak datang semula ke hospital ini lagi, tidak sia-sia aku menunggu berjam-jam berbaloi juga jika Dr. disini semuanya hensem seperti doktor di hadapan aku sekarang. Erk! tapi kenapa eh doktor hensem di depan aku ini tidak mahu senyum, serius semacam sahaja wajahnya. Ah mungkin dia takut pesakit perempuannya akan jatuh hati pula padanya kalau dia tersenyum.

 Sebaik sahaja membaca klipboard yang diberi nurse Hana tadi Doktor Ridzuan memandang tepat ke wajahku tanpa berkelip. Aku menjadi tidak senang duduk bila di renung begitu. Seram. Yelah duduk berdepan dengan jejaka kacak seperti Dr. Ridzuan siapa yang tidak tergugat imannya. Janganlah pandang wajah aku begitu segan aku dibuatnya.

Aku berdehem kecil bila Dr. Ridzuan tidak berkata apa malah sebaliknya hanya memandang wajahku lama. Aku mula merasa tidak senang hati. Apa muka aku comot ke? Tadi selepas keluar dari bilik Dr. Anis aku ke tandas aku tonyeh sedikit lipstick ke atas bibirku yang kelihatan pucat dalam keadaan tergesa-gesa tadi, takut tercomot lah pulak kan. Aku ni memang clumsy sikit.

 Dr. Ridzuan membetulkan tempat duduknya bila menyedari aku kelihatan tidak selesa bila dia tidak berkata apa-apa.

Saya harap awak dapat menerima berita yang saya sampaikan ini dengan tenang, ujarnya jelas dan tenang dia sedikitpun tidak mengalihkan pandangannya dari terus memandang tepat ke wajahku. Sah doktor Ridzuan ni sudah terpikat pada aku. Dia nak usha aku ler tu. Baru ler aku tahu kenapa dia pandang wajah aku semacam saje dari tadi. Bangga juga lah ada doktor hensem berkenan kat aku. Hehehe..

Ok, jawabku seraya tersenyum meleret. Tak sabar hendak mendengar akan berita yang Doktor Ridzuan maksudkan. Aku sudah dapat membayangkan dia mengucapkan kata-kata indah kepada ku. Hehehe perasan. Oklah lebih baik aku berhenti berangan sebelum aku memalukan diri sendiri. Mungkin doktor Ridzuan hendak memberitahu aku kesan ubat yang hendak di berikan kepadaku. Lebih baik aku tumpukan perhatian padanya.

Eh kata hendak memberitahu aku sesuatu. Beritahulah cepat apahalnya yang dia diam lama-lama, dia tak ada pesakit lain yang menunggu ke?  Doktor, tegurku bila dia mengambil masa agak lama untuk menyampaikan berita kepadaku.

Awak mengidap barah otak, dan kini berada di peringkat terminal, ujarnya lancar.

 What!, saya cuma pening-pening biasa sahaja tak lebih dari itu, doktor hendak bergurau dengan saya eh, ujarku seraya ketawa kecil. Dr. Ridzuan hendak bergurau denganku agaknya. Brain tumor, oh please. Pening-pening boleh menyebabkan brain tumor ke? Wait a minute. Apa ni gag Just for laugh ke?? Gotcha..Any hidden camera? Mataku melilau mencari hidden camera.

Apa yang awak cari?, soal Dr. Ridzuan bila aku berdiri sambil memeriksa kerusiku. Oh lupa nak beritahu Dr. Ridzuan (model/actor) masih lagi kelihatan serius. Masih lagi hendak berlakon denganku.

 Hidden camera, mungkin for Just For Laugh Asia, your nurse tadi mesti model kan and you mesti actor, ujarku tersenyum.

 Dr. Ridzuan cum model/actor mengeluh kecil. Hah tekaanku tepat kan aku sudah dapat mengesan lawak mereka tidak menjadi.

 Shah, listen tak ada gag Just for Laugh atau hidden camera, tadi awak ada pergi ambil biopsy test bukan, soal Dr. Ridzuan.

 Hatiku kecut bila Dr. Ridzuan bertanya soalan demikian. Tadi memang aku ada ambil biopsy test dari Dr. Anis. Mungkin dari hasil kajian tersebut mereka dapat mengesan penyakit sebenarku. Tapi aku cuma pening-pening biasa sahaja. Bentakku dalam hati. Mana mungkin aku mengidap barah otak. Astarfirullah al azim. Mengigil lututku, lemah seluruh anggota ku. Tanpa aku sedari mataku sudah mula ditakungi air. Aku cuba menahan sebak didada. Kalau benarlah aku mengidap barah otak di tahap peringkat terakhir sepertimana yang di terangkan Dr. Ridzuan tadi, jadi berapa lama anggaran jangka hayatku?

Shah, tegur Dr. Ridzuan perlahan bersimpati dengan keadaan pesakitnya.

 Aku diam membisu. Fikiranku bercelaru, buntu dan bingung mendapat berita yang begitu mengejutkan.

 Shah, ada baiknya awak beritahu keluarga awak, dalam keadaan begini awak dinasihatkan supaya mendapat rawatan segera di hospital ini, ujar Dr. Ridzuan cuba menenangkan pesakitnya.

Tiada reaksi dari pesakit wanita itu. Dia masih lagi diam membisu.

Shah,

 Berapa lama anggaran jangka hayat saya, soalku sambil mengesat linangan air mataku dengan tangan. Tidak merasa malu dan tidak peduli lagi menangis di hadapan Dr. Ridzuan.

 Kali ini Dr. Ridzuan pula yang terdiam. Mulutnya terasa berat untuk memberitahu pesakit wanita muda itu. Namun dia tidak boleh mengelak untuk menjawab soalan demikian.

 Its best that you go for treatment..,

 Berapa lama?, soalku tanpa mempedulikan saranan Dr. Ridzuan.

 Dr. Ridzuan mengeluh lagi.

 6 hingga 8 bulan max,

 Ok, jawabku lesu. Aku bangkit dari kerusi. Walaupun lemah namun ku cuba gagahkan diri untuk keluar dari bilik Dr. Ridzuan. Tidak sanggup rasanya aku berada lebih lama di hospital. 

 Fida, I need your help, ujar Dr. Ridzuan bila Shah mula mahu meninggalkan biliknya.

 Shah tunggu nurse Fida akan bawa kamu ke bilik treatment, ujar Dr. Ridzuan cuba menghalang Shah Ira keluar dari biliknya. Dia tahu ramai pesakitnya yang tidak mengetahui atau percaya bahawa mereka menghidap barah akan berkelakuan sedemikian kerana fikiran mereka runsing dan buntu,  mereka tidak dapat menerima berita yang mengejutkan. Dan sekiranya dia tidak menghalang Shah Ira dia tidak tahu apa yang akan di lakukannya di luar nanti kerana Shah tidak di temani sesiapa.

 Aku tidak menghiraukan tegahan Dr. Ridzuan. Aku ingin segera meninggalkan hospital. Aku tidak mahukan rawatan. Aku mahu bersendirian.

 Shah, ujar Dr. Ridzuan menarik lengan Shah bila wanita itu tidak mahu mendengar nasihatnya.

 I nak call my parents and i need to be alone, Ill be back in a while, ujarku serius.

 You can use my office phone if you want to,

 Aku mengelengkan kepala perlahan.

I need to be out of here away from hospital, please doktor, ujarku seakan merayu ku cuba menahan perasaan sebak.

Ok, but promise me you will come back here again,

Aku tidak menjawab malah menganggukkan kepala lemah.

 

bersambung...



__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

mukadimah post ni freedom suka..tapi tolong la abiskan dulu cite mr shah tu...nak tau ape jadi ngan maya n shahril tu...walaupun cite melayu lebih kurang sama je ending dia tapi dah baca separuh kena la baca smpai abis....


__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Terima kasih freedom dan kepada geng cerita yang sudi membaca karya saya yg tak seberapa ni..dun worry akan ku sambung cerita maya ngan Shahril part by part hingga habis... hehe cite melayu predictable eh.. haha yelah nak wat camne kan

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

TINGpintu lif terbuka luas. Aku bergegas masuk ke dalam perut lif. Mataku melirik kearah jam di pergelangan tanganku sekilas. Hah sudah lewat 10 minit. Mati lah aku kalau madam tahu aku belum masuk lagi. Aku menekan butang tutup berkali-kali agar pintu lif tertutup cepat. Tiba-tiba aku terdengar bunyi kuat seperti bunyi kepala seseorang terhantuk pada pintu lif.

Hello buta ke tak nampak orang, marah orang yang kepalanya terhantuk dan hampir sahaja tersepit di celah pintu lif tadi.

Aku menjeling bila di marah lelaki tersebut.

Sorry, ingatkan tak ada orang hendak masuk, ujarku dengan wajah selamba tanpa rasa simpati ataupun kasihan padanya. Gila apa. Kalau dah nampak pintu lif hendak tertutup tu, tahanlah pakai briefcase atau kaki ini tidak guna kepala. Pandai sangat. Lelaki tersebut tidak menghiraukan perkataan maaf dariku. Aku perasan dahi kirinya kelihatan kemerah-merahan akibat terhantuk kuat tadi. Aku mengekek kecil dalam hati. Padan muka. Rasakan.

Lelaki yang aku maksudkan itu adalah Adam Matin Salvatore. CEO syarikat advertising dan magazine terbesar yang terdapat di bangunan Wisma Eden. Orangnya berusia dalam lingkungan pertengahan 30-an, kacak, berambut keperang-perangan, dadanya berbidang, berdarah kacukan Itali, belanda, melayu. Kalau aku sudah katakan berdarah kacukan rojak macam Adam Matin, kau orang bayangkanlah sendiri. Dari segi rupa, kedudukan. Hes perfect. Cuma dua perkara sahaja yang tidak sepadan dengan orangnya. Sayang sekali kerana ia mencacatkan semua yang aku maksudkan Mr. Perfect. Hes an arrogant person and the biggest jerk around. Opps sorry girls. Itu pada pandangan aku. Di sebabkan tempat kerja aku dengan pejabat dia sebangunan. Boleh di katakan selalu juga aku terserempak dengan Adam Matin. Dan ada beberapa kali juga aku hampir di langgar kereta Porsche Carrera yang di pandunya. Jadi walaupun dia tidak pernah memandang aku sebelah mata aku percaya sedikit sebanyak dia cam akan wajahku. Kenapa aku katakan dia sombong dan biggest jerk around. Pertama, setiap kali bila dia memandu keluar dari carpark bangunan dia tidak pernah memerlahankan had kelajuan kereta yang dipandunya. Tahulah kereta yang dipandu kereta Porsche, akan tetapi ini bukannya litar lumba untuk dia berbuat demikian. Aku pun tidak tahu kenapalah timing aku boleh tersama dengan dia. Baik aku pulang kerja cepat mahupun lambat pasti terserempak dengan lelaki itu. Ada beberapa kali juga aku hampir sahaja terkena serangan jantung bila keretanya tiba-tiba muncul di hadapan aku, ketika aku hendak menyeberang jalan. Sudahlah dia tidak pernah meminta maaf. Malah dia menekan hon menunjukkan rasa tidak puas hati kerana aku melintas di depan keretanya tanpa melihat terlebih dahulu. Peristiwa kedua pula, bila aku terpaksa mengambil beberapa file dari tingkat 20 dan dia pula tiba-tiba muncul di depan pintu lif tingkat 19 (salah satu floor syarikatnya). Tak tahulah matanya letak kat mana. Aku yang sebesar ini dia boleh tak nampak lalu melanggarku. Akibatnya file yang ku pegang jatuh berteraburan di lantai, ingatkan dia hendak membantu aku mengutip sama, jangan katakan bantu ucapan maaf pun tidak terbit dari mulutnya. Dia berlalu pergi tanpa mempedulikan aku yang terkial-kial mengutip fail.

Dan sebenarnya, aku perasan bahawa dia berada beberapa meter di belakang aku tadi. Jadi bila pintu lif buka, aku sengaja tekan butang tutup cepat-cepat kerana aku tidak mahu berada di dalam lif bersama dengannya. Tak sangka pula dia sanggup berlari untuk mendapatkan lif. Macamlah bangunan ni hanya ada sebuah lif. Dan memang dah padanlah dengan muka dia kepalanya kelihatan benjol. Hehe..rasakan. Lelaki sombong, cemuhku dalam hati.

Ting..lif berbunyi bila tiba tingkat 19. Pintu lif terbuka. Hmm menurut dari sumber-sumber yang boleh aku percayai bilik pejabatnya di tingkat 30. Tingkat teratas bangunan kami. Kenapa pula dia berhenti tingkat 19. Ah mungkin dia hendak berjumpa dengan pekerja wanita cantik yang selalu di ajak keluar bersama. Teman wanita. Hmm aku tidak rasa, kerana dia selalu kelihatan keluar dengan ramai wanita. Dan setiap wanita yang keluar dengannya. Lagak seperti kekasihnya. So, aku pun tak tahu yang mana satu steady girlfriendnya. Aku merasa hairan bila dia mengambil masa agak lama untuk keluar dari lif bila pintu terbuka. Aku berdehem kuat. Sengaja berbuat demikian. Bila tiada respond dari Adam, aku melirik ke belakang untuk melihat apa yang membuatkan dia lambat sangat hendak keluar. Takut dia pengsan ke apa ke? Bukan kerana aku hendak tengok dia sangat pun. Aku berdiri betul-betul mengadap butang lif manakala Adam berdiri jauh ke belakang. Lelaki itu menekap dahi kirinya dengan sapu tangan dan tangan sebelahnya mengangkat briefcase bila menyedari pintu lif tingkat 19 sudah lama terbuka. Aku mencebik meluat. Baru terhantuk sikit dah mengong kepala. Mengada. Tapi cologne yang dipakai Matin membuatkan aku khayal seketika. Harum baunya. Pasti mahal harganya kan. Matin mahu melangkah keluar bila pintu lif hampir sahaja tertutup kembali. Kali ini dia sempat menampar birai pintu lif, pintu lif itu terbuka semula sebelum kepalanya terhantuk buat kali kedua. Aku terdengar dia memaki hamun pintu lif tersebut walaupun ianya tidak berapa jelas di pendengaran aku. Aku tersenyum meleret. Nasib baiklah dalam lif ada cctv kalau tidak sudah lama aku buat chicken dance.



Pheww. Nasib aku baik kerana Madam ada meeting di luar, jadi dia hanya masuk ke pejabat selepas waktu lunch. Hai. Lega hati aku sekejap. Kalau tidak berdesing juga telinga aku mendengar sindiran Madam. Aku tidak punya mood untuk membuat kerja sekarang. Curi tulang. Tidak juga kerana bukan selalu Madam tidak berada di pejabat. Apa salahnya sesekali membuat benda lain selain kerja. Aku surf internet saja untuk suka-suka. Aku suka window shopping melalui internet. Di bangunan tempat aku berkerja terdapat ramai wanita-wanita yang menyandang jawatan executive memakai pakaian, bag dan kasut bukan sahaja cantik tapi aku percaya barang berjenama. Aku sedar aku tidak mampu untuk membeli barang seperti mereka. So hanya mampu window shopping di internet sahaja. Kalau di gedung-gedung mewah seperti Pavilion aku tidak berani hendak masuk. Kalau dapat boyfriend kaya macam Adam tu, pasti di manjakan dengan barang-barang berharga. Hai..bilalah aku hendak mendapat boyfriend kaya seperti Adam.

Hah buat apa tu, sergah Nadia dari belakang. Sergahannya itu hampir sahaja membuatkan aku terbalik dari kerusi. Hissh budak ni kacau daun betulah.

Nadia pupil Madam. Tak sangka boleh menjadi teman rapatku. Aku ingatkan dia sombong maklumlah anak orang kaya, cantik pulak tu. Rupanya tidak. Dia peramah dan tidak memilih bulu untuk di jadikan teman baiknya.

Ohh window shopping, beli tak nak asyik tengok aje, ujar Nadia seraya menarik kerusi berdekatan lalu duduk di sebelah Era.

Ewah-ewah senangnya cakap, awak tu kaya boleh lah beli, kita ni orang sederhana, walaupun mampu beli tapi duit tu nak di gunakan untuk benda yang lebih perlu dari ini, ujarku sambil menunjukkan Nadia kepada bag tangan jenama Coach yang berada di skrin monitorku.

Nadia tersengih bila di sindir. Era terlalu straight forward. Kadang-kadang itu hendak sahaja dia membelikan Era satu bag yang diinginkan, tetapi Era menegah Nadia berbuat demikian. Alasan yang di berikan dia tidak akan menerima barangan yang harganya semahal itu dari Nadia. Dia tidak mahu di labelkan teman yang suka mengambil kesempatan.

Mini skinny tu kan harganya ok, belilah Era, duit simpan banyak-banyak buat apa, usik Nadia.

Hmm kau ingat dah penat-penat kumpul habis belanja sesuka hati macam tu aje, lainlah kau tak perlu susah-susah kumpul wang, banker kat rumah ada, aku pulak kena jimat untuk sakit pening, untuk emergency semua nak kena ingat, aku lebih rela window shopping lainlah aku dapat boyfriend kaya raya, ah itu lain cerita, ujarku lalu tersenyum. Yelah aku ni bukan kedekut tapi sepertimana yang aku katakan tadi duit tak susah di cari tapi susah untuk di kumpul. Harus punya daya tahan diri untuk tidak terbelanja benda yang tidak sepatutnya di belanjakan. Ikutkan hati memanglah aku teringin juga beli benda yang aku tengok-tengok tadi, tapi sayang hendak membazir duit.

Ala, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, nak kata tak cantik, tak juga, cuma kau tak suka melaburkan duit untuk diri kau, cubalah pergi salon mahal, ubah sikit gaya rambut kau, ni cermin mata ni macam tak boleh pakai contact lens, baju ni, tahulah kau tu wanita melayu terakhir, apa kena pergi office asyik pakai baju kurung ni dan pakailah make-up awak tu bukan budak sekolah, bebel Nadia berterusan tidak ubah seperti makcik kepo.

Sesuka hati dia aje eh komen tentang ketrampilan aku. Ok apa, macam ni, walaupun ada benarnya apa yang dikatakan Nadia, namun sepertimana yang aku kata tadi aku tidak suka membazir. Make-up bukannya murah, contact lens aku lebih rela pakai cermin mata yang sudah hampir 3 tahun aku pakai, baju kurung (baju yang paling jimat kerana aku banyak stok baju raya tahun-tahun sudah dari hanya disimpan di dalam almari sahaja lebih baik aku gunakan untuk pergi kerja).

Kalau dapat boyfriend kayakan bagus tak payah gunakan duit kumpul aku untuk beli-beli benda-benda tu dan untuk kelihatan cantik kan, usikku seraya menjeling ke arah Nadia.

Nadia menjeling bila Era berkata demikian. Bukan kerana meluat, sudah naik berbuih mulutnya menasihatkan Era untuk melakukan sesuatu pada dirinya. Tapi Era tidak pernah ambil pusing. Macamana hendak pancing lelaki kaya kalau keadaannya macam ini sahaja tiada perubahan. Bukan hendak menghina, Era wanita cantik cuma dia tidak pandai bergaya dan membuatkan lelaki tidak perasan akan kecantikannya yang sebenar.

Apa jeling-jeling nanti juling mata tu baru tahu, cebikku bila Nadia berbuat demikian. Aku tahu Nadia bosan dengan keluhan ku yang hampir sama setiap hari.



bersambung...

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Nadia mendial nombor Era sekali lagi bila Era tidak menjawab panggilan telefonnya yang buat ke seratus kali. 2 hari Era tidak masuk ke pejabat. MCnya sepatutnya sehari sahaja. Dia juga yang cakap doktor hanya beri dia cuti sakit sehari. Ini sudah masuk 3 hari, jangankan telefon pejabat untuk memberitahu dia cuti sakit lanjutan, bayangnya pun tidak kelihatan. Apa sudah jadi dengan budak Era ni. Nadia mula risau. Puan Lela lagilah risau bila setiausahanya MIA begitu sahaja. Nadia mendial sekali lagi, benar-benar berharap agar Era menyambut panggilan telefonnya kali ini.

As Salam Mu Alaikum,

Nadia menarik nafas lega bila Era menjawab telefon.

Wa alaikumsalam, heh perempuan kau kat mana? Kenapa aku telefon tak jawab, menyusahkan orang betul lah kau ni, marah Nadia dengan senafas sahaja. Marah tu tak sangatlah dia risau kerana Era tidak pernah buat perkara sedemikian. Ponteng kerja atau sebagainya. Era seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab dan ini bukan kebiasaan Era untuk tidak hadir kerja dan tidak memberi pesanan kepada madam atau dirinya.

Sorry, jawabku ringkas. Tidak terperanjat bila Nadia berbual kasar denganku. Aku tahu Nadia pasti tertanya-tanya mengapa aku tidak hadir kerja selama tiga hari tanpa sebarang berita memberitahunya akan sebab mengapa aku tidak hadir.

Itu aje ke yang kau boleh cakap,

Aku busylah, aku sekarang kat agency cari jodoh, jawabku seakan berbisik. Tidak merasa bersalah bila berbuat demikian. Aku sudah nekad.

Kau kat mana? Agency cari jodoh, apa kau buat kat sana, ujar Nadia kuat kerana tidak dapat mengawal perasaan geramnya. Yelah orang risaukan dia takut terjadi apa-apa ke atas dirinya, sudahlah tidak call, tak apa. Habis dapat tahu kat Agency cari jodoh. Gila apa budak Era ni. Nasib baiklah dia berdiri di traffic light tiada orang berada di sebelahnya. Kalau ada mesti orang menyangka dia perempuan gila. Apa taknya jerit kuat-kuat di telefon.

Aku tahu kau marah kat aku, kalau kau nak tahu kenapa dan mengapa jumpa aku di Love inc. kau tahu kat mana kan, cakap kat madam kau ambil urgent leave, ujarku selamba. Nadia memang begitu drama queen. Memang dah kenalah dengan cita-citanya hendak menjadi peguam jadi syariah.

Ok, aku hendak kau bagi aku penjelasan yang berbaloi untuk aku membuat kerja macam ni bila jumpa kau nanti,

Ok, cepatlah, desakku tanpa rasa bersalah.

Eh kau ingat aku ni superwoman boleh terbang, see you there in a minute, ujar Nadia lalu mematikan telefon bimbitnya. Dia menyeberangi jalan menuju kea rah bangunan yang terdapat agency yang di maksudkan Era.



Nadia menyambut kertas yang diserahkan kepadanya. Bibirnya kelihatan terherut ke kiri dan ke kanan ketika membaca biodata Era. Sesekali dia mengerutkan dahi tanda hairan. Dia menoleh kearah Era. Temannya itu kelihatan tidak sabar mendengar komennya tentang biodata tersebut.

Nama: Shah Era Mazuin
Umur: pertengahan 20-an
Zodiak: Libra
Tinggi: 163cm
Berat: 49kg

Pasangan yang di cari : LELAKI YANG KACAK, MUDA DAN KAYAINGIN DIJADIKAN KEKASIH SELAMA 3 BULAN SAHAJANO STRING ATTACHED.

So how, ok tak Biodata aku, soalku tidak sabar ingin tahu akan feedback darinya, bila Nadia menyerahkan biodata itu kembali kepadaku.

Boleh tak you tinggalkan kami berdua dalam 10 minit, 10 minit aje, kami hendak berbincang, ujar Nadia kepada kerani Love Inc. seraya tersenyum.

Sure, jawabnya ringkas lalu meninggalkan kami berdua.

Are you mad!, jerkah Nadia tiba-tiba sebaik sahaja pintu di tutup. Dia benar-benar ingin tahu apa sebenarnya tujuan Era berbuat demikian. Pergi ke agensi mencari jodoh.

Kenapa, kau juga yang suruh aku buat sesuatu bukan, aku tengah buat sesuatulah ni, jawabku dengan wajah tak bersalah. Kenapa pula Nadia tiba-tiba naik angin dengan aku. Bukankah selama ini dia juga yang beria-ia menyuruh aku membuat sesuatu dalam hidup aku yang serba serbi membosankan menurut Nadia.

Buat sesuatu, yelah aku tak suruh kau buat macam ni, maksud aku pergi ubah penampilan kau, ni apa pulak Love Inc. Kalau kau nak pancing lelaki kaya aku boleh bawak kau pergi clubbing kat tempat posh dimana lelaki-lelaki kaya berlambak, tak payah susah-susah pergi agency jadi jodoh, isskk Era-Era,

Aku memandang wajah Nadia. Terkebil-kebil mataku melihatnya yang sedang baran. Aku tahu Nadia teramat marah padaku. Aku berbuat begini pun kerana bersebab. Aku tidak mahu menceritakan pekara yang sebenarnya kepada Nadia buat masa ini. Biarlah Nadia mengatakan aku kolot, gila atau apa-apa. Aku tidak ambil hati. Ada benarnya kata-kata Nadia tempoh hari. Live life at fullest while you still can. Aku tidak berbuat demikian kerana aku terlalu berhati-hati dan suka merancang. Tidak pernah mengambil risiko. Kali ini aku mahu mencuba sesuatu yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini.

Hah, orang marah buat muka toya, merajuk lah tu,

Mana ada merajuk, kau tak fahamlah, aku ada sebab buat begini, ujarku mendatar. Selama tiga hari aku tidak pulang rumah sewa. Aku menumpang di rumah sepupuku buat seketika. Aku tidak mahu pihak hospital mencari aku di sana. Dan aku sudah nekad tidak mahu mengikut cadangan Dr. Ridzuan untuk menjalani rawatan terperinci. Selama 3 hari aku berendam air mata di atas sejadah meminta allah mengampunkan dosa-dosaku selama ini dan menerima ibadahku. Aku benar-benar pasrah. Biarlah aku jalani sisa-sisa hidupku melakukan sesuatu yang selama ini aku tidak pernah lakukan. Aku tidak kisah lagi. Aku hanya mahu merasa bahagia.

Ada sebab apa sebab, it better be good,

For a start, aku hendak berhenti kerja,

OIC thats a good idea, hendak berhenti kerja, hendak mencari kekasih kacak, muda dan kaya, apa lagi, hendak keliling dunia dalam masa 3 bulan, youre mad, seriously pergi scan otak kau ok ke tidak,

Air mataku mengalir perlahan bila Nadia berkata demikian terharu mendengar sindiran Nadia. Aku tidak tersinggung bila Nadia memarahi aku kerana Nadia hanya memberi aku nasihat. Tetapi kerana, Nadia mengingatkan aku tentang penyakit yang aku hidapi.

Nadia terkesima bila Era menangis tidak semena-mena. Era tidak pernah tersinggung dengan mulut lasernya selama ini. Dia kenal betul akan perangai Era. Tapi kenapa hari ini Era terasa.

Heh, sorry kalau aku terover react, kau macam tak tahu aku, kenapa ni, whats wrong, ujar Nadia memujuk bila Era menangis teresak-esak. Dia tidak menyangka reaksi Era sedemikian. Paling-paling Era akan membidas balik kata-kata pedas yang di lemparkan kepadanya.

Im not well Nadia, aku hanya boleh hidup 6 bulan aje, jawabku cuba menahan tangis. Bahuku terhenjut-henjut menahan sendu. Niat hendak menyembunyikan berita tentang penyakitku dari pengetahuan Nadia tidak menjadi kerana aku menangis di hadapanya.

You are joking right, is this some kind of sick joke, I dont buy it, jawab Nadia seraya mengelengkan kepalanya kerana tidak mempercayai Era tidak sihat.

Aku tidak menjawab malah air mataku mengalir laju tanpa henti-henti. Aku tahu Nadia sengaja tidak mahu percaya apa yang aku katakan tadi. Nadia memeluk tubuh. Dia mendiamkan diri buat seketika. Matanya mula di takungi air.

Kau sakit apa, youre healthy woman, kau makan makanan berkhasiat, always look after yourself, this cant be right, Im sure theres a mistake, ujar Nadia tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Era.

Brain tumor, jawabku sebak.

Nadia menutup mulutnya kerana terperanjat tidak menyangka Era menghidapi barah otak. Dia mula menyesal akan perbuataannya yang mengutuk Era sewenang-wenangnya tadi. Dia tidak berniat hendak menyakitkan hari Era dia benar-benar tidak sengaja.

Im really sorry Era, I dont mean to hurt your feelings, kenapa kau tak pergi treatment, soal Nadia perlahan. Dia benar-benar bersimpati dengan Era. Dia sanggup membantu Era, sekiranya wang menjadi penyebab Era tidak mahu mendapatkan rawatan lanjut. Dia sanggup membayarnya tapi meminta bayaran balik dari Era.

Aku terharu mendengar pujukan Nadia. Aku tahu Nadia turut terperanjat mendengar berita yang aku sampaikan. Sedangkan, aku sendiri hingga ke saat ini masih belum dapat menerima berita yang benar-benar mengubah hidup aku. Aku sudah bertekad tidak lagi mahu memikirkan tentang penyakit ku.

Tak Nadia, aku tak nak pergi treatment, biarlah aku jalani sisa-sisa hidupku seperti biasa, kau juga yang cakap aku ni terlalu berhati-hati, jadi sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir aku hendak melakukan perkara yang selama ini tidak pernah aku lakukan, jadi kau sebagai teman baikku aku harap kau tidak mengingatkan aku pada penyakit yang aku hadapi, ini permintaanku, terangku pada Nadia cuba mendapat sokongan dari Nadia. Aku sudah fikir sedalam-dalamnya. Aku tidak mahu menjalani terapi. Aku hendak menjalani hidup seperti biasa. Sakit atau tidak. Itu keputusanku.

Nadia menganggukkan kepalanya perlahan lalu memeluk ku erat. Dia cuba menahan sebak bila aku berkata demikian. Kolam matanya mula ditakungi air dan bila-bila masa sahaja ia akan tumpah namun dia cuba menahan air matanya kerana dia tidak mahu Shah merasa sedih.

Bersabarlah Era, jangan bersedih ok, bisikku masih lagi dalam pelukannya.

Air mata Nadia mengalir juga bila aku berkata demikian. Cepat-cepat dia menyeka airmatanya sebelum mereka meleraikan pelukan. Kalau dia di tempat Era. Dia tidak setabah Era pasti dia berhari-hari berendam air mata. Dan pasti dia akan menjalani terapi intensif kerana dia terlalu muda untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

So, boleh tak biodata aku ni, ujarku tersenyum cuba mengubah tajuk perbualan. Aku sudah berjanji pada diriku sendiri tidak mahu bersedih lagi kerana aku tidak dapat melawan takdir dan hidup ini hanya sementara waktu.

Nadia mencapai kertas biodata keterangan ku dari atas meja. Dia mengeluh kecil cuba melenyapkan perasaan sedih yang mula menyelubungi hatinya. Dia sayangkan Era. Era seorang sahabat yang baik dan begitu rapat dalam hidupnya dan dia tidak mahu kehilangan. Bibirnya mula menguntum senyum. Gelihati bila Era terang-terangan meminta apa yang dia inginkan. Ada ke orang hendak berkenalan dengannya sebaik sahaja membaca biodatanya. Ah kalau tiada, pandailah Nadia hendak memainkan peranan. Dia punya ramai teman-teman lelaki yang kaya dan kacak, mudah sahaja dia memaksa mereka untuk menjadi kekasih Era.

Perfect, ujar Nadia seraya tersenyum.


bersambung...

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

2 minggu kemudian

Adam menyandarkan badannya sambil menatap computer di hadapan tangan kanannya menekan tertikus berkali-kali kearah daun terup. Hari ini, dia benar-benar tidak punya mood untuk bekerja. Temujanjinya dengan client mahupun para rakan kongsi, semua dia minta Dian batalkan. Sebabya dia malas. Sepanjang hari dia berada di dalam bilik pejabat hanya bermain dengan solitaire dan mengelunsuri internet. Adam mampu berbuat demikian kerana dia CEO syarikat. Dia tidak tahu mengapa dia merasa benar-benar bosan hari ini. Adakah kerana Zetty tidak ke pejabat hari ini? Tidak mungkin kerana Adam tidak pernah menyimpan perasaan apa-apa terhadap Zetty. Adam tidak pernah serious dengan mana-mana wanita yang selalu di ajak keluar untuk menemaninya beliau ketika berlibur. Dia merasa bosan kerana tiada excitement lain yang dia boleh lakukan. Adam seorang lelaki yang sukakan cabaran. Dia tidak suka menjalani rutin biasa dengan hanya bekerja dan mengumpul harta. Kerana Adam tidak perlu risau untuk mengumpul harta, kerna harta sepeninggalan datuknya sudah cukup untuk menampung 7 keturunannya. Hes billionaire. Malah dia pernah tersenarai sebagai top 5 billionaire dalam magazine Forbes. Hobby masa luangnya berlumba kereta. Bukan sahaja di litar malah dia pernah menyertai lumba haram semata-mata mahu mencari kepuasan hidup. Oleh kerna itu Adam tidak suka akan commitment. Jika dia kesunyian dan perlukan perempuan dalam hidupnya, mudah sahaja dia mendapatkan mereka. Dalam erti kata lain Adam tidak pernah kesunyian. Malah kebanyakkan wanita yang pernah berdampingan dengannya tidak mahu melepaskan Adam. Mereka mahu Adam menjadi teman lelaki mereka. Adam berhenti berlumba seketika sejak dia ditimpa kemalangan 4 bulan yang lalu. Doktor menasihatkannya berehat, agar kecederaan yang di hadapinya itu pulih sepenuhnya. Adam tersenyum sendiri. Dia benar-benar rindu akan kegiatan lasaknya. Gian hendak berlumba masih menebal di hatinya tapi apakan daya dia terpaksa mengikut nasihat doctor. Sekarang, dia terpaksa melupakan hobby lumbanya buat seketika, oleh kerana itu Adam seperti dahagakan kegiatan lain yang sama mencabar seperti sukan berlumba, some kind of game or challenge.

Adam menaip sesuatu di google.

Man seeking for woman companion.

Adam merehatkan kedua-dua tangannya di belakang tengkuknya manakala kedua-dua kakinya di letakkan di atas meja sementara menunggu senarai hits dari google. Adam memandang kearah syiling berkhayal sendiri. Adam menjeling kearah screen. Total hits 15,000. Adam tersenyum. Dia menekan link pertama. Love Inc. Adam menekan browse butang galeri. Satu persatu bidodata wanita mencari lelaki di lihat. Adam menekan tertikus sambil lewa dia malas hendak membaca biodata wanita yang panjang berjela. Dia tidak punya masa. Selalunya dia akan menyuruh Dian untuk mengelunsuri web untuk mencari social escort mengikut criteria yang dia kehendaki. Beautiful, sexy and bold kerana Adam tidak punya masa untuk mengadap screen computer. Adam tidak suka online shopping. Apa yang dia lihat, dia suka, dia beli tanpa bertanya harganya terlebih dahulu. He always gets whats hes want. Begitu juga dengan wanita. Adam menekan butang next bila wanita yang dirasakan seperti citarasanya itu biodatanya terlalu panjang berjela. Jari Adam berhenti pada ad wanita yang biodatanya terlalu ringkas. Nama: Shah Era Mazuin, Umur: Pertengahan 20-an, Zodiak: Libra, Tinggi: 170cm, Berat: 52kg. Pasangan yang di cari : LELAKI YANG KACAK, MUDA DAN KAYAINGIN DIJADIKAN KEKASIH SELAMA 3 BULAN SAHAJANO STRING ATTACHED. Adam tersenyum bila wanita itu berani menyatakan criteria yang dicari. Tapi mengapa untuk 3 bulan and no string attached? Adam mengerutkan dahinya tidak berapa faham akan maksud ad tersebut. Wanita itu hanya mahu lelaki itu menjadi kekasihnya hanya 3 bulan, itu sahaja and of course shes wants rich man. Is this some kind of new gold diggers plot. But wait. How can gold diggers being too specific. Adam mengerutkan dahinya sekali lagi cuba memikirkan tujuan wanita itu berbuat demikian.

Pintu biliknya diketuk. Adam mengerutkan dahinya. Dia sudah berpesan pada Dian bahawa dia tidak mahu bertemu sesiapa dan tidak mahu di ganggu. Dia mahu bersendirian.

Come in, jerit Adam.

Pintu biliknya terkuak kecil. Seketika kemudian muncul seorang lelaki yang amat di kenali.

Hey bro, kau macam tahu aje aku tengah bosan, ujar Adam tersenyum lalu bangkit dari kerusinya. Dia menghampiri jejaka itu lalu memeluknya. Orang yang dimaksudkan bro adalah teman karibnya sejak di campus dulu. Mereka bagaikan isi dengan kuku, wajah mereka pun hampir serupa. Raoul juga berdarah kacukan Sepanyol dan India. Perbezaanya Raoul kurus tinggi dan kulit sawo matang manakala Adam kulit cerah dan punya ciri-ciri ang moh. Raoul tersengih lalu duduk di atas sofa. Dia tahu Adam tidak pernah duduk diam. Ada sahaja yang hendak di cari.

Apa project kali ini, soal Adam tidak sabar-sabar ingin tahu. Dia tahu kedatangan Raoul pasti punya sebab kerana mereka berdua memang suka akan cabaran dan juga bertaruh siapa yang handal. Tapi akhir-akhir ini mereka sibuk dan tidak punya masa untuk bertemu dengan rakan-rakan mereka.

Raoul mengeluarkan sebatang rokok lalu menghidupkan api.

Sky diving, ujar Raoul lalu menghembus asap rokok perlahan. Raoul memerhatikan bilik pejabat Adam yang kelihatan posh dan teratur. Mereka berdua punya segala-segalanya wang tidak pernah menjadi soal. Mereka berdua usahawan muda yang berjaya. Dan Raoul baru-baru ini mendapat gelaran Dato.

Im recuperating, not advisable, jawab Adam ringkas. Nasihat doktor diambil berat. Sebab itu Adam rajin ke gym dan menjaga diet untuk memastikan dia sihat dan memiliki badan yang perfect.

Apa kau surf, soal Raoul tiba-tiba lalu bangkit dari sofa. Dia menuju kearah meja Adam dan duduk di atas kerusinya. Dia menyentuh tertikus agar screensaver gambar wanita-wanita seksi yang bertukar ganti itu hilang.

Raoul mengerutkan dahinya lalu tersenyum. Adam tidak pernah susah untuk mendapatkan wanita dalam hidupnya. Seperti dirinya mereka berdua punya rupa dan kedudukan jadi mendapatkan wanita adalah perkara senang.

Kau benar-benar bosan Adam, ujarnya sambil mengepit rokok di celah bibirnya. Tangan kanannya menekan salah satu link yang terdapat di list tersebut.

Love inc. Dia menekan butang galeri lalu terpampar puluhan gambar-gambar wanita yang mencari lelaki untuk di jadikan teman hidup. Adam melirik kearah Raoul.

Organise party, I heard you just move into Urbane Penthouse, invites all the happening people in the city, cadang Raoul lalu mematikan puntung rokoknya di dalam ashtray yang tersedia di atas meja Adam. Bosan. Apa susah organize party. Meet sexy happening people.

Not a bad idea, jawab Adam dia mencapai gagang telefon untuk menekan intercom. Raoul duduk di sofanya lalu bermain-main dengan iphone. Bila Dian tidak menjawab dia meletak gagang telefon kembali.

What are you smilling at, ujar Adam bila dilihat Raoul tersenyum-senyum bermain dengan i-phonenya.

Nicole is in town,

Nicole and the rest, perfect time, invites them to the party, jawab Adam baru mengerti mengapa Raoul kelihatan gembira. Raoul sukakan Nicole supermodel jelita yang berambut blonde dari Manhattan. Malah sudah lama dia cuba memenangi hati Nicole. Nicole dan rakan-rakan modelnya selalu turun ke Kuala Lumpur untuk shopping. Dan Raoul lelaki yang selalu didampingi setiap kali mereka ke mari. Adam for fun, yes. But not commitment.

Amanda wants to see you, she really miss you, ujar Raoul menyampaikan message dari Amanda temannya Nicole yang juga supermodel. Amanda tergila-gilakan Adam. Malah dia selalu mengatakan bahawa Adam the hottest and sexiest Pan-Asia male in the Planet. Women cant seem to resist his ridiculous good looking face.

Yeah shes crazy about me, jawab Adam sambil tersengih bila dia terpaksa menghadirkan diri ke runway yang di adakan di New York semata-mata untuk menemani Amanda kerana wanita itu tidak dapat berenggang dengannya. Adam terpaksa berada di US selama 2 minggu untuk bersama Amanda. But hes not boyfriend material. Adam memberitahu Amanda bahawa hubungan mereka tidak akan pergi jauh kerana Adam tidak pernah menyintai Amanda. He loves women. He cant commit to one woman only.

Are you sure you want to invite Amanda, soal Raoul kerana dia tahu Amanda gilakan Adam. Kalau Adam menjemput Amanda. Amanda akan mengekori Adam dan tidak akan berengang dengannya.

Ah shes big girl, she can handle it, jawab Adam sambil lewa.

Ok, since you are insist, I will invite her, so when is the party, ujar Raoul lalu menaip sesuatu di blackberrynya. Seperti disarankan Adam dia memberitahu Nicole mengundang Amanda ke majlisnya nanti.

Adam mengerutkan dahi, memikirkan hari yang sesuai. Dia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan blackberry dia meneliti schedulenya untuk minggu ini.

This weekend, jawab Adam ringkas sambil tersenyum.

And that can be done, its already Thursday?, soal Raoul kerana tidakkah ianya kesuntukan masa untuk organize party pada hujung minggu ini.

Money talks remember, ujar Adam. Dia mencapai kunci kereta dan blackberrynya. Since dia tidak punya appointment ataupun meeting. And he needs to get out from the office. Hes free to go out with Raoul.

Ok, ujar Raoul lalu bangkit dari sofa. Dia membuka pintu lalu berjalan keluar dari bilik Adam. Raoul melirik kearah Dian yang sedang berbual di telefon.

Hi Mr Raoul, ujar Dian tersenyum simpul sebaik sahaja terpandang akan wajah tampan Raoul teman baik bossnya.

Dian, how are you, you look amazing, ujar Raoul lalu duduk di hujung meja Dian.

Tanpa memberitahu orang yang berada di talian terlebih dahulu. Dian meletak gagangnya ke tempat asal bila Raoul berbual dengannya.

Adam hanya menjeling kearah Raoul. Bila temannya itu mengusik Dian. Adam hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya perlahan. Dian memang cantik dan sexy. Tapi dia tidak pernah terfikir untuk keluar dengan Dian. Dia tidak mahu things get complicated when he dates her. Lagipun ramai lagi wanita cantik di luar yang boleh dia ajak keluar. Dia sukakan kerja Dian. Shes efficient. Sebab itu dia tidak mahu kehilangan Dian. Biar Dian terus menjadi setiausaha peribadinya and he wants it to stick that way.

Dian, please engage event organizers for party this weekend at my penthouse, erm use the same event organizer that we use few months ago, ujar Adam setelah menutup pintu biliknya.

Dian cepat-cepat menulis segala pesanan majikan di atas note padnya.

Anything else sir?, soal Dian.

Invites all the directors and executives, tell them party as in party not a corporate thing, ujar Adam sambil menjeling kearah Raoul yang lagi duduk mengadap Dian membuat kerja hinggakan Dian tidak senang duduk bila ditenung teman rapat Adam.

Im going out and wont be coming back to the office, pesan Adam. Dia mencuit bahu Raoul bila temannya itu masih belum berganjak.

Bye sweetheart, ujar Raoul lalu membuahkan senyum kepada Dian lalu berjalan mengekori Adam dari belakang.


bersambung...


__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Any luck, soal Nadia sebaik sahaja dia duduk di hadapan Era. Era mengelengkan kepalanya perlahan faham akan maksud Nadia. Boleh di katakan setiap hari Nadia bertanya soalan yang sama. Any luck? Dia pula yang excited bukan main. Aku yang empunya diri rilek sahaja.

Mana ada orang berani, orang gila aje yang berani, jawabku acuh tak acuh. Yelah aku sedar aku bukannya secantik Miss Universe yang sekali petik sepuluh yang datang. Akukan wanita melayu terakhir. Tak daring tak seksi macam Nadia. Dan lagi gambar yang aku berikan pun macam perempuan kampung dengan rambut ku ikat belakang dengan cermin mata tebalku. Siapa yang nak?

Jadi macamana, kau nak tukar plan, soal Nadia simpati. Sejak kejadian 2 minggu lalu dia amat berhati-hati bila berbual dengan Era. Dia tidak mahu sakitkan hati Era. Malah sejak beberapa hari ini dia sibuk memikirkan bagaimana caranya untuk dia membantu Era mendapatkan apa yang dia kehendakkan. Dia ramai teman-teman lelaki yang kaya dan masih single tapi Nadia tahu akan citarasa mereka. Mereka hanya pandang pada wanita yang cantik dan seksi. Dan Era pula tidak seperti yang mereka idamkan. Nadia memandang wajah Era tanpa Era sedari. Wajah teman baiknya itu di pandang simpati. Otaknya ligat memikirkan siapakah di antara koleksi teman-teman lelakinya yang layak digandingkan dengan Era.

Kau apsal serius aje muka dari tadi, tegur ku bila Nadia kelihatan seperti orang sedang berfikir.

Tak tadi kena buat submission untuk hearing lusa, tu yang stress, bohong Nadia kerana dia tidak mahu Era tahu akan plannya.

Rileklah macam tak biasa buat submission, hmm kalau tak ada respond minggu depan aku rasa aku nak pergi holiday di Italy, jawabku seraya tersenyum. Aku pernah terfikir hendak melancong tapi belum pasti dimana. Kalau plan ku untuk mendapatkan kekasih kaya tidak menjadi aku akan pergi bercuti.

Italy, seorang?, soal Nadia terperanjat bila Era mahu ke Italy. Banyak juga duit Era hendak ke Italy. Oh lupa Era sebenarnya banyak menyimpan, malah duit simpanannya 3 tahun dulu pernah digunakan untuk mengerjakan umrah. Dan Era pernah berangan hendak ke Italy dahulu. Itu angannya sahaja kerana dia tidak terfikir untuk mengunakan wang simpanannya untuk melancong hinggalah dia mendapat tahu mengenai penyakitnya.

Ah sorang, lainlah kau nak temankan aku, soalku tersenyum sinis.

Ok juga aku dah lama tak pergi holiday, lagipun kau ingat aku akan benarkan kau pergi sendiri macam tu aje, mesti madam pengsan bila aku mintak 3 minggu cuti, sejak kau tak ada dia mengelabah sikit, budak ganti kau tu baru dalam legal line, terang Nadia seraya tersengeh. Dia tidak akan membenarkan Era melancong seorang walaupun Era memilih package pelancongan full board. Kalau dia sakit siapa yang hendak menjaganya nanti.

Aku turut tersenyum sudah dapat membayangkan kepanikkan wajah madam. Masa aku berkerja dengan dia dahulu, madam senang aje kerana aku sudah bekerja dengannya hampir 5 tahun, jadi aku sudah masak sangat dengan perangai dia yang suka buat kerja last minute. Inikan pula budak baru yang tidak mempunyai basic bekerja di law firm. Lagilah dia kancong gila.

Telefon bimbit Nadia berdering nyaring secara tiba-tiba. Nadia mencapai telefon lalu menjawab pangilan telefon.

Hello,

Nadia, Andy here, ujar si pemanggil.

Oh hi Andy, dah lama you tak call kemana you menghilang,

Kind of busy, er listen, my boss having party this weekend at his penthouse, wanna come?, pelawa Andy. Dia tahu Nadia tidak pernah menolak bila dia menyebut party kerana Nadia suka party. They are party animal. Dan Nadia companion yang paling serasi dengannya. Shes not boring and happening girl. Lagipun bukan kerana bossnya mengadakan party maka dia teringatkan Nadia, dia juga sudah lama tidak keluar chilling dengan Nadia, bila mendapat undangan dari bossnya orang yang pertama yang difikirannya untuk di bawa hadir adalah Nadia.

Really, I dah lama tak jumpa you, ujar Nadia seraya menjeling ke arah Era yang sedang menyelak magazine dengan wajah bosan.

Andy can I bring my friend along, it would be good exposure for her, ujar Nadia berharap Andy tidak kisah jika dia mengajak Era ke majlis tersebut.

The more the merrier, anyway my boss like to meet new people, new faces, is she pretty?, soal Andy seraya ketawa kecil. Bukan dia tidak tahu majikannya itu suka pada wanita-wanita cantik. Lagipun dia tidak rasa majikannya kisah kalau dia membawa seorang lagi tetamu.

Shes gorgeous, ujar Nadia menjeling kearah Era.

Aku menutup majalah Her World yang kubelek sedari tadi bila menyedari Nadia sedang berbualkan tentang aku di telefon bersama Andy. Siapa lagi teman Nadia yang tak happening selain aku.

Great, my boss loves pretty woman, Im sure you pernah nampak dia, ujar Andy ghairah.

Your boss siapa? soal Nadia.

Adam Matin Salvatore, ujar Andy sambil tersenyum.

How come his name sounds very familiar, Era kau pernah dengar nama Adam Matin Salvatore tak, from Timeless Advertising, soal Nadia sambil mengalihkan telefon bimbit jauh dari bibirnya. Dia pasti pernah mendengar nama yang disebut Andy dan dia pasti Era turut kenal akan nama yang di sebut Andy.

Hampir hendak gugur jantungku bila Nadia menyebut nama keramat itu. Adam Matin. Kalau betullah nama itu yang di sebut Nadia. Siapa yang tak kenal. Lelaki sombong yang aku benci tu. Masih hidup lagi dia. Tak kan lah Nadia tidak kenal dengan Adam Matin Salvatore. Bukankah lelaki itu yang selalu kami jadikan bahan umpatan waktu luang di office. Dan Nadia turut sama mengutuknya. Masakan Nadia tidak ingat.

You are kidding right, ujarku seraya memaut lengan Nadia mungkin Nadia hendak bergurau dengan aku. Adam Matin Salvatore. Masakan Nadia tak tahu Siapa Adam Matin Salvatore.

Nope, jawab Nadia ringkas seraya mengelengkan kepalanya perlahan tidak kenal akan majikan Andy.

Hes CEO of Timeless Advertising tak kan itu kau tak ingat, ujarku seraya menepuk lengan Nadia. Tentang lelaki idaman kami berdua. (Ehem mesti orang kata aku hypocrite kerana aku pernah kata aku tak suka padanya dulu) actually dia lelaki idaman kami berdua. Brandon Routh asia. Akan tetapi aku hanya suka-suka kerana ketampanan wajahnya. Tak tahulah pula bagi Nadia part mananya yang dia sukakan tentang Adam.

Oh my goodness, serius, thats mean all the rich, young and handsome people will be there, ujar Nadia excited.

Aku menjegilkan mataku bila Nadia berkata demikian. Ah aku tahu akan tujuan Nadia mengajak aku pergi kerana dia akan memperkenalkan aku kepada teman-teman Andy. Tahu sangat kenapa dia begitu excited bila mengetahui akan tetamu-tetamu yang bakal di jumpa di sana. Ini bermakna aku tidak sesuai untuk menghadirkan diri.

Yeah, of course baby, thats why I want you to come, I will fetch you say about 7.30 on Friday, jawab Andy turut excited mendengar suara Nadia.

Yap see you on Friday, ujar Nadia mematikan telefon seraya menyimpan telefon bimbit ke dalam bag tangannya. Nadia memandang ke arahku tersenyum meleret. Masalah Era settle.

I dont want to go, jawabku sebelum Nadia sempat berkata apa-apa. Aku tahu Nadia mahu membawaku ke majlis Adam. Tak hendak lah aku pergi, lagipun aku bukannya berkenan dengan perangai Adam.

Why, you promise me you want to change, ujar Nadia seraya mengeluh kecil. Dia tahu Era hendak menarik diri. Bukankah Era sendiri yang mahukan kelainan dalam hidup nya. Dia tidak akan mengizinkan perkara ini berlaku. Dia tidak akan membenarkan Era menarik diri sebelum pergi berperang.

Aku hanya mengetap bibir bila Nadia berkata demikian. Memanglah aku sudah berjanji dengan dia bahawa aku mahu melakukan sesuatu yang tidak pernah ku lakukan. Tapi, boleh ke aku ke majlis VIP seperti yang Nadia katakan. Aku khuatir tidak boleh bland in. Aku ni pengecut sikit. Nadia lainlah dia memang dah biasa.

Apa event?, soalku pura-pura ingin tahu.

Housewarming Party kat Penthouse Adam Matin Salvatore, jawab Nadia sambil lewa kerana dia tahu Era sudah mula berminat untuk pergi, kalau tidak berminat kenapa Era ingin mengetahui majlis apa.

What! kat rumah Adam, tak naklah aku, jawabku menarik diri. Kalau party Adam aku tak hendak pergi. Yelah, banyak-banyak party boleh pergi, Nadia hendak aku hadiri party Adam Matin. Buatnya dia cam wajah aku, aku yang sengaja tutup pintu lift tempoh hari. Tak ke naya? Hatiku berbelah bagi. Kalau tak di turut Nadia akan berkecil hati, kerana mulut aku juga yang pandai-pandai berjanji dengan Nadia bahawa aku akan melakukan sesuatu kelainan. Nah sekarang terima padahnya. Buatnya Adam cam wajah ku dan dia call security kerana menuduh aku menceroboh majlisnya tak ke haru biru. Orang kaya sombong macam Adam semua dia boleh buat. Aku mula kalut. Peluh dingin mula membasahi dahiku. Mana tahu lelaki itu psycho.

Eh kau apahal, tak sihat ke tegur Nadia bila di lihatnya Shah Era kelihatan pucat tiba-tiba.

Aku mengeleng kepala perlahan.

So, soal Nadia.

Aku skip cabaran kau kali ni, next time aku buat, jawabku teragak-agak takut Nadia melenting marah.

Jangan buatkan aku mula bersyarah, aku kalau dah start tak kira orang sakit atau tak, engkau juga yang beria-ia hendak membuat sesuatu kelainan dalam hidup kau, ujar Nadia perlahan cuba menahan perasaan marahnya.

Aku tetap hendak lakukan kelainan, tapi aku tak yakin boleh lakukan, ujarku mula merasa khuatir.

Nadia menjeling bila aku berkata demikian.

Era, apa yang penting kau lakukan sesuatu lain dari kehidupan rutin kau, experience it, try to lossen up a bit, kalau tak dapat berkenalan dengan orang kaya pun at least you have done something different, usik Nadia lalu tersenyum.

Ill guess you were right, but then again mana aku nak dapatkan baju, kasut yang sesuai untuk attend hes party, ujarku mula merasa lega akan keterangan Nadia.

Ah yang itu bisa di atur, ngak perlu risau dong, jawab Nadia lalu tersenyum meleret. Otaknya sudah ligat memikirkan baju dan kasut yang bakal di beri kepada Era untuk menghadiri majlis Adam lusa nanti. Apa yang pasti Era akan kelihatan elegant dan vogue dan bukan Era sekarang.


bersambung...

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

cik adik oii, cite yg 1st tu pon xabis lagi awak sambung kan,,, post la bg abis satu citer baru post satu cite cekkk oiiii,,,
cepat sambung citer 1st... hahahahhah ayat mengarah sebab bebal baca citer xabis dh ade citer baru... hahahaah

__________________

"mencari ketenangan"



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

hehe ok minta maaf lah juliza..takut org boring baca satu cite aje. sebab tu wat yg kedua..ok2 kita post abiskan cita pertama..

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

hahahah ha mcm tu la.. org kat sini dia suka abiskan satu2 citer pastu baru post satu citer... baru ade feeling... hahahaha

__________________

"mencari ketenangan"



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Terpegun dan terpesona aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah penthouse milik Adam Matin Salvatore. Wow, gorgeous apakan tidak salah satu exclusive penthouse di tengah-tengah ibu kota. Urbane City Penthouse. Aku merasa jakun seketika melihat keindahan penthouse tersebut seolah-olah aku berada di hotel 6 bintang. Hiasan dalamannya kelihatan modern dan uniq. Adam memilih warna-warna bumi. Nicely done. Ramai tetamu yang hadir terdiri dari orang-orang kaya. Aku mula merasa tidak kerasan bila berada di sini. Aku tidak biasa menghadiri majlis-majlis gah sebegini. Nadia dan Andy menuju kearah bar counter mengambil minuman. Aku pula sibuk menikmati keindahan rumah Adam. Adam has good taste. Aku akui sendiri. Aku duduk di salah sebuah sofa di ruang tamunya. Great. Im such a loner. Tak tahu hendak mingle and mix around. Rata-rata orang yang berada di sekelilingku sibuk berbual dengan teman-teman dan tetamu lain. Hanya aku seorang sahaja yang duduk di sofa tanpa berteman. Janggal pula rasanya macam katak di bawah tumpurung. Walaupun hari ini aku merasakan diriku seperti Cinderella setelah di dandan cantik dan aku di paksa pakai baju baby doll tutu berwarna buff milik Nadia dipandankan pula dengan envelope purse berwarna nero dari Prada dan kasut stiletto dari jenama yang sama. Aku tetap merasa janggal. Macamana hendak mix around buatnya mereka berbual mengenai business, mengenai fashion apa yang hendak aku jawab. Kalau dia berbual pasal Siti Nurhaliza atau Fasha Sandha oklah juga. Mana pula host party rumah ini tak nampak pun batang hidungnya sedari tadi. Aku teringin juga melihat wajah kacak Adam ketika dia mengadakan majlis. Yelah. Dia kan snob. Mungkin dia di pejabat begitu dan di majlis dia lain. Aku pernah juga membayangkan bahawa aku salah satu wanita yang di ajak keluar Adam. Bagaimana agaknya perasaan aku dapat bergandingan dengan lelaki macam Adam. Bangga. Mungkin kerana dapat berdampingan dengan lelaki idaman ramai wanita.

Lady, want to play Truth or Dare game with us, soal minah saleh yang kelihatan seperti Gisele Bundchen model Victoria Secret yang di gilai ramai lelaki. Bulat mataku memandang wajah cantiknya. Adam undang celebrity ke?

No thanks, jawabku membuahkan senyuman menolak perlawaannya dengan baik.

Sure, we love to play the game, celah Nadia yang entah dari mana dia muncul bersama Andy. Andy menyerahku gelas berisi pepsi. Aku menyambut dari tangannya lalu mengucapkan terima kasih.

Great more players, its gonna be fun, ujar minah saleh itu excited lalu menuju kearah ruang lain.

Aku menarik lengan Nadia.

Are you mad, bisikku ke telinga Nadia bila dia mendorong aku menuju kea rah arah ruang tamu kedua dimana game itu di adakan.

Satu kelainan, ujar Nadia meningatkan aku.

Kami menuju ke tingkat 2 penthouse tersebut dan menuju kearah sebuah bilik yang di sebelah biliknya terdapat pool table. Beberapa lelaki sedang sibuk bermain pool sambil menghisap cigar namun Adam masih lagi tidak kelihatan.

Beberapa lelaki dan wanita sedang duduk di atas carpet di dalam bulatan besar. Nadia dan Andy turut menyertai bulatan tersebut. Hendak tak hendak aku terpaksa turut serta. Bekas botol Perrier sparkling water yang telah dikosongkan di letak di tengah-tengah bulatan kami. Minah saleh yang tidak ku kenal namanya memusingkan botol tersebut. Aku berdoa di dalam hati janganlah muncung botol mengacu tepat kepadaku. Botol itu berhenti di hadapan seorang lelaki mat saleh yang duduk bersebelahan dengan Andy.

Truth or Dare, soal minah saleh itu.

Truth, jawabnya tanpa berfikir panjang.

Are you straight or gay, soal minah saleh yang memusingkan botol tadi.

Kami ketawa serentak bila dia mengajukan soalan demikian termasuklah lelaki yang di soal.

Straight, in fact Im in love with you, jawabnya lalu tersenyum meleret.

Oh really why dont you said so, I thought you dont like me, jawab Rachel terperanjat akan pengakuan jujur Stephen.

Kami ketawa serentak bila lelaki yang bernama Stephen mengaku terang-terang bahawa dia sukakan Rachel (minah saleh rupa seperti Gisele Bundchen). Kali ini Stephen mengambil botol tersebut lalu memusingkan botol. Hatiku kecut bila botol itu mula berpusing perlahan. Janganlah dia berhenti padaku. Aku meneguk pepsi perlahan. Gulp. Aku menelan air liur bila botol tersebut berhenti tepat ke arahku.

Truth or Dare, Stephen mengajukan soalan tersebut kepadaku. Semua anak mata tertumpu ke arahku. Stress aku di buatnya. Ini semua gara-gara Nadia.

Aku memandang kearah Nadia dan Andy. Mereka berdua menyuruh ku memilih Truth. Aku keliru tidak tahu apa harus ku pilih. Truth or Dare. Aku dapat merasakan tiba-tiba suhu badanku merasa panas. Mungkin kerana stress untuk membuat pilihan.

Ok, dare, jawabku gugup menelan air liur.

Nadia dan Andy tersenyum meleret bila aku memilih dare. Aku tahu mereka sengaja berbuat demikian agar aku memilih dare.

Ok listen carefully, I will pick random male in this house for you to go over him and ask him to be your date for a month, are you dare, ujarnya seraya tersenyum.

Fish cemuhku dalam hati. Im in a deep s***. Nadia tersengih-sengih memandang ke arahku. Aku tahu ini mesti kerja Nadia. Dia sengaja menyuruh aku menyertai this foolish game. Nak tarik diri tidak boleh. Mana mungkin aku berbuat demikian kerana aku tidak mahu di lable quitter. Im not a quitter.

Ok, jawabku seraya bangun dari tempat duduk bila Stephen menghulurkan tangannya kepadaku. Aku menyambut. Stephen membawa ku keluar dari bilik, semua yang bersama kami tadi turut keluar dari bilik ingin mengetahui siapakah lelaki yang di pilih Stephen. Kami berdiri berdekatan dengan tangga. Tetamu sudah semakin ramai memenuhi ruang di tingkat bawah. Ada yang berbual sesama tetamu lain. Berada di bar dan ada juga yang menari mengikut irama lagu yang dimainkan.

You see that man, in dark blue shirt talking to someone at the bar, ujar Stephen menunjukkan aku kepada lelaki yang di maksudkan. Lelaki yang tidak dapat ku lihat wajahnya sedang rancak berbual dengan seorang lelaki lain. Aku menjeling kearah Nadia di sebelah. Tanganku sempat mencubit lengannya kerana dia aku terpaksa membuat kerja bodoh. Nadia mengadu bila terkena cubitan berbisaku. Rasakan. Aku menuruni anak tangga perlahan. Jantung ku berdebar-debar hebat, aku menuju kearah lelaki yang di maksudkan. Semakin hampir dengannya semakin kuat pula debaran jantungku. Lelaki yang berdiri membelakangkan aku itu masih lagi berbual rancak dengan temannya. Aku menoleh kearah group truth or dare kami. Mereka semua melambai ke arahku menyuruh aku berbuat demikian. Tinggi juga lelaki itu. Aku berdiri hanya di paras telinganya sahaja. Ok here goes for nothing. Aku menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan.

Aku menepuk bahu lelaki itu perlahan. Lelaki yang ku tepuk bahunya menoleh ke belakang memandang kearahku. Aku kaget seketika bila mendapati lelaki yang ku tepuk belakangnya tadi tak lain dan tak bukan host majlis yang kuhadiri sekarang, iaitu Adam Matin Salvatore. Fish. Lidah ku kelu untuk berkata apa-apa kerana terlalu terkejut. Beratus orang berada di sini Stephen boleh terpilih Adam. Terpilih ataupun sengaja di rancang. Mustahil kerana Stephen tidak berfikir terlebih dahulu lelaki mana yang hendak di pilih dia hanya menunjukkan kearah lelaki itu secara random. Say something Era. Dont just stand there look like an idiot. Adam memandang wajahku dengan penuh tanda tanya dia berharap aku berkata sesuatu. Lelaki itu tidak mengecam wajahku. Ok. Adam tidak kenal aku. Its a good sign. Just say it and get it done with.

Could you be my date for a month, ujarku dengan muka tebal. Aku tidak tahu berapa tebal incinya mukaku bila bertanya soalan demikian kerana aku dapat merasakan wajahku merah padam menahan malu. Bak kata orang tebal-tebal tayar lori tebal lagi muka aku. Inilah kali pertama aku membuat kerja gila dan tidak berfaedah begitu.

Adam memandang kearah tetamunya yang berada di tingkat 2 memandang kearah mereka. Adam mengulum senyum.

Please say no. Please say no. doaku dalam hati. Hendak sahaja aku memberitahu Adam bahawa kami sedang bermain this Truth and Dare game. Tapi aku tidak di benarkan memberitahunya.

I would be honoured, jawab Adam sambil tersenyum meleret. Dia menyerahkan gelasnya kepada teman yang berbual dengannya tadi lalu mencapai tanganku. Mereka yang berada di tingkat atas bersorak sambil menepuk tangan bila aku berjaya menyahut cabaran mereka. Aku hampir hendak pitam bila Adam berkata demikian. He cant be serious.

Sorry to take your time, I got to go now, ujarku meminta diri. Malu gila aku di buatnya. Semua memandang ke arahku tersenyum-senyum bila aku berani membuat stunt sedemikian. Pulak tu terkena pada Adam. Kalau orang lain aku tidak berapa kisah sangat.

Where do you think you are going, ujar Adam lalu menarik tanganku tidak membenarkan aku meninggalkan dirinya. Aku menelan air liur bila dia berbuat demikian. Dont tell me dia kenal aku siapa.

Its a silly game, ujarku tidak tentu arah bila Adam memandang tepat ke wajahku. Oh gosh. Lututku lemah bila berdepan dengan lelaki sehebat Adam.

You chose dare, Im impressed, jawab Adam lalu meneguk minumannya.

Terkejut juga aku bila dia tahu permainan kami tadi ialah Truth or Dare. Namun aku tidak berkata apa malah tersenyum kambing bila dia berkata demikian.

Nice house, nice party, nice everything, ujarku merapu kerana merasa kalut berada di samping Adam. Aku memusingkan badanku dan baru hendak mula mengorak langkah, sekali lagi tanganku di tarik Adam.

Not so fast, Im your date for a month remember?, ujar Adam kepada wanita itu. Adam tahu wanita itu kelihatan tidak tentu arah bila dia berbuat demikian kerana wanita itu seperti mahu lari darinya.

What. He cant be serious. Aku main-main ajelah. Gila apa aku nak date dengan orang macam Adam. Manalah aku layak. Umpama langit dengan bumi. Lagipun aku tidak suka dengan perangai nya yang kasanova dan snob.

You dare, ujarku kali ini tiba-tiba berani. Uikk dari mana datangnya keberanian aku eh. Bukan ke tadi aku hendak segera cabut bila aku berjaya menyahut cabaran permainan Dare tu.

Adam tersenyum bila wanita itu mencabarnya.
I dare, are you up to this game, ujarnya tersenyum sinis seolah-olah memperlekehkan keberanianku.

Ok, jawabku mengetap bibir menahan geram. Kan ke aku dah cakap dia sombong dan pantang di cabar. Apa dia ingat dia seorang sahaja yang pantang di cabar aku pun. Apa dia ingat aku pengecut. Aku bersedia sahut cabaran Adam. Dia belum kenal siapa Era.


***

Jadi personal ad di Love Inc. tidak berjaya. Akan tetapi aku berjaya membuatkan Adam Matin Salvatore bersetuju untuk date dengan aku selama 3 bulan. Hehehe. Actually dare kami sebulan sahaja tapi aku up sikit minta 3 bulan. Surprisingly he dare to date me for three months. Gila kan. Aku rasa Adam sememangnya lelaki gila. Sudahnya kami berjanji untuk bertemu di restaurant segera Burger King. Ini semua plan Nadia juga. Ada ke dinner di BK, tak sesuai langsung. Fast food. Aku pulak biasalah bila setiap kali hendak keluar date blouse biru muda juga yang menjadi kegemaranku. Rambutku tetap ku ikat satu. Dan masih lagi berkaca mata. Nadia ada juga offer aku pakai baju dia untuk keluar date dengan Matin. Tapi aku menolak. Segan kerana asyik meminjam sahaja kerjanya walaupun aku tahu Nadia tidak ambil kisah.

Kami menoleh serentak kearah pintu masuk BK. Seperti dalam cerita movie hollywood bila Hero handsome masuk pasti ada effect, macho gitu. Hes gorgeous. Aku menelan air liur bila dia menoleh kea rah kami lalu tersenyum. Untuk pertama kali aku lihat dia tersenyum. Tak sangka jejaka itu memiliki lesung pipit di pipi kanannya. Ya allah tetapkanlah imanku bila bersama dengannya doaku dalam hati.

Hello, sorry dah lama tunggu, ujarnya lalu duduk di depanku.

Kami berdua mengeleng serentak. Seperti terpukau dengan kehadiran Adam Matin Salvatore. Hendak sahaja aku mencubit pipi ku untuk memastikan bahawa aku bukannya bermimpi. Dan di depan aku adalah Adam Matin Salvatore, orang yang sebenar.

Yang mana satu Era, sorry I tak berapa cam wajah you tempoh hari, ujarnya tersenyum lagi. Ramai tetamu yang hadir ke majlisnya tempoh hari. Ramai wanita yang cantik-cantik hadir jadi dia tidak berapa ingat siapa yang bernama Era.

Aku tidak menjawab malah mengangkat tangan seperti anak murid mahu menjawab soalan. Aku tidak mahu kelihatan kalut di depannya. Tapi itulah yang terjadi bila aku mengangkat tangan bila dia bertanya yang mana satu Era. Nadia menjeling kearahku tidak senang dengan perbuataanku itu.

Era apa kau buat angkat tangan, bisik Nadia seraya tersengih memandang kea rah Adam.

Aku panic, sorry, ujarku turut tersengih lalu menurunkan tanganku.

You, ujarnya agak terperanjat kerana wanita yang mengaku adalah Era tidak sama seperti wanita yang di temuinya tempoh hari. Wanita itu cantik dan modern tida seperti wanita di depannya sekarang.

In case you tak ingat I juga yang cause kepala you benjol tempoh hari, jawabku seraya berdehem kecil. Aku menoleh kea rah Nadia di sebelah. Nadia hanya mampu mengelengkan kepalanya tidak tahu kenapa temannya berbuat demikian.

You, the lift lady, kepala I masih blue black pasal terhantuk tempoh hari, ujarnya tersenyum sinis sambil memerhatikan Era. No wonder shes look familiar. Pasal bukan kejadian terhantuk sahaja. Malah mereka selalu bertemu atau terserempak. Shes so ordinary looking. With glasses and pony tail. My god where is she from? Kampung? Dan Adam tidak pernah kelihatan keluar dengan wanita biasa. Lainlah temannya di sebelah, shes seksi dan cantik. Dan dalam masa itu dia harus membuatkan wanita itu jatuh hati padanya. Adam tersenyum sendiri kerana wanita itu kelihatan smitten dengan charmnya. Tidak susah untuk membuatkan wanita suka apatah lagi jatuh cinta pada dirinya.

Nadia menoleh ke arahku seraya menjeling bila Adam berkata demikian. Dia tidak menyangka Era berbuat demikian. Dia khuatir Adam akan menarik diri pula nanti.

Aku tersenyum bila Adam cuba berlagak cool. Baik nah Adam. Pandai dia berdrama cool.

So you all sure nak makan kat sini, soal Adam lalu menyangkut jaket berwarna midnite black di belakang kerusi tempat dia duduk dengan wajah selamba. Mataku sempat menjeling ke arah label jaket yang tersangkut itu. Salvatore Ferragamo. Gila apa ada ke main sangkut kat kerusi macam tu buatnya orang sapu. Naya aje. Bisik ku dalam hati. Oh ye lupa orang kaya diaorang tak peduli hilang boleh beli lagi.

Yup, actually saya ingin tahu apa yang Encik Matin faham akan date dengan saya, soalku tanpa membuang masa. Ceh aku sendiri tidak tahu dimana datangnya keberanian ku. Yelah aku cuma berani dengan kenalan rapat aje. Selalu beta dan bidas cakap mereka, kalau orang luar yang aku tidak kenali dan lebih-lebih lagi Adam Matin jangan cakap bersuara hendak tegas macam sekarang pun belum tentu berani.

Adam tidak menjawab soalan Era. Tak kan dia hendak mengatakan bahawa dia bosan. Dia perlukan cabaran. Dan suka dicabar.

I cuma tidak pernah date secara dare, jawab Matin memandang tepat kearah ku lalu tersenyum lagi.

Aku tersenyum sinis. So he like challenge.

Its not that easy Mr Adam, jawab Nadia selaku penasihat aku dan sekaligus orang penting membuatkan impian ku menjadi nyata. Nadia sudah sediakan contract untuk Adam tandatangani supaya Adam tidak dapat lari dari perjanjian kami. Nadia membuka document bagnya lalu mengeluarkan 3 keping contract yang di buatnya khas untuk aku.

Aku dapat melihat dengan jelas bahawa Adam agak terperanjat bila Nadia mengeluarkan 3 salinan dokumen yang sama dan menyerahkan kepadanya. Sungguhpun begitu Adam tidak berkata apa. Dia membaca contract tersebut dengan tenang. Dia sengaja membaca salah satu syarat yang terdapat di kontrak tersebut kuat agar kami dapat mendengarnya dengan jelas.

3. Adam Matin Salvatore atau di kenali sebagai AMS tidak boleh menarik diri atau memilih tidak mahu berkerjasama dengan Shah Era atau di kenali sebagai SE sepanjang 3 bulan dan harus akur akan segala permintaan SE. Sekiranya AMS melanggar kontrak dia di kehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM30,000.00 kepada SE.

4. Dengan ini AMS dan SE akan akur dengan kontrak yang di tandatangani dan bersedia mematuhi peraturan kontrak.


Bertarikh bulan tahun

____________________________ ___________________________
Adam Matin Salvatore Shah Era Mazuin Norman

Saksi : _____________________
Nadia Dato Sulaiman

Ok, tapi tidak adil jika sebelah pihak sahaja yang menetapkan syarat, jawab Adam seraya memandang kearah kami berdua. Aku dan Nadia sebenarnya dah agak Adam tidak akan bersetuju dengan kontrak yang kami sediakan. Sungguhpun begitu Adam tidak membantah dia cuma mengatakan bahawa tidak adil jika sebelah pihak sahaja yang menetapkan syarat.

Apa syaratnya, soal Nadia tidak sabar ingin tahu syarat-syarat yang bakal dikenakan oleh Adam.

Nothing serious, since you ada tetapkan syarat untuk hubungan 3 bulan, I cuma berharap you akan memberi kerjasama dengan I, since I jadi your boyfriend you kena jalankan your duty sebagai girlfriend I, ujarnya seraya tersenyum sinis.

Strictly no hanky panky, ujarku pantas. Aku dapat merasakan Adam inginkan sesuatu dari aku. Kalau itu yang dia fikirkan aku tidak akan bersetuju sama sekali.

Adam tersenyum seakan mengejek bila aku berkata demikian. Dia ingat aku apa perempuan murahan. Senang di ajak tidur seperti wanita-wanita yang pernah di dampinginya. Aku tidak terperanjat sekiranya Adam akan utarakan soalan demikian kerana aku percaya Adam bukannya malaikat. Itu sudah menjadi kebiasaan orang-orang kaya modern seperti Adam.

I see, maksud I, you tak boleh membantah atau menyekat I and Ill need you to be my companion for any function or event that I need to attend, ujarnya tersenyum lagi.

Wajahku merona merah menahan malu bila Adam berkata demikian. Malunya tidak terkata. Apa kata Adam nanti. Dia tidak pernah terfikir hendak berbuat demikian. Aku pula yang terlebih excited.

I think thats fair enough, jawab Nadia lalu menjeling ke arahku. Aku mengangguk perlahan tanda setuju.

Adam menarik pen mont blanc dari kocek jaketnya lalu menandatangan di atas kontrak tersebut.

Aku dan Nadia berpandangan sesama sendiri tidak percaya bahawa Adam begitu mudah bersetuju dengan kerja gila kami. Apa dia hilang akal ke? Aku dan Nadia tadi sudah membayangkan bahawa Adam akan segera meninggalkan kami bila mendapat tahu kami berdua perempuan gila. Tapi Adam tidak berbuat begitu malah tanpa berfikir panjang lagi dia terus menurunkan tandatangannya dia atas kontrak kami.

You serius, tak ada apa-apa yang you hendak tambah atau tidak setuju, jawabku memandang kearah Adam yang kelihatan selamba sahaja menyimpan semula pen mont blancnya ke dalam jaket.

Adam mengelengkan kepala lalu tersenyum. Padanya kontrak ini hanya kontrak yang senang di patuhi. Dia yakin dia tidak akan melanggar kontrak dan tidak perlu rugi RM30k.

Im businessman, belum pernah I signed contract tanpa berfikir terlebih dahulu, jawabnya yakin.

Ok, jawabku gugup sekaligus malu juga berdepan dengan Matin. Kerana mulai hari ini secara rasminya dia menjadi kekasih aku walaupun kekasih selama 3 bulan sahaja. Aku tiba-tiba merasa janggal bila memikirkannya. Yelah. Bukan aku tidak pernah ada kekasih dahulu. Ada. Tapi tidak sekacak dan sehebat Adam Matin. Boleh ke aku handle Matin. Dan boleh ke Matin handle aku.


bersambung...

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Hari pertama (1/6/12)

Telefon bimbitku berdering nyaring. Mata ku buka sebelah sempat aku melirik kearah jam digital yang terletak bersebelahan handphoneku. 3.30 pagi. Siapa pulak yang mengacau aku pagi-pagi buta ni. Subuh pukul 5.48 pagi. Aku dah set jam pukul 5.30 pagi. Ku biarkan handphone berdering. Ah mungkin wrong number. Aku menepuk bantal lalu merebahkan diri menyambung tidur. Telefon ku berdering lagi.

Hissh, malaun ni, ujarku lalu mencapai handphone. Ku cuba amati nombor si pemanggil. Nombor yang tertera di screen phone ku tidak kukenali langsung. Siapa pulak?

Hello, jawabku seraya menguap kecil.

Cik Shah Era, ujar si pemanggil.

Yelah dah tentu you call my number habis you ingat apa police station, jawabku dengan nada geram. Buat kelakar pulak pagi-pagi buta ni.

Im Mr. Salvatore PA, I have made arrangement for you at Spa Village Ritz Carlton at 11.00am and dinner reservation for you and Mr. Salvatore at 8.00pm, I will call you back to confirm the venue and you will receive a parcel containing credit cards for you to use as and when you needed to, ujar wanita ber-slang mat saleh itu dengan sekali nafas sahaja. Aku mengosok mataku perlahan seraya menguap kecil. Sepatah haram tidak masuk ke dalam otakku kerana aku masih mamai.

I think you have dialed wrong number, jawabku seraya mematikan telefon. Gila. Orang putih mana pulak yang boleh tersalah dial. Ini Malaysia bukan USA. Aku yang mamai ke perempuan mat saleh tu yang mamai.

Kriiinngggg. Aku terkejut beruk bila handphone menjerit lagi. Hissh menyusahkan hidup betul lah.

Hello, marahku.

Cik Shah Era, saya Dian, PA Encik Adam Matin, ujarnya dalam bahasa melayu.

Aku tersentak bila dia menyebut Adam Matin. Eh boleh pun minah saleh ni berbual dalam bahasa melayu. Aku menoleh kearah jam di meja sisi. 3.52 pagi. Apa gila PA Matin telefon pagi-pagi buta. Dia tak tidur ke? Haiz.

Awak ni tahu tengok waktu tak, sekarang ni nak dekat pukul 4 pagi, kalau nak hubungi saya pun telefonlah pukul 9.00 pagi waktu pejabat, apa boss awak tak sekolah ke?, sesedap rasa sahaja aku mengutuk Adam Matin melalui PAnya. Lantaklah kalau dia nak sampaikan pada Adam. Aku peduli apa. Di dalam kontrak tidak ada mengatakan bahawa aku tidak boleh mengutuk Adam.

Im sorry, tak perasan waktu di Malaysia pukul 4.00 pagi, saya membuat panggilan dari USA, di New York jam 4.00 petang, ujarnya memberi penjelasan.

Sebagai PA awak harus peka tentang ini semua, Adam di US, soalku ingin tahu. Aikk macam biskut. Baru malam kelmarin kita makan dinner di BK bersama. Bila ketika pula dia terbang ke US.

He will see you today at 8.00pm for dinner,

Ok, whateverlah, kenapa dia nak I pergi Spa Village, soalku malas hendak bertekak dengan PA Adam.

He didnt say, sorry Ms Era, Ill need to go, ujar Anita seraya mematikan telefon.

Aku merebahkan diri di atas katil semula. Mataku menjadi segar bugar, terima kasih kepada Dian PA Matin. Aku berfikir sendiri. Susah juga kan menjadi temanwanita orang kaya ternama seperti Matin. Temanwanitanya harus mengikut jadual yang di sediakan pembantunya. Ini baru jadi temanwanita kalau menjadi isterinya bagaimana pula agaknya. Entah-ntah hendak berjumpa dengan suami pun harus kena check schedulenya. Aku mengelengkan kepala perlahan. Parah juga menjadi isteri orang kaya.



Aku duduk di sofa lounge yang tersedia dia Spa Village sambil menyelak majalah. Sempat mataku melirik kearah jam di dinding Spa Village. Aku mengeluh kecil. Matin lewat hampir satu jam untuk menjemputku. Ikutkan hati hendak sahaja aku menaiki bas untuk pulang ke rumah. Tapi bila di fikirkan balik, sayang pula hendak merosakkan rambut yang telah di beri treatment, blow dan highlight tadi. Texture rambut aku sudah seperti model yang terdapat di iklan-iklan shampoo. Lembut dan bermaya. Suka sekali. Oh ye. Adam susah payah menyuruh PAnya book spa dan salon termahal di KL untuk aku. Dan seperti apa yang PA dia katakan sebelum subuh tadi. Tepat 10.30 pagi sebuah kereta BMW hitam 5 series berserta pemandu menungguku di luar pagar untuk membawa ku ke Ritz Carlton. Dan dalam masa yang sama pemandu Matin menyerahkanku sekeping envelope. Aku pun tanpa banyak bicara menyambut envelope tersebut lalu membukanya. Cuba teka apa ada di dalam envelope itu. 3 keping Titanium credit card dari OCBC, CIMB dan Maybank. Terbeliak mata aku seketika. Wow! seronok membelek credit card yang di beri Matin. Express sungguh Matin menjalankan tugasnya sebagai teman lelaki ku. Hmm aku yakin ini sudah menjadi kebiasaan Matin. Apa yang hendak di hairankan. Hes not an angel aku mengingatkan diriku sendiri. Tepat 11.00 pagi aku tiba di lobby Ritz Carlton. Terasa janggal pula aku di buatnya. Umpama rusa masuk kampung. Yelah sebelum pergi tadi aku hanya sempat mencapai baju kebaya raya tahun lepas untuk ke sana. Tidak terfikir aku hendak keluar kemana-mana pun hari ini. Baju aku pula semuanya belum sempat ku gosok. Baju kebaya itu sahaja yang terdapat tergantung di almari yang sudah digosok. So sekarang aku ke Ritz Carlton dengan kebaya. Rata-rata pengunjung Ritz Carlton tertumpu ke arahku. Yelah dengan rambut ku di biarkan lepas tanpa berikat kerana rambut masih lembab. Dengan tidak bermekap setakat memakai bedak baby johnson dan lip balm. Ah pasal lah. Tanpa mempedulikan akan mata-mata yang memandang kearah ku aku berjalan pantas menuju kearah lif. Wah, siap dengan lift attendant lagi. Terpegun aku seketika melihat keindahan dekor hiasan dalaman Ritz Carlton. Sebaik sahaja aku berada di Spa Village. Sekali lagi aku di beri pandangan yang kurang senang dari pekerja di sana. Pada mereka aku tidak layak ke tempat mewah seperti ini. Lantaklah apa yang hendak mereka fikirkan, yang penting aku kemari bukan suka-suka. Adam yang suruh. Wah dapat juga aku merasa ke tempat-tempat orang kaya selalu kunjungi dan dapat juga aku merasa pengalaman dilayan seperti VVIP. Senyumku sendiri. Pada awalnya pekerja di sana hendak tak hendak sahaja melayan aku kerana mereka menyangka aku tersilap masuk ke tempat mereka. Akan tetapi sebaik sahaja aku mengatakan appointment dibuat dari Mr. Salvatore office. Layanan mereka ke atas diriku berubah serta merta. Aku di layan seperti puteri. Apa yang hendak di hairankan pada zaman serba canggih ini money talks.

Aku menoleh kearah seorang lelaki yang menuju ke arah recept counter sebaik sahaja terhidu akan wangian cologne after shave yang sangat aku kenali. Siapa lagi kalau tidak si pemakainya itu adalah Adam Matin Salvatore. Top 5 available bachelor di Asia. Aku sengaja duduk menyambung membaca majalah tanpa segera mendapatkannya, kerana aku tahu dia tidak perasankan aku yang sedang duduk menantinya di sofa. Menanti dia datang menjemputku. Aku melirik kearah Adam. Dia sedang berbual mesra dengan penyambut tetamu. Aku menjeling. Pantang nampak perempuan cantik dan seksi mesti hendak di tegurnya. Aku kembali menyelak majalah memberi dia masa untuk berbual dengan penyambut tetamu itu.

Aku mendongak kan kepala bila aku dapat merasakan ada seseorang berdiri betul-betul di hadapanku. Adam berdiri tercegat tersenyum memandangku. Lelaki itu memakai polo shirt berwarna kelabu gelap Burberry dan jeans Tommy Hilfiger. Santai. Dia kelihatan santai bila berpakaian demikian dan bukan shirt dan jaket seperti selalu ku lihat waktu hari bekerja. But still he looks amazingly good looking.

Era, tegurnya sepatah tersenyum lagi menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya.

Aku tak tahu kenapa bila berdepan dengan lelaki itu aku kerap kali menjeling meluat. Lama-lama boleh jadi juling mata aku di buatnya.

Yes. Mr Salvatore, jawabku menyindirnya.

You really transformed, you look so different, I betul-betul tak cam you, ujarnya kuat cukup membuatkan pelanggan-pelanggan wanita lain menoleh kearah kami.

Transformed. Apa dia ingat aku ni transformer ke? Bangau betul. Kalau ye pun nak puji agak-agak lah.

Ok I get it tak perlu announce kuat-kuat, ujarku seraya menarik lengan Adam keluar dari Spa Village. Adam tersengih bila aku berbuat demikian. Suka menyakat barangkali. Aku menyerahkan goodie bag yang ku terima dari Spa Village kepada Adam. Bukan aku tak boleh bawa sendiri. Tapi inilah masanya untuk aku timing dengan Adam. Selaku boyfriend aku, dia dikehendaki buat benda-benda macam itu. Standard procedure. Aku tidak akan memberinya peluang. Tanpa memperdulikan Adam yang sedari tadi asyik memerhatikan aku dari atas hingga ke bawah. Aku menekan butang lif. Sekali lagi aku menjeling meluat, seperti apa yang aku katakan tadi Adam memang pantang.

Kalau nak jadi girlfriend terus pun boleh, usik Adam tiba-tiba seraya tersenyum nakal bila Era tidak suka dia memandangnya sedemikian. Dia tidak menyangka Era yang ordinary looking pada awal perkenalan, tetapi bila sudah di dandan dan di tukar imej boleh setaraf dengan wanita yang selalu yang di gandinginya selama ini. Dia kini akui Era sebenarnya seorang wanita yang cantik, hanya Era tidak tahu bagaimana hendak menonjolkan dirinya. Pada Adam, Era masih belum lagi berubah sepenuhnya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak mengenakan pakaian yang sesuai dan tidak pandai bergaya. Tengok sahaja pakaian yang di pakainya untuk ke Ritz Carlton, dia memakai baju kebaya basahan dengan sepatu yang tidak bertumit.

Aku menoleh kearah Adam seraya tersenyum mengejek.

Dare to dream, jawabku lalu masuk ke dalam lif. Seperti dapat membaca apa yang ada di fikirannya. Dasar mata keranjang.

Adam mengekori ku dari belakang. Aku masuk ke dalam perut lif lalu berdiri mengadap butang lif. Adam pula sengaja berdiri betul-betul di belakang aku. Aku tidak berapa selesa bila mata nakalnya melirik kearah punggungku kerana aku dapat melihat bayang imejnya di muka pintu lif.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka aku berjalan laju menuju ke arah pintu gerbang Hotel tanpa menanti mahupun menoleh kearah Adam. Aku merasa tidak rimas dan tidak selesa bersama dengan Adam. Aku tidak pernah bermimpi mahupun mengenali Adam. Kalau setakat berangan-berangan tu adalah. Kalau in reality tak de lah. Tak sepadan. Bagai langit dengan bumi. Dan aku tidak pernah terfikir bahawa aku akan dapat berdampingan dengannya. Aku merasa rendah diri bila setiap kali bersamanya, kerana aku senantiasa memikirkan bahawa aku hanya wanita sederhana dan tidak standing wanita-wanita yang selalu di damping Adam.

Sayang you hendak kemana, ujar Adam selamba sahaja dia menarik lenganku. Aku menoleh kearah Adam. Mata hazel milik Adam memandang tepat ke wajahku. Aku menelan air liur bila dia berbuat demikian. Yelah, orang kacak seperti Adam siapa yang tidak tergugat iman. Oleh kerana itu setiap kali bila aku berdepan dengan Adam, aku cuba untuk tidak bertentang mata dengannya. Khuatir akan terpikat padanya pula nanti, kerana aku tidak seharusnya jatuh hati padanya. Nasib baik juga jejaka itu tinggi, dan ketinggian aku hanya di paras telinganya. Jadi bila berbual dengannya aku hanya dapat memandang kearah dadanya yang berbidang dan bahunya sahaja. Heheh.

Kita nak balik kan?, soalku gugup, berderau darahku bila dia memanggil aku sayang. Biar betul Adam ni.

Nope kita hendak pergi shopping sayang, kita ke Pavilion, ujarnya lembut. Sekali lagi aku gugup bila Adam menukar mode romantic pula. Ceh si Adam ini dia hendak menduga aku ke? Aku lebih suka dan senang bila Adam dalam mood gila-gila atau mood merepeknya. Sekurang-kurangnya aku tidaklah gugup seperti sekarang.

Oh ok, jawabku patuh akan cakap Adam. Aku menarik tanganku kerana tidak selesa dia berbuat demikian. Adam tidak terperanjat bila aku menarik tanganku kembali. Dia hanya menjungkitkan keningnya sambil tersenyum sinis. Tidak heran barangkali. Aku tidak akan membenarkan Adam memanupulasi diriku. Im in charge here. Aku yang hendakkan lelaki kaya, kacak sepertinya. Jadi dia yang harus ikut cakap aku dan bukan sebaliknya. Aku memberontak di dalam hati. Its about me not about him.

Apa benda yang you sayang sekali kat dalam dunia ini, soalku tiba-tiba memecahkan kesunyian. Sunyi tu taklah. Cuma aku tidak mahu terus-terusan merasa janggal bila berada bersama dengan Adam. Ini baru hari pertama aku keluar sendirian dengan Adam tanpa di temani Nadia. Kalau aku tidak pandai menyesuaikan diri, bagaimana pula aku hendak bersama dengannya selama 3 bulan. I know its a silly question. But what the heck? I have to be myself. Tak ada control-control anggun ini semua. This is not permanent. Anyway its about me and not about him. So, tidak salahnya aku menyoalnya akan soalan yang merepek. Betul tak? Bentak hatiku.

Adam menguntum senyum sebelum menjawab soalanku.

Car, money, women and myself, ujarnya ringkas dengan wajah angkuh. Semuanya dia perolehi dan kesemuanya dia sayang.

Ok, jawabku mengangguk kecil kerana tidak berniat untuk memberi komen apa-apa akan kata-kata Adam. Walaupun bunyinya agak angkuh kerana Adam merasakan dia sudah memilik segala-galanya.

Kenapa you tanya? soalnya sambil lewa, ibu jari kanannya panas menaip sesuatu di blackberrynya.

Saja, tak ada benda yang hendak I bualkan so I tanyalah, jawabku acuh tak acuh pula.

You pula? Soal Adam tiba-tiba lalu menyimpan blackberry kedalam saku seluarnya.

Masa, jawabku cuba menahan sebak di dada. Benarlah apa yang terdapat di lirik Raihan. Demi masa manusia itu kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh. Ingat lima perkara, sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin Lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Kenapa masa, soal Adam tidak mengerti.

Aku mengeluh kecil bila Adam meminta penjelasan mengapa aku memilih masa. Tidakkah dia tahu masa itu amat berharga kerana ianya tidak akan dapat diputarkan semula. Atau mungkin Adam tidak pernah memikirkannya.

Kerana kita tidak boleh memutar masa, sebab itu setiap masa begitu berharga untuk I, jawabku ringkas tanpa mengulas panjang. Adam tidak perlu tahu lebih lanjut mengapa aku begitu menghargai masa.

Huh, sounds like people counting days to live, ujarnya seraya ketawa mengejek.

Aku mengetap bibir bila Adam mempersendakan aku. Dan aku tidak menyalahkan Adam. Adam tidak mengerti apa yang aku alami. Lagipun aku bukan meminta simpati darinya.

Yeap, its that your love one, ujarku seraya melirik kearah kereta porche carrera hitam berhenti di hadapan kami. Aku cam sangat akan kereta kegemaran Adam. Apa taknya, kereta itu juga yang hampir melanggar aku bila setiap kali aku melintas carpark setiap kali aku balik kerja.

Yes, hop in baby, ujarnya seraya mendapatkan kunci dari pekerja Ritz Carlton. Adam membuka pintu kereta untukku. Aku mengelunsur masuk ke dalam perut kereta Porschenya. Barulah aku mengerti mengapa Adam begitu sayangkan keretanya. Hiasan dalam kereta porschenya di perbuat dari kulit mahal berwarna merah darah ikan. Dashboard diperbuat dari kulit berwarna midnight black. Ikutkan hati ingin saya aku menyentuh dashboardnya yang kelihatan cantik matte finish. Belum pernah aku duduk di dalam kereta Porcshe sebelum ini. Inilah kali pertama. Buat sekian kalinya aku menjeling lagi bila terpandang akan logo playboy di stering keretanya.

Boleh I drive kereta you, soalku tanpa berfikir kerana teringin sekali memandu kereta sport yang aku minati.

You pandai drive, soalnya seperti tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Era mahu memandu kereta carerranya.

You ajarlah, jawabku selamba. Aku ada asas memandu kereta. Cuma tidak berkesempatan untuk mendapatkan lesen kerana tidak punya masa. Sekarang baru aku menyesal kerana tidak meluangkan masa untuk mendapatkan lesen kereta dahulu.

Sure but not today, some other time, jawabnya seraya memecut keretanya laju.


bersambung...

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

GUCCI, Cartier, Chanel, Christian Dior, Salvatore Ferragamo, Prada, Loewe, Hermes cakap aje butik jenama apa yang tidak terdapat di Pavilion. Semuanya ada. Aku mengekori langkah Adam menuju kearah butik Botega Vedetta, dimana harga sebuah handbagnya sahaja boleh mencecah puluhan ribu. Hilang akal ke Adam hendak membazirkan duitnya untuk aku. Memanglah aku hendak merasa bag berjenama, tapi aku tidak memerlukan bag semahal itu. Aku lebih rela sekiranya duit yang di gunakan untuk membeli bag berjenama itu disedekahkan kepada badan kebajikan atau anak yatim.

Sebelum Adam sempat melangkahkan kaki ke dalam butik Botega. Aku menarik lengan Adam menegahnya untuk ke butik tersebut. Adam memberhentikan langkahnya bila aku menarik lengannya. Lelaki yang berpakaian kemas yang ditugaskan untuk membuka pintu Botega membukakan pintu untuk kami untuk mempersilakan kami masuk ke butik mereka.

You hendak buat apa kat butik tu, soalku perlahan seakan berbisik kepadanya.

Er, shopping, duh, ujarnya dengan wajah sinis. Hes back to his ass mode. Aku tersenyum gembira bila dia kembali kepada perangai jerknya. Kerana bila dia berperangai demikian aku tidak akan jatuh hati dengannya, kerana lelaki idaman aku adalah seorang lelaki yang pandai menghormati wanita dan menjaga hati wanita dan tidak ass sepertinya.

Buat apa, I cuma bersama you 3 bulan sahaja, selepas 3 bulan I have to return everything back to you, ujarku mengingatkan dirinya akan perjanjian kami.

So what do you want exactly, you nak rasa hidup orang kaya, ini cara hidup orang kaya, shopping di posh butik, you hendak shopping di mana, kat Petaling Street, sindirnya seraya tersenyum sinis.

Berdesing juga telinga aku mendengar sindiran pedas darinya. Hilang kekacakan di wajahnya bila di berperangai sedemikian. Well, aku sebenarnya tidak merasa terperanjat akan perangai sebenar Adam. What do you expect from him. Dah bagus tu dia setuju untuk melayan perangai gilaku untuk sponsor semuanya. Sebab itu aku tidak mengharapkan perangai baik datang dari dia.

Eh boleh jugak kan, you nak pergi sana tak, kat sana pun ada LV, Gucci dan Coach? sindirku balik mengenakannya pula, sengaja aku hendak menaikkan kemarahannya.

Huh whatever, so sekarang you hendak buat apa, soalnya kurang sabar namun dia cuba mengawal perasaan marahnya. Perangai juga si Era. Dia ingat senang untuk di handle.

Aku memandang wajahnya seraya tersenyum. Handsome juga mamat mat saleh celup ini bila marah. Cute. Macam Vampire gitu. Aku asyik membayangkan Adam seperti Damon vampire dalam cerita The Vampire Diaries. Handsome and dangerous.

Well, ujarnya bila aku tidak bersuara sedari tadi malah asyik memandang wajahnya lalu tersenyum sendiri. Adam merasa lega, dia tahu umpannya mengena. Dia tahu lambat laun Era akan jatuh cinta padanya.

I rasa, I nak rent sahaja the branded bag for 3 months, when times up you boleh return balik, usulku sambil tersenyum.

Ok, if you need help call my PA, so sekarang we shop for clothes, I dont think di sini ada renting, sindirnya seraya tersenyum sinis. Kali ini dia mencapai tanganku dan kami menuju kearah lif. Aku terpaksa akur walaupun aku terasa seperti kejutan electric bila setiap kali dia memegang tanganku. Belum pernah kami berpimpingan tangan seperti ini di public.

Hampir seharian aku berada di Pavilion, dari satu butik ke satu butik kami singgah kerana Adam mahu membeli pakaian untuk aku. DKNY, Diane Von Furstenberg, Karen Millen, Stella McCartney, Donatella Versace, Valentino dan lain-lain lagi. Nasib baik aku hanya memakai sepatu flat jadi tidak lah sakit kaki aku berjalan seharian. Aku merasakan diriku seperti Julia Roberts di dalam cerita Pretty Woman di mana setiap butik yang kami singgah pasti aku akan di beri layanan istimewa VVIP. Aku tidak perlu berdiri memilih baju dari satu rak ke satu rak seperti lazimnya bila memilih baju di shopping centre biasa. Seperti yang aku jangka bila setiap kali kami menyinggah ke sesebuah butik itu, pelayan butik atau manager butik tersebut kenal pada Adam dan segera mendapatkan aku khidmat personal shopper dimana aku tidak perlu memilih pakaian malah personal shopper itu akan memilihkan pakaian yang sesuai dan padan dengan aku. Jadinya banyak kali juga aku berulang alik ke fitting room untuk mencuba pakaian tersebut. Ada yang dipilih personal shopper itu agak menjolok mata kerana aku tahu mungkin dia menyangka aku salah seorang teman wanita Adam yang selalu berpakaian seksi. Aku memberitahu personal shopper tersebut bahawa aku sukakan pakaian yang tidak menjolok mata, yang penting classic look and not too seksi. Adam duduk di salah satu sofa yang di sediakan di luar fitting room apalagi kalau tidak bermain-main dengan blackberrynya sementara menanti aku mencuba pakaian. Bila aku keluar dari fitting room untuk memperagakan pakaian yang ku cuba di hadapannya. Dia akan hanya menganggukkan kepala menandakan pakaian yang aku cuba itu sesuai denganku dan dia akan mengelengkan kepalanya sekiranya pakaian yang ku cuba tidak berkenan di matanya. Aku sempat melirik ke arah salah satu price tag yang tergantung pada sehelai blouse sutera dari jenama DVF. Terbeliak mataku bila sehelai blouse sutera yang simple itu sahaja harganya RM850. Itu baru blouse simple, kalau baju yang cantik dan exclusive berapa pula harganya.

Aku melangkah malas keluar dari fitting room dan menuju ke arah Adam yang sedang duduk di sofa. Aku melabuhkan punggungku duduk bersebelahan dengannya. Tak larat rasanya hendak mencuba baju lagi. Cukuplah, rasanya sudah banyak yang dipilih Adam. Aku berkira-kira lebih satu dozen baju yang dibelinya. Setiap baju yang dibeli Adam tidak langsung melihat berapa harganya terlebih dahulu. Entah berapalah duitnya habis hanya untuk membeli pakaian untuk aku.

I think I had enough clothes to last me for three months, just out of curiousity, you akan donate baju-baju ni pada siapa, ujarku seraya memandang wajah Adam yang tersengih-sengih sendiri membaca sesuatu dari blackberrynya. Adam tidak segera menjawab soalan aku malah dia sibuk menaip sesuatu di blackberry. Aku mengeluh kecil kerana soalan ku tidak dilayan Adam.

I dont know belum pernah I donate baju yang I beli untuk seseorang, di derma kepada sesiapa, kerana istilah beli itu maknanya memiliki, jawabnya tiba-tiba seraya tersenyum sinis. Oh dengar juga soalan yang aku ajukan tadi ingatkan dia tak dengar kerana khayal dengan blackberrynya.

Right, but you jolly well know that lepas 3 bulan I akan memulangkan semula barang-barang yang you belikan untuk I bukan, ujarku mengingatkan Adam akan perjanjian kami bahawa pakaian dan barangan yang di belikan kepada aku akan ku pulangkan kembali kepadanya sehabis kontrak kami. Itu janji kami. Aku hanya menjadi kekasihnya selama 3 bulan. Dan selepas 3 bulan segala apa yang di beli untukku akan ku pulangkan balik kepadanya.

Hmm maybe I berikan kepada Dian cause both of you wearing the same size, and moreover I dont think I can donate DVF clothes to oprhanage bukan, I dont think it is appropriate, jawab Adam seraya mencapai pen dari manager butik tersebut, seperti yang aku katakan tadi, dia sedikit pun tidak menghiraukan akan harga jumlah baju tersebut, malah dengan selambanya dia menurunkan tandatangannya ke atas bil baju yang dibelinya dari butik DNV. Aku sempat menjeling ke arah total bill yang terdapat di slip tersebut. RM18,538.70. Hampir hendak pitam aku dibuatnya.


bersambung...

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard