Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sekuntum Mawar Merah


Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:
Sekuntum Mawar Merah


Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama > > & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.


Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat".Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu.


Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi > > perasaan sayang tetap berbuku di hati.


Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian...


Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.


Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah...


Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.


"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya.


Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."


Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...


Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini???? Menerima seadanya > > dgn hati yg tulus dan ikhlas......... fikir2kanlah....



__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.


Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:

panjang sungguh citer ni...


aku pun x larat nk baca...aku tau upload jer....korang komen je la yek....



__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 70
Date:

pompuan tu cam menghina je wanita berkerusi roda tu.....pandangan jiwa la

__________________
J|wa aku Sak|t, KeraNa |tu aku meNang|s


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

x lah, pompuan 2 nak menguji lelaki 2..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

salah....salah.....semua salah hatan n alleycat yang nyanyi lagu tu.....SEKUNTUM MAWAR MERAH SEBUAH PUISI.........tp datt x sempat nak taip sebuah puisi tu....................

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Hush...mmg panjang puitis dot...dot..dot tu....

Erkkk...tajuk sebenar citer ni sekumtum bawang merah la......

ngee~ btui ke ni...(meroyan tgh mlm...)

__________________
Biso Bonar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard