Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di sebuah badan pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu. Berangkat laa Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut.
Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana. Setelah mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..
Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak RM20,000.00 tanpa faedah.
Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar. Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya.
Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?
Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.
Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH".. Buang masa aku je laaa....
Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.
Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?" Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..
Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape? Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...
Org Asli : "Lahupa itu berapa?" Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
Pak Pandir: Selamat pagi tuan. Polis: Selamat pagi. Polis: Apa hal. Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan. Polis: Fasal apa tu. Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau. Polis: Pukul berapa. Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam. Polis: Habis? Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.